4 Resepi Cucur Sayur (Rangup dan Simple)

Jika sebelum ini kami ada kongsikan dengan  anda resepi Cucur Bawang dan Cucur Manis, kali ini kami resepi cucur sayur yang mudah kami sediakan untuk anda cuba dirumah. Kaedah dan bahan yang sama cuma da penambahan sayur sahaja didalam menu ini.

Jom baca!!

1. Resepi Cucur Sayur/Bakwan Versi Diet

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Segengam kangkung
  • Segengam taugeh
  • Sedikit karot
  • 1 biji cili api merah besar
  • 6-7 ekor udang
  • Sebiji bawang merah
  • Daun bawang / daun kuchai
  • Garam
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit/pewarna kuning
    *boleh masukkan sayur lain jika suka

Cara buat Cucur Sayur/Bakwan Versi Diet

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kacau sebati. Boleh digoreng dalam nonstick pan dengan sedikit minyak. Saya letak 1 sudu besar sahaja.
  3. Kemudian bila dah siap digoreng. Masukkan ke dalam air fryer.
  4. Tipsnya supaya cucur lebih rangup dan minyak yang ada di cucur akan tersejat bila kita buat teknik seperti ini. Suhu 170 selama 10 minit.

Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Sayur Yang Simple

Bahan-bahan

  • Kubis
  • Carrot
  • Tepung gandum
  • Air
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara buat Cucur Sayur Yang Simple

  1. Gaul sehingga dapat sebatian, tepung & air jangan banyka sangat.
  2. Goreng dalam minyak panas tapi api kecil ke sederhana supaya rangup (pastikan tepi cucur dah hitam sebelum angkat).

Sumber: Nur Famieza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Sayur

Bahan-bahan

Bahan A. Ricih halus memanjang

  • Kentang 2 biji (besar)
  • Bawang besar 3 biji
  • Karot 1 btg

Bahan B. Blend

  • Telur 3 biji
  • Cili merah 3 biji
  • Kiub ayam 1 ketul

Bahan C

  • Tepung gandum 1 1/2 cawan
  • Tepung jagung 1/2 cawan
  • Udang (potong kecil2)
  • Taugeh
  • Kucai/daun sup
  • Garam 1/2 sudu kecil

Cara buat Cucur Sayur

  1. Gaul bahan A & B
  2. Masuk bahna di bawah ni ke dalam A & B dan gaul rata.(Kalau rasa tepung tu banyak boleh kurangkan)
  3. Akhir sekali masuk air sejuk (air masak + ais untuk jadikan cucur rangup). Masuk sedikit demi sedikit dan kacau rata, sampai macam dalam gamba, dan jangan lembik sangat.

Sumber: Azura Adnan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4.Resepi Cucur Sayur Kucai

Bahan-bahan

  • Sekilo tepung gandum
  • Kucai secekak di potong 1/2 inci panjang
  • Daun bawang 3 batang di potong 1/2 inci panjang
  • Lobak merah 1 batang (lebih pun boleh) di parut halus
  • Kentang 2 biji di parut halus
  • Udang geragau segenggam, cuci dan toskan
  • Telur 2 biji

Cara buat Cucur Sayur Kucai

  1. Garam sesudu kecil (udang geragau tu dah masin), nak tambah ikut selera.
  2. Air suam 4 cawan +- (adunan tak pekat tak cair sangt, adjust ikut kehendak)
  3. Satukan semua dalam mangkuk besar, gaul rata dan goreng dalam minyak panas, bila adunan tadi dah timbul, balik-balik kan, 5minit siap.

Sumber: Nadzliana Shima Hamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi ini, boleh buat minum petang.

Jom baca idea untuk resepi minum petang yang lain pula, baca di sini ye.

Leave a Comment