4 Resepi Puding Trifle (Mudah dan Sesuai Untuk Minum Petang)

Jika anda mencari idea untuk buat minum petang, apa kata anda cuba resepi puding trifle ini. Resepi puding yang cukup mudah tanpa menggunakan banyak bahan, yang pasti anak-anak confirm suka kerana mempunyai pelbagai warna yang ada.

Jom kita try!

1. Resepi Puding Trifle (Swiss Roll)

Bahan-bahan

  • Swiss roll (perasa pandan)
  • 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah)
  • Kristal Jelly (cap Nona 2 kotak)
  • 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
  • 4 sudu besar tepung kastad – sukatan membukit

Cara buat puding trifle

Lapisan 1

  1. Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan pilihan.
  2. Padatkan agar tak ada ruang.
  3. Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
  4. Air fruit coktail mungkin berbaki, tak perlu habiskan.

Lapisan 2

  1. 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air)
  2. Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat.
  3. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3

  1. Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4

  1. Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih.
  2. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Sumber: Suriea Mohd Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi English Trifle Puding

Bahan-bahan

  • Kek chiffon gulung
  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 kotak jeli Nona
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air(guna tin susu cair)
  • 1 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • Buah-buahan segar
  • Non diary whipped cream

Cara buat english puding trifle

  1. Potong kek gulung dan susun dlm bekas/acuan apa pun.
  2. Siram air fruit cocktail pada kek gulung tadi sekadar kek basah.
  3. Untuk kastard: Masak dalam periuk susu cair, air,gula dan garam tadi dengan api perlahan dan kacau hingga pekat berkilat. Tutup api.
  4. Letak sos kastard tadi atas kek.
  5. Kemudian tabur fruit cocktail.
  6. Pukul whipped cream hingga kental dan letak atas fruit cocktail.
  7. Letak kek gulung lagi, kemudian sos kastard, selepas itu fruit cocktail, atas sekali bancuh jeli Nona dan curahkan atas buah.
  8. Paipkan whipped cream dan hiaskan ikut citarasa anda.

Sumber: Jaja Noriza  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

3. Resepi Rainbow Puding Trifle (Versi Mini Cup)

Bahan-bahan

  • 10 Plastic cup
  • 1 pek Roll cake
  • 3 pek Kristal Jeli
  • 250g Cream cheese
  • 1/2 cawan whipped cream
  • Buah-buahan (dipotong kecil)
    -buah naga
    -buah strawberi

Cara buat rainbow puding trifle

  1. Potong kek dan masukkan di dasar cup paling bawah.
  2. Masak jeli ikut arahan paket, dan masukkan ke dalam cup sebagai lapisan kedua.
  3. Boleh masukkan apa2 jenis buah-buahan dalam jeli.
  4. Sementara tunggu jeli mengeras, putar sekali cream cheese dan whipped cream sehingga pekat.
  5. Setelah jeli mengeras letakkan cream cheese di atas dan hias dengan buah.
  6. Simpan di dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.

Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

4. Resepi Puding Marie Trifle

Bahan-bahan

Lapisan Bawah Biskut Marie

  • Biskut marie
  • 10grm agar2 serbuk
  • 1 ltr air
  • 1 cwn gula

Lapisan Kastard

  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn air

Lapisan Coklat

  • Separuh adunan agar2 tadi
  • 1 sb serbuk koko

Cara buat puding marie trifle

Lapisan Bawah Biskut Marie

  1. Masukkan agar2 dan air dalam periuk.
  2.  Masak atas api sederhana. Kacau sebati.
  3.  Masukkan gula dan kavau sehingga mendidih. Matikan api
  4.  Susun biskut marie dalam acuan.
  5. Tuang separuh adunan agar2 dalam acuan biskut marie tadi.
  6. Ketepikan.

Lapisan Kastard

  1. Masukkan semua bahan2 dalam periuk.
  2. Masak guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  3. Masak sehingga likat dan kilat. Tutup api.
  4. Tuang kastard atas agar2 dan biskut marie tadi.
  5. ketepikan.

Lapisan Coklat

  1. Panaskan separuh lagi agar2 tadi atas api sederhana.
  2. Masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Matikan api.
  3. Tuang adunan agar2 koko atas kastard tadi.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
  5. Bila adunan dah sejuk bolehlah dikluarkan dari acuan.

Sumber: Azrina Ien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Bila anda dah tahu resepi ini, jangan lupa cuba di rumahya.

Mencari resepi dessert yang mudah? Jom baca resepi mudah  Puding Jagung

Leave a Comment