3 Resepi Biskut Coklat Chip (Ala Subway & Famous Amos, Cair di Mulut)

Biskut coklat chip ini memang menjadi kudapan ketika anda menonton TV. Secara tak sedar boleh habis sebalang biskut coklat chip. Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi biskut coklat chip yang telah diolah untuk anda.

1. Resepi Biskut Coklat Chip

Bahan-bahan

  • 227g butter, boleh guna pure butter lebih sedap seperti anchor dan tatura
  • 170g brown sugar
  • 2sdk esen vanila
  • 2 biji telur B
  • 384g tepung gandum cap rose
  • 1 1/4 sdk (1 suku sudu kecil) soda bicarbonate untuk merangupkan cookies anda
  • Ayakkan bersama
  • 1 cawan badam nips panggang
  • 2 cawan coklat chip boleh guna saiz kecik atau besar

Cara buat biskut coklat chip

  1. Butter dan gula campurkan sehingga nmpk pucat sedikit creamy. Boleh guna mixer jika nak cepat.
  2. Masukkan esen vanila dan telur sebiji-sebiji. Campur dan sebatikan.
  3. Kemudian masukkan tepung untuk gaul dengan spatula atau boleh guna mixer.
  4. Boleh masukkan nips dan coklat chip.
  5. Apabila dah siap masukkan kedalam piping beg. Potong hujung tu besar skit ikut saiz cookies
  6. Bakar suhu 150c 20min api atas bawah.

Sumber: Yatie Faizal dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Biskut Coklat Chip Almond

Bahan-bahan

  • ½ 1 cawan mntega
  • ½ 1 cawan minyak
  • ½ 1 cawan gula kastor
  • 1 sb susu pkat
  • 2 cawan tpung gndum
  • ½ setengah cawan serbuk koko
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder
  • ½ 1 cawan coklat chip
  • ½ 1 cawan kepingan badam(bakar dalam 10minit)
  • 1 sk esen vanila

Cara buat biskut coklat chip almond

  1. Sebatikan mentega, gula, susu, minyak dan esen vanila.
  2. Selepas itu campurkan semua bahan yang lain.
  3. Pastikn adunan tidak terlalu lembik dan keras, kalau terlebih tepung nanti merekah.
  4. Selepas itu bentukan adunan. Hias dengan coklat chip. Susun dalam dulang jarak  sebab bila dah masak adunan akan mengembang/
  5. Bakar 20 minit-25 minit dan suhu 150.

Sumber: Rozana Mamat dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Coklat Chip Crunchy

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat
    (satukan tepung dan soda bikarbonat, ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan coklat chips
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara buat biskut chip crunchy

  1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas. Pukul bagi sebati.
  2. Dah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati (adunan mmg lembik, tidak perlu tambah tepung plak, nanti keras biskut)
  3. Bila tepung dah sebati, masukkan coklat chips dan coklat rice, gaul sebati.
  4. Dah siap, boleh sudukan adunan dalam tray,  tidak perlu sapu butter.
  5. Boleh guna sudu kecil
    -buat kecil-kecil, nanti bakar dia akan kembang/leper
    -bakar selama 20minit @ 25minit suhu 170c, api atas bawah
  6. Biarkan dia sejuk dulu.

Sumber: Siti Norizan dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kalau anda ikut betul-betul resepi yang telah kami kongsikan ini pasti jadi. Nak cuba resepi cookies lain, apa kata anda cuba resepi Famous Amos.

Selamat mencuba!

Leave a Comment