4 Resepi Sotong Salted Egg (Rasa Juicy & Lemak Masin)


Jika anda peminat sotong celup tepung, apakata anda ubah angin dan cuba resepi sotong salted egg ini. Bahan yang digunakan hampir sama cuma ditambahkan dengan perasa salted egg atau telur asin. Penuh rasa masin berlemak. Sedap!

Jom cuba!

1. Resepi Sotong Salted Egg (Sotong Frozen)

Bahan-bahan

  • Sotong frozen
  • Sotong 1kg – dibersihkan
  • Buat sotong goreng tepung mcm biasa (guna Tepung Bistari original) – ketepikan
  • Bawang Holland sebiji
  • Bawang Putih 3 ulas
  • Cili Api [email protected] biji
  • Daun kari 3 tangkai

Cara buat Sotong Salted Egg

  1. Kesemua bawang dan cili dipotong macam biasa.
  2. Kemudian tumis dengan menggunakan butter.
  3. Bila dah bau wangi masukkan 2 sudu besar salted egg (guna Jenama Bistari)
  4. Maskkan Sotong yg telah digoreng tadi.
  5. Kacau dan angkat.

Sumber: Nazri Mat Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sotong Salted Egg

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo sotong (potong kecil)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji telur (ambil putih)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar butter
  • 4 ulas bawang putih cincang halus
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 paket pes salted egg/ 3biji kuning telur masin
  • 5 biji cili api (hiris)
  • Secubit gula perang

Cara buat Sotong Salted Egg

  1. Gaulkan tepung beras, tepung jagung, serbuk lada hitam dan secubit garam.
  2.  Panaskan kuali, celupkan sotong dalam putih telur, gaulkan dalam tepung dan masukkan dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan butter dan masukkan bawang putih. Masukkan pes salted egg kacau hingga kembang.
  4. Masukkan daun kari, cili dan secubit gula perang dan kacau-kacau.
  5. Masukkan sotong goreng dan kacau hingga sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Ra Waidah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sotong Salted Egg Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung beras
  • Sotong
  • Serbuk blackpepper
  • Garam
  • Bawang putih
  • Cili
  • Daun kari
  • Fresh milk

Cara buat Sotong Salted Egg Mudah

  1. Tepung untuk bancuh sotong saya guna tepung beras sahja yang dicampur dengan blackpepper ground dan garam, dan boleh digoreng dan toskan.
  2. Tumis bawang putih dengan cili dan daun kari.
  3. Masukkan paste salted egg.
  4. Masukkan fresh milk.
  5. Dan masukkan sotong yang telah digoreng celup tepung tadi.

Sumber: Roziawatie Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sotong Salted Egg

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Tepung bestari
  • Butter
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Serbuk golden salted egg

Cara buat Sotong Salted Egg

  1. Gorengkan sotong dengan tepung bestari
  2. Lepas goreng angkat letak tepi.
  3. Masukkan butter sikit, daun kari, cili padi & tepung golden salted egg.
  4. Masukkan sotong goreng tadi kacau dah siap.
  5. Makan panas sedap betul.

Sumber: Lily Joe dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah je kan nak buat resepi yang kami sediakan ini.

Jom cuba pula resepi Sotong Bakar ini.

Leave a Comment