4 Resepi Sea Salt Chocolate Chip Cookies (Viral & Sedap)

Antara cookies yang tengah viral sekarang ini ialah sea salt chocolate chip. Kenapa kami katakan ia viral? Ini kerana jika anda rajin sroll di semua sosial media, pasti akan ada mereka yang berkongsikan resepi sea salt chocolate chip.

Jom baca sampai habis!

1. Resepi Sea Salt Belgian Chocolate Chip Cookie

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250gm unsalted pure butter suhu bilik
  • 100gm castor sugar
  • 100gm brown sugar
  • 1 1/2 tsp pink salt/pure sea salt (jangan guna table or refined salt. If you must use refined salt tu kurangkan)
  • 1 tsp vanilla
  • 1 egg grade B

Bahan B

  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1/2 tsp baking soda
  • 370 gm all purpose flour
  • 2 tbsp corn starch

Bahan C

  • 200 – 300 gm choc chip (chocolate chip biasa pun ok)
  • 100 – 200 gm optional anything. You may add other ingredients like nuts, oat, raisins.

Cara buat Sea Salt Belgian Chocolate Chip Cookie

  1. Mix butter, garam, castor & brown sugar sampai sebati. Tak perlu gebu. Masukkan telur dan vanilla dan kacau bagi sebati. Jika guna stand mixer, pakai paddle. Rajin scrap.
  2. Masukkan tepung sikit demi sikit. Gaul sampai sebati. Ya memang doh lembik. Abaikan.
  3. If pakai couveture, sejukkan chocolate chip tu. Frozenkan kejap pun takpe. Tuang chocolate chip dan aduk bagi rata.
  4. Gentel or cubit bagi size besar duit syilling 50 sen tu dan bakar. Ikut oven. Normal oven sekitar 170c for 25 mins. Kalau turbo convection, 140c 13min. Bakar sampai brown. Biar sejuk then simpan dalam bekas kedap udara. Done.

Sumber: Mimi Said dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sea Salt Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan unsalted butter
  • 1 sdt baking soda
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 biji telur, gred A
  • 2 cawan semi-sweet chocolate chips
  • Sea salt flakes untuk taburan

Cara buat Sea Salt Chocolate Chip Cookies

  1. Satukan tepung dan baking soda didalam mangkuk, kacau rata dan ayak.
  2. Mixer gula pasir, gula perang dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanila.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, gaulkan hingga semua tercampur rata.
  5. Masukkan chocolate chips, kaup rata.
  6. Balut adunan dengan plastik wrap, simpan kedalam peti ais selama 1 jam.
  7. Ambil sedikit doh, susun diatas tray yang dilapik dengan baking paper.
  8. Bakar pada suhu 180c selama 10-15 minit (mengikut oven masing-masing)
  9. Bakar sehingga hujung kukis agak kecoklatan dan tengahnya masih nampak lembut.
  10. Tambahkan sedikit chocolate chips diatas kukis dan taburkan sedikit sea salt flakes.
  11. Buat cepat selagi kukis masih panas dan masih lembut.
  12. Biarkan sehingga sejuk, simpan dalam balang kedap udara.
  13. Siap, selamat mencuba!

Sumber: Helena Rizanie Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sea Salt Chocolate Chip Cookies

Satu adunan boleh dapat 120-150 keping biskut

Bahan-bahan

  • 120g salted butter
  • 110g castor sugar
  • 100g brown sugar
  • 1 large egg
  • 1 tablespoon vanilla essence
  • 195g plain flour (ayak)
  • 12g potato starch (ayak)
  • 1/2 teaspoon baking soda (ayak)
  • 200g dark couverture chocolate (cincang)

Topping

  • Seasalt
  • Dark chocolate chips/callets

Cara buat Sea Salt Chocolate Chip Cookies

  1. Campurkan butter, gula kastor dan gula perang ke dalam mangkuk dan adun sebati menggunakan spatula.
  2.  Masukkan telur dan esen vanilla. Adun sebati.
  3. Ayak tepung, potato starch dan baking powder ke dalam mangkuk dan adun sebati menggunakan spatula.
  4.  Masukkan dark chocolate yang telah dicincang. Adun sebati.
  5. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk sekurangnya 20 minit.
  6. Bulatkan 1/2 sudu teh adunan dan susun di atas loyang. Jika suka biskut yang besar, besarkan sikit adunan.
  7.  Letakkan topping dark chocolate chip/callets dan seasalt.
  8.  Bakar pada suhu 160-165 darjah Celcius selama 16-18 minit. *bergantung kepada jenis oven

Sumber: Syahriah Fadhilah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sea Salt Callebout Cookies

Bahan-bahan

  • 120g butter,kita guna brand anchor yang salted
  • 100g custor sugar
  • 100g soft brown sugar
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
  • 190g tepung gandum
  • 12g emplex (perangup biskut)
  • 1/2 tbsp baking soda
  • 200g callebaut dark couverture
  • 2 sudu kecil maldon sea salt

Cara buat Sea Salt Callebout Cookies

  1. Gaul  guna senduk ke apa ke guna tangan sahaja.
  2. Mula-mula campurkan butter dengan custor sugar brown sugar, gaul sampai sebati, tak perlu nak kembang sebab bukan nak buat kek dan masuk telur+esen vanila.
  3. Gaul smpai rata. Tepung+emplex+baking soda campur then perlu diayak.
  4. Dah ayak masukkan dalam bancuhan tadi. Last sekali cincang separuh callebaut untuk masukkan dalam bancuhan, yang separuh lagi nak letak atas cookies.
  5. Dah siap gaul sampai sebati , rehatkan adunan dalam 20 minit.
  6. Dan boleh la bentukkan adunan tadi hias dengan lebihan chocolate callebout then tabur sikit sea salt atas cokkies, sebelum nak bakar letakkan dalam chiller 10minit keluarkan and ready nak bakar.
  7. Suhu 150°c 15 minit cmtu ikot avon memasing.

Sumber: Mieraemie Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tapi jika anda rasa leceh untuk buat resepi ini, boleh sahaja beli di kedai atau agent yang menjual cookies ini.

Jom baca resepi biskut coklat chip yang nampak ala-ala Famous Amos ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment