4 Resepi Fish Ball (Mudah dan Confirm Halal)

Seperti yang kita tahu, fish ball ini boleh di masak dengan pelbagai resepi, tinggal kita nak olahkan ikut kreativiti kita sendiri. Resepi yang kami akan kongsikan kali ini ialah resepi fish ball tetapi mempunyai pelbagai versi. Tidak lah boring asyik makan menu fish ball yang sama sahaja kan?

Jom baca sampai habis.

 

1.Resepi Fish Ball Celup Tepung

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung
  • 1 1/2 cwn air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam dan perasa

Cara buat Fish Ball Celup Tepung

  1. Bancuh semua bahan, agak-agak cair sedikit.
  2. Tapi jangan terlalu cair, nanti fishball tak melekat dengan tepung.
  3. Goreng dan siap.

Sumber: Norasikin Binti Yasin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Sayur Fish Ball Telur

Bahan-bahan

  • Bawang merah, bawang putih
  • Halia
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Air rebusan ikan bilis
  • Telur
  • Carrot
  • Kobis panjang
  • Air tepung jagung
  • Garam
  • Sos tiram
  • Minyak bijan

Cara buat Sup Sayur Fish Ball Telur

  1. Tumis kan bawang merah, bawang putih dan sedikit halia.
  2. Masukkan air biasa atau air rebusan ikan bilis (lebih manis).
  3. Masukkan fishball dan fishcake, hingga kembang.
  4. Pecahkan telur (tidak perlu kacau, biarkan sebiji).
  5. Masukkan sayuran seperti carrot dan kobis panjang.
  6. Pekatkan sedikit dengan air tepung jagung.
  7. Tambahkan garam, sos tiram dan minyak bijan.

Sumber: Ereen Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Fish Ball Homemade

Bahan-bahan

  • Isi ikan mentah (ikan selayang/sardin)
  • Garam

Cara buat Fish Ball Homemade

  1. Isi ikan mentah tumbuk lumat.
  2. Dah siap semua letak secubit garam dan gaul sebati. Selepas itu buatkan bulat-bulat, pastikan tangan sentiasa basah baru isi ikan kemas tak berkecai.
  3. Apabila siap simpan peti ais, sambil itu boleh potong bawang dan sayur, nak masak baru keluarkan isi ikan tadi.
  4. Tumis dulu bawang, dah wangi masuk air secukupnya bagi kuah mendidih baru masuk bebola ikan.
  5. Bila bebola dah hampir masak baru masuk sayur.

Sumber: Marzilawati Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Fish Ball Ikan Tenggiri

Bahan-bahan

  • 2 kg ikan tengiri (buang tulang dn kulit ambil isinya)
  • 1 cawan ice.

Bahan A

  • 1 cawan Tepung Gandum Faiza
  • 1/3 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 2 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan lada hitam
  • Tapis semua bahan di atas dalam satu bekas.
  • 2 sudu makan minyak bijan, kalau takda boleh letak minyak masak biasa
  • 1 bj telur dipukul
  • 1 cawan air sejuk

Cara buat Fish Ball Ikan Tenggiri

  1. Kisar isi ikan dengan ice. Sedikit demi sedikit hingga habis
  2. Dah habis kisar semua ikan letak dalam satu mangkuk. Masukkan telur dan minyak bijan. Kacau sebati.
  3. Masukkan air sejuk tadi dan kacau lagi.
  4. Masukkan bahan tapis kacau sebati dan gebu.
  5. Tangan bungkus dengan plastik. Ambik sudu congkel adunan tersebut.  Masukkan dalam periuk rebusan air.
  6. Rebus hingga bebola ikan timbul atau hingga masak . Angkat dan toskan. Bila dah sejuk, bungkus dalam plastik atau tupperware simpan dalam peti beku.

Sumber: Parmiati Binti Suyudi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Anda jangan lupa cuba resepi ini, daripada kita beli di luar yang tidak pasti dengan kebersihannya, ada baiknya kita buat sendiri, puas hati kan?

Jom baca resepi Sup Telur yang mudah dan berkhasiat ini.

Leave a Comment