4 Resepi Hotteok (Street Food Popular Korea)

Makanan Korea sekarang ini mudah didapati kerana telah banyak kedai makanan Korea yang ada di Malaysia. Antara makanan Korea yang menjadi tarikan di sini ialah hotteok. Hotteok ialah street food yang popular di Korea iaitu sejenis makanan pancake yang berinti kacang merah, tak lengkap percutian di Korea jika tidak mencuba hotteok. Jom kami kongsikan resepi hotteok untuk anda.

Jom kita try!

 

1. Resepi Hotteok Mr Melting Style

Bahan-bahan

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Tepung Pulut
  • 1 Cawan Air suam
  • 1 Sudu Minyak Sayuran
  • 1 Sudu Gula
  • 1 Sudu Garam
  • 2 Sudu Mauripan

Cara buat Hotteok Mr Melting Style

  1. Campurkan semua bahan macam nak buat roti.
  2. Dan biarkan sejam.

Inti dalam

  1. Kacang Walnut dihancurkan campur bersama Brown Sugar dan bijan.
  2. Sedia untuk digoreng.

Sumber: Muhammad Khairul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Hotteok/Sweet Korean Pancake

Bahan-bahan

  • 1 cawan air suam
  • 1 sk garam
  • 1 1/2 sb gula
  • 2 sk serbuk yis
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan tepung pulut (diayak)

Untuk inti

  • 1 sk cinnamon powder
  • 2-3 sb gula perang
  • 1-2 sb kacang yang dicincang (boleh guna apa sahaja jenis kacang yang anda suka)

Cara buat Hotteok/Sweet Korean Pancake

  1. Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam.
  3.  Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
  4. Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
  5. Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
  6. Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
  7. Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!

Sumber: Husna Nasarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Hotteok Cakes With Cheese

Bahan-bahan

  • 200g tpg gandum
  • 100g tpg pulut
  • 1pkt yis mauripan
  • 10g gula kastor
  • 200ml air
  • Secubit garam
  • Cheese mozarella
  • Madu
  • Marjerin utk menggoreng

Cara buat Hotteok Cakes With Cheese

  1. Gaul semua sekali bahan hingga jadi doh.
  2. Rehatkan 30 minit @ hingga kembang.
  3. Bulat macam nak buat pau.
  4. Masukkan cheese sebagai inti.
  5. Goreng dengan marjerin hingga kekuningan.
  6. Dah siap hidangkan dengan mencurahkan madu di atasnya.

Sumber: Ummie Zie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Hotteok Manis

Bahan-bahan

  • 2 sudu gula putih*
  • 1 sudu kecik garam halus*
  • 1 paket yis mauripan*
  • 1 cawan air suam ( 1/2 air pns 1/2 air paip)*
  • 1 sudu minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum blue key self raising

Inti

  • 5 sudu besar bijan
  • 1 senduk gula perang
  • Kacang tumbuk

Cara buat Hotteok Manis

  1. Satukan semua bahan bertanda*, gaul sampai gula dan garam hancur dan yis sebati.
  2. Masukkan 2 cwn tepung gaul sebati.
  3. Selepas itua biarkan doh selama setengah jam.
  4. Selepas itu ambik minyak dan letak pada tangan.
  5. Letak inti kat dalam dan goreng.
  6. Memang doh ni lembik sikit, tapi bila letak minyak tak melekat.
  7. Goreng dan tekan supaya bulat.
  8. Siap.

Sumber: Chumi Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tak perlu susah lagi nak pergi Korea, anda boleh cuba sendiri resepi yang kami kongsikan ini,  jimat duit kan?

Jom baca resepi makanan Korea yang lain pula, semak di sini

Leave a Comment