4 Resepi Nasi Goreng Seafood (Buat Sendiri Lagi Puas Hati)


Menu nasi goreng memang tak pernah jemu nak makan, antara menu yang selalu dibuat jika dah tiada idea nak masak. Kali ini kami ingin kongsikan resepi nasi goreng seafood yang cukup popular jika anda makan di kedai. Bila buat sendiri lagi puas hati sebab boleh letak banyak mana seafood yang kita inginkan.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Goreng Tomyam Seafood

Untuk 4/5 orang makan

Bahan-bahan

  • 400gram nasi (4 cawan nasi)
  • 10-12 ekor udang(saiz sederhana)
  • 1 paket perencah nasi goreng tomyam
  • 2-3 ekor sotong (bersaiz sederhana
  • 3 batang kacang panjang (dipotong kecil)
  • ½ batang lobak merah (dipotong dadu)
  • ½ biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih dikatok
  • 1 batang serai(dihiris tipis)
  • 1 batang cili [email protected] padi 4 batang (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 sudu besar( cili kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat Nasi Goreng Tomyam Seafood

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga [email protected] bau dan masukkan bawang merah masak sehingga layu.
  2. Masukkan cili dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan sotong, gaul dan biarkan ianya masak.
  4. Masukkan telur, dan pecahkan telur, dan masak sehingga garing.
  5. Masukkan serbuk tomyam, sos tiram dan gaul rata.
  6. Masukkan lobak merah, kacang panjang, daun limau purut, cili [email protected] dan nasi. Gaul sehingga rata dan masak sehingga sedikit berasap nasinya.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Goreng Seafood Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah, bawang putih
  • Cili padi
  • Sotong
  • Udang
  • Sos ikan
  • Kicap manis
  • Serbuk cukup rasa
  • Sayur
  • Telur

Cara buat Nasi Goreng Seafood Mudah

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan sedikit cili padi.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.
  4. Masukkan sotong dan udang.
  5. Masukkan sedikit sos ikan, sedikit kicap manis dan sedikit serbuk secukup rasa.
  6. Masukkan sayur dan telur.
  7. Masukkan pula nasi.
  8. Goreng sehingga nasi sebati dgn perencah dan siap.

Sumber: Puan Norimah Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Goreng Seafood Sotong

Bahan-bahan

  • 1 paket perencah adabi
  • Nasi putih
  • Minyak untuk memasak
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili merah/cili padi (jika suka pedas)
  • Cili hijau (jika suka)
  • Cili kisar sikit je (jika suka sebagai tambah)
  • Sayur sawi
  • Taugeh,kacang panjang (jika suka)
  • Cendawan (jika suka)
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Sotong
  • Serbuk lada hitam sikit
  • So ikan
  • Garam

Cara buat Nasi Goreng Seafood Sotong

  1. Minyak untuk memasak.
  2. Goreng ikan bilis sehingga masak dan ketepikan dulu.
  3. Telur goreng pecah kat minyak yang sama dan angkat (ketepikan dahulu)
  4. Masak sotong dan udang sampai masak (ketepikan dulu) kalau nak letak waktu tumis bawang pon boleh.
  5. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  6. Masukkan bawang merah masak sehingga kekuningan.
  7. Masukkan cili hijau, cili merah dan cili kisar (jika anda suka pedas) dan masak sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan perencah nasi goreng adabi diikuti dengan udang, sotong, cendawan, dan sayur.
  9. Masukkan nasi putih, ikan bilis dan telur yang digoreng pecah tadi, dan gaul sebati.
  10. Jika nasi kering (letakkan sos ikan dalam 2 sudu besar) dan siap.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Nasi Goreng Seafood Pedas

Bahan-bahan

Bahan tumbuk

  • Bawang putih – 3 ulas
  •  Bawang merah – 3 biji
  • Cili padi – 6 biji
  • Belacan

Bahan lain 

  • Nasi putih – 1 mangkuk besar
  • Sos ikan
  • Kicap manis
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Telur ayam (2 biji)
  • Sotong & udang

Cara buat Nasi Goreng Seafood Pedas

  1. Panaskan kuali & tumis bahan tumbuk.
  2. Masukkan sotong & udang.
  3. Kemudian masukkan sos ikan & telur ayam.
  4. Kacau kemudian masukkan nasi putih.
  5. Kacau masukkan kicap manis & kacau lagi & perasakan.
  6. Kemudian masukkan kacang panjang yang dihiris.
  7. Tutup api & sedia untuk dihidang.

Sumber: Adilah Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Menyelerakan bila melihat resepi ini. Jangan lupa cuba ya.

Jom cuba pula resepi nasi goreng yang lain.

Leave a Comment