4 Resepi Fluffy Pancake (Sarapan Pagi yang Simple dan Kenyang)

Resepi yang kami akan kongsikan ini sangat sesuai dengan sarapan untuk anak-anak, kami yakin yang mereka akan tambah berkali-kali. Menu sarapan mudah yang kami maksud kan ini ialah resepi fluffy pancake. Sarapan ini tidak terlalu berat jika di makan pada waktu pagi. Tambahan pula di hias dengan pelbagai topping yang menarik pada pancake mampu menarik perhatian anak-anak anda.

Jom kita try!

 

1. Resepi Pancake Gebuss

Bahan-bahan

  • 1 1/2cup tepung gandum
  • 1/8 cup gula
  • 1/2st garam
  • 4st baking powder
  • 1 1/4cup susu full krim
  • 1/4cup butter cair
  • 1bj telur
  • 1st vanilla esen

Cara buat Pancake Gebuss

  1. Gaul sebati.
  2. Masak atas pan guna butter/minyak.
  3. Siap.

Sumber: Ct Syanalia Bensali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Japanese Fluffy Pancake

Bahan-bahan

  • 4 biji putih telur
  • 4 biji kuning telur
  • 3 sb susu segar
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan tepung kek
  • 1 sk serbuk penaik
  • 3 sb gula

Cara buat Japanese Fluffy Pancake

  1. Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul sehingga jd meringue, soft peak ya.
  2. Pukul kuning telur, susu segar, esen vanila. Masukkan tepung, pukul dgn kelajuan sederhana.
  3. Campurkan adunan putih telur dlm kuning telur secara kaup balik.
  4. Masak atas kuali non stick. Terbalikkan bila dah berbuih. Api perlahan
  5. Siap!

Sumber: Afiafifah Afwan dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Fluffy Pancake

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara buat Fluffy Pancake

  1. Satukan tepung, baking powder, garam dan gula.
  2. Masukkan telur dan 1 cawan susu. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk.
  3. Masukkan mentega cair, esen vanila dan baki 1 cawan susu sedikit demi sedikit hingga sebati.
  4. Panaskan pan non-stick dan cedukkan 1 senduk adunan dalam pan. Tak perlu letak minyak atau butter sebab dalam adunan dah ada.
  5. Bila buih-buih dah keluar banyak boleh la terbalikkan pancake tu. Tunggu 1 minit dah boleh angkat.
    Nota tambahan:
    – Kalau nak lagi sedap boleh tambah setengah sudu kecil serbuk kayu manis.
    – kalau takda susu segar boleh ganti dengan susu pekat. Setengah cawan susu pekat dibancuh dengan air masak 1 setengah cawan. Kalau guna susu pekat dah tak perlu tambah gula dalam adunan.

Sumber: Ffqz Dot Dot dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Fluffy Pancake Mudah

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar baking powder
  • 6 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 2 biji telur
  • Esen vanilla
  • 4 sudu besar butter (pakai minyak masak pun boleh)

Cara buat Fluffy Pancake Mudah

  1. Masukkan semua dalam blender.
  2. Tekan ON, goreng dan siap.

Sumber: Norhayati Basri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Cukup mudah kan nak buat resepi sarapan pagi ini. Confirm anak-anak suka.

Ingin mencari idea sarapan pagi? Jom baca resepi Lempeng yang cukup mudah ini.

Leave a Comment