4 Resepi Jajangmyeon (Yang Pasti Halal dan Confirm Sedap)

Pengaruh drama korea memang cukup kuat di negara kita ini. Mana tidaknya sampai makanan korea pun dah menjadi salah satu favourite makanan di Malaysia. Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi jajangmyeon atau korean black noodle untuk anda pengemar makanan Korea.

Jom baca!

1. Resepi Jajangmyeon CikPuan Style

Bahan-bahan

  • Bawang (potong dadu)
  • Halia (cincang)
  • Kentang (potong dadu)
  • Leek (hiris/optional)
  • Ayam/daging kisar
  • Timun/zuccini
  • Bancuhan tepung jagung
  • Paste Jajang (beli kat shopee)
  • Kicap tiram sikit
  • Garam/kiub ayam sikit
  • Mi Tarik FatBoi

Cara buat jajangmyeon cikpuan style

  1. Rebus mi tarik & toskan.
  2.  Tumis kentang sampai lembut.
  3. Masukkan halia, bawang dan leek.
  4. Masukkan ayam cincang gaul sampai ayam masak.
  5. Masukkan timun, sos tiram, dan paste jajang.
  6. Tambah bancuhan tepung jagung dan air sikit (kepekatan ikut citarasa).
  7. Tambah garam & kiub ayam dan perasakan ikut selera.
  8. Hiris timun & dan muji untuk texture yang lebih sedap.

**Kalau suka pedas boleh tambah serbuk lada hitam.

Sumber:  CikPuan Nuramirah Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Jajangmyeon Noodle (Korean Black Noodle) Tanpa Black Bean

Bahan-bahan

  • Ayam 200g-400g potong kecil2.
  • Serbuk cili thai 2-3 sudu besar
  • Bawang holland 1biji
  • Leek 1 batang (wajib)
  • Dark soy sauce 4-5 sudu besar
  • Kicap manis 2 sudu besar
  • Brown sugar 1 sudu (optional)
  • Oyster sauce 2 sudu
  • Minyak masak 3-4 sudu besar
  • Minyak bijan 1 sudu kecil
  • Msg 1/2 sudu kecil (optional)
  • Mee kuning 1 pket
  • Bawang putih 5-7ulas (kisarkan)
  • Lada putih
  • Air 20-30 ml
  • Tepung jagung (untuk pekat kan sos)

Cara buat korean black noodle

  1. Rebuskan mee kuning dan tapis.
  2. Goreng kilas ayam tu, dan asingkan ayam.
  3. Ambil minyak goreng ayam dan tumiskan bawang putih sedikit MSG, bawang holland dice, batang leek dice, lada putih,minyak bijan, kicap pekat, kicap cair, kicap manis, oyster sauce, serbuk cili thai, sedikit air.
  4. Csampurkan ayam sekali. Langkah terakhir pekatkan sos dengan tepung jagung.
  5. Selepas pekat sos hidangkan bersama mee yang ditapis itu.

Cara guna tepung jagung

  1. 2 sudu tepung jagung tambah air 3 sudu besar (kacau smpai sebati).

Side dish 

Jeruk timun

  1. Racikkan timun, tambah cuka 3-4 sudu tambah gula 2 sudu + garam 2 sudu.

Sumber: Iz Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Jajangmyeon

Bahan-bahan

  • Mee kuning (dicelur dan ditoskan)
  • 300grm daging (potong kecil/kiub)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 1 biji kentang besar (potong dadu)
  • 1 batang zuchini @ lobak merah (potong dadu)
  • Minyak masak
  • 3 sudu besar Kicap manis Enaq
  • 1 sudu kecil Kicap pekat
  • 3 sudu Black bean pes
  • 2 sudu minyak bijan
  • Bijan (digoreng tanpa minyak)
  • timun (dimayang)
    Telur rebus
  • 1 sudu tepung ubi dibancuh bersama secawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar (jika suka pedas)
  • Garam dan Gula ikut selera.

Cara buat jajangmyeon

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
  2. Masukkan black bean pes, kacau seketika, angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan kuali yang lain, panaskan kuali dan masukkan minyak.
  4. Masukkan bawang besar, tumis seketika.
  5. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga daging hingga daging berubah warna.
  6. Masukkan kentang dan zuchini @ lobak merah. Kacau supaya masak sekata.
  7. Masukkan black bean pes yg telah digoreng tadi dan kicap (boleh masuk lada hitam jika suka).
  8. Kacau sekata dan masukkan air. Reneh hingga mendidih.
  9. Masukkan air tepung ubi sampai kuah nampak likat.
  10. Akhir sekali masukkan minyak bijan, gaul sekata hingga naik bau. Perasakan ikut selera dan tutup api.
  11. Hidang dalam mangkuk.Letak mee, kuah dan kemudian timun,telur rebus dan taburkan bijan. Siap.

Sumber: Isyaa Surya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Jajangmyeon (Paste Tomato dan Lobak Merah)

Bahan-bahan

  • Mee Lidi

Sos Tomato dan Lobak Merah

  • Bawang putih tumbuk
  • 200g daging potong dadu kecil2
  • Air / rebusan daging
  • Blend 2 biji tomato + 1 batang lobak merah
  • Sayur timun / lobak merah / kentang potong dadu (saya guna timun sahaja)
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 2 sudu bancuhan air dan tepung gandum

Bahan Perasa

  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Black pepper

Muji (Jeruk Lobak Putih)

  • Lobak putih kupas dan hiris
  • 300ml cuka beras * (saya beli di Hero Market)
  • 400ml air *
  • 3 helai bay leaves * (saya beli di Hero Market)
  • 20 biji lada hitam *
  • 1/2 sudu garam *
  • 1 cawan gula *
  • 1/2 sudu kecil kunyit *

Cara buat jajangmyeon

  1. Rebus mee lidi dalam 6 ke 8 minit sampai lembut dan toskan.
  2. Utk sos. Panaskan kuali. Masukkan 1/2 cawan minyak. Bila minyak dah panas, tumis bawang putih sampai naik bau.
  3. Masukkan daging dan goreng sampai empuk.
  4. Masukkan paste tomato + lobak merah. Tambah air / rebusan daging
  5. Masukkan bawang holland
  6. Masukkan sayur. Kacau sebati
  7. Masukkan air bancuhan tepung gandum.
  8. Perasa kan dengan bahan perasa. Kalau tak balance guna garam / gula. Kicap / sos tiram utk dptkan warna hitam.
  9. Utk muji, bahan-bahan bertanda * di campur dan rebus. Lepas mendidih tutup api. Masukkan lobak putih. Biar sejuk suhu bilik. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Boleh makan banyak kali dengan makanan lain.
  10. Hidangkan. Letak mee dalam mangkuk. Letak sos dan hirisan timun lagi. Makan dgn danmuji. Makanan ini rasa manis-manis sikit. Pada yang suka pedas, boleh tabur chili flakes. Boleh juga makan dengan nasi.

Sumber: Nur Adibah Awal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kalau anda rasa leceh untuk buat, boleh sahaja makan di kedai. Sekarang banyak dah kedai makanan Korea yang ada. Tinggal pilih sahaja.

Jom cuba resepi Resepi Tteokbokki

Leave a Comment