4 Resepi Fudgy Brownies (Tak Berapa Manis dan Mudah)


Jika anda mencari resepi brownies, di sini kami akan kongsikan resepi fudgy brownies untuk anda. Berbeza dengan kek coklat, tekstur brownies sedikit kering apabila dimakan. Brownies seringkali menjadi menu popular untuk di bawa ke majlis potluck, dengan size mini yang cukup mudah untuk dimakan.

Izinkan kami berkongsi.

 

1. Resepi Fudgy Brownies Cik Cukelat

Bahan-bahan

  • 400g dark chocolate (Beryl’s)
  • 150g salted buttercup
  • 4pcs telur
  • 50g gula kastor
  • 100g gula perang
  • 1tbs perisa vanilla
  • 100g tepung naik sendiri (tepung kek)
  • 30g serbuk koko

Cara buat Fudgy Brownies Cik Cukelat

  1. Panaskan oven 180°
  2. Cairkan coklat. Masukkan butter. Kacau sebati. Ketepikan.
  3. Ambil bekas lain. Masukkan telur. Gula kastor. Brown sugar. Vanilla. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung kek dan serbuk koko. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan coklat yang telah dicampurkan dengan butter tadi.
  6. Griss acuan. Letakkan kertas minyak.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang.
    (Loyang ini 10″×10″)
  8. Bakar 180° untuk 35-40 minit.
  9. Lepas siap, buka sedikit pintu oven dan biarkan brownies di dalam oven untuk 10minit. Kemudian, boleh dikeluarkan.
  10. Done!

Sumber: Siti Juhaiza Jere dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Fudgy brownies

Bahan-bahan

Bahagian A

  • 1/2 cwn Gandum
  • 1/4 cwn Serbuk Koko
  • Secubit Garam
  • Bahan di atas diayak terlebih dahulu. Ketepikan

Bahagian B

  • 1/2 cwn Marjerin
  • 1 cwn Gula Pasir
  • 1 cwn Coklat Gelap Berryls

Bahagian C

  • 2 biji Telor A
  • 1 sdt Esen Vanilla

Cara buat Fudgy brownies

Bahagian B

  1. Cairkan marjerin di atas api perlahan kemudian masukkan Gula dan kacau selama 1 minit.
  2. Matikan api dan masukkan Coklat Berryls. Biarkan selama 1 minit kemudian kacau hingga kesemua coklat cair. Ketepikan

Bahagian C

  1. Pukul telur dan esen vanilla hingga sebati kuning dan putihnya.
  2. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan di bahagian B dan gaul sebati.
  3. Akhir sekali kaup-balikkan bahan ayak dari Bahagian A ke dalam adunan coklat hingga sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang petak berukuran 7″ ×7 ” yang sudah dilapik baking paper. Bakar selama 40 minit pada suhu antara 165C-170C.

Sumber: Asma Mohamed dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Brownies Chewy & Fudge

Bahan-bahan

Bahan A

  • 300 g dark chocolate
  • 100 g mentega
  • 100 g minyak masak

Bahan B

  • 200 g tepung gandum
  • 50 g serbuk koko

Bahan C

  • 300 gm gula perang
  • 4 biji telur (size A atau B)
  • 1 tsp esen vanilla
  • Walnut/ almond

Cara buat Brownies Chewy & Fudge

  1. Cairkan Bahan A secara double boiler sehingga cair dan biarkan suam.
  2. Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk kacau sekadar sebati dengan whisk.
  3. Tuang Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau sekadar sebati.
  4. Ayak tepung gandum dan serbuk koko. Masukkan bahan kedalam bancuhan A & C.
  5. Tabur kacang walnut atau badam.
  6. Gris & lapik loyang 9×9 inci dengan kertas minyak.
  7. Panaskan oven selama 10 minit.
  8. Bakar selama 30-40 min pada suhu 160’c – 170’c.

Sumber: Aisyah My dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Brownies Oreo

Bahan-bahan

Bahan A (double boiler)

  • 200g coklat masakan
  • 90g butter
  • 30g serbuk koko

Bahan B (pukul sebati)

  • 2biji telur Gred B
  • 110g gula kastor
  • 1 penutup esen vanilla

Bahan C

  • 90g tepung gandum
  • 50g biskut oreo buang krim(kisar halus)
  • 1 sk baking powder

Cara buat Brownies Oreo

  1. Bahan A campur bersama Bahan B dan masukkan bahan C sekali.
  2. Tuang adunan dlm loyang 8″ x 8″ yang di alas baking paper.
  3. Bakar 40minit suhu 180, bergantung pada oven masing-masing.

Sumber: Nana Ereena dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk cuba resepi yang kami kongsikan ini di rumah.

Inginkan resepi kek? Jom baca resepi Kek Coklat Moist yang mudah ini.

Leave a Comment