4 Resepi Sup Tulang Merah Singapore (Gearbox)

Sup Tulang Merah memang cukup terkenal di Negara jiran kita iaitu Singapura. Tidak lengkap perjalanan ke Singapura jika tidak menjamah menu popular ini. Kali ini kami bawakan resepi sup tulang merah untuk anda cuba dirumah.

Jom baca sampai habis!

1. Resepi Sup Tulang Merah

Bahan-bahan

  • Tulang atau gearbox kambing/lembu
  • Bawang holland
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Tomato
  • Tomato puri
  • Sos cili
  • Bawang goreng
  • Mix herb
  • Gula merah
  • Garam
  • Kiub lembu
  • Saleri
  • Lobak merah
  • Minyak masak
  • Rebus tulang hingga empuk
  • Kisar cili kering
  • Kisar bwg merah,putih dan tomato
  • Potong dadu bwg holland dan tomato
  • Potong kasar lobak dan seleri

Cara buat Sup Tulang Merah

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkn tomato puri, sos cili dan bawang holland yang telah didadu, tumis seketika.
  3. Masukkn lobak, saleri dan tomato yang telah di dadu.
  4. Masukkn tulang yang telah di rebus empuk dan air rebusan unutk jadikan kuah.
  5. Masukkn mix herb, kiub lembu dan bawang goreng.
  6. Masukkn garam dan gula merah (secukup rasa).
  7. Masak sehingga lobak agak lembut.
  8. Kalau kuah agak cair, boleh bancuhkan sedikit tepung jagung untuk dapatkan kuah yang sedikit pekat.

Sumber: Fazilawati M.Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Tulang Merah Singapore

Bahan-bahan

  • 1 kilo tulang kambing gearbox (tulang lembu pun boleh)
  • ¼ senduk tomato sos
  • ½ senduk cili sos
  • 1 senduk cili kering kisar
  • ¼ senduk minyak untuk menumis
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit rempah kasar 4 beradik – bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kayu manis
  • Garam, gula
  • Pewarna merah

Cara buat Sup Tulang Merah Singapore

  1. Tulang direbus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing, kemudian dimesin halus.
  2. Bawang merah, bawang goreng, bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dengan minyak.
  3. Masukkan jintan yang dimesin dan rempah-rempah kasar dan juga tomato sos, tomato puree, cili kering kisar, lada hitam dan cili sos.
  4. Tumis hingga garing dan naik bau, masukkan pewarna merah. Kemudian masukkan hasil tumisan ini ke dalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedap dimakan dengan roti dan juga nasi. Tabur kubis dan cili sikit untuk hiasan.

Sumber: Juwita Afifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Stew Gearbox/Sup Tulang Merah

Bahan-bahan

  • 1kg gearbox
  • 1kg daging
  • 1 mangkuk Cili kering (kisar)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
  • 3sdb Sos cili
  •  1 tin kecil tomato puree
  •  3sdb Sos Tiram
  •  Lobak Merah dipotong panjang
  •  Kentang dibelah 4
  • 1 tin Kacang Peas
  • Ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut je senang.
  • Bunga Lawang/ kayu Manis (yang ni tak perlu hancurkan)
  • 3 labu Bawang merah besar /5ulas bawang putih/ Halia (kisar)
  • Serai (ketuk)
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara buat Stew Gearbox/Sup Tulang Merah

  1. Rebus daging/gearbox bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan .
  2. Panaskan minyak tumis bahan kisar bawang putih/merah/ halia, serbuk jintan (bahan kisar halus tadi) . Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.
  3. Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati masukkan cili kisar, Masukkan sos tiram/sos cili.
  4. Masak sampai betul pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.
  5. Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah, masak sampai dia empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging dan gearbox masak sehingga mendidih.
  6. Last sekali masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa, bila dah cukup rasa baru masukkn kacang peas dan gaul rata. Siap! Boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sup Tulang Merah/Bonesteak

Bahan-bahan

  • 6kilo tulang kaki kambing

Bahan rempah

  • 2 cawan sos cili.
  • 1 stengah cawan sos tomato.
  • 1 cawan tomato pure
  • 4 cawan lada kering blend
  • bawang merah 1 cawan stengah, bersihkan
  •  bawang besar 2 hingga 3 biji, bersihkan.
    *(bawang besar dan bawang merah bersihkan dan blend)
  • Halia besar ibu jari kaki
    2 inci x 3, bersihkan dan belah 2 dan ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan ia
  • Garam & gula secukup rasa

Cara buat Tulang Merah/Bonesteak

  1. Basuh bersih tulang dan masukkan dalam periuk yang sesuai dan masukkan semua bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
  2. Masak tulang  baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya, letak sedikit air sampai tutup semua tulang tadi.
  3. Masak dengan api sederhana besar selama 1 stengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada kat tulang tu lembut, setiap 10 @ 15 minit kacau sup.
  4. Bila daging yang ada pada tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
  5. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit, dan masak sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis.

Sumber: Lailawati Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jika anda cuba resepi ini, boleh dikatakan sangat berbaloi mana tahu boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kan?

Jom baca resepi Sup Tulang yang kami sediakan ini.

Leave a Comment