3 Resepi Tepung Pelita (Mudah & Sedap, Guna Santan Kotak Sahaja)

Tepung pelita tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua peringkat umur cukup mengenali kuih yang begitu popular ketika bulan puasa. Rasa yang begitu lemak masin dan manis sudah membuatkan ramai yang jatuh hati dengan tepung pelita. Pada kebelakangan ini, pelbagai resepi tepung pelita telah diubahsuai. Jom kami ingin kongsikan beberapa resepi tepung pelita untuk anda.

1. Resepi Tepung Pelita Original

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 5 cawan Santan (guna santan kotak pun boleh, 1 Liter)
  • 3 cawan air suam
  • Sedikit garam
  • Kelongsong (daun pisang) –  ukuran 8cm x 10cm
  • Gula

Cara-cara buat tepung pelita original

  1. Satukan santan dan air suam.
  2. Masukkan campuran tadi ke dalam bekas tepung beras. Kacau rata dan masukkan garam. Biarkan dalam 10 minit.
  3. Untuk hasil yang terbaik kena guna teknik merasa dengan jari. Jika masih ada rasa macam pasir tambahkan air suam sikit demi sedikit sehingga hilang rasa pasir tu. Kalau rasa dia licin ianya siap untuk dikukus.
  4. Panaskan kukus. Api jangan terlalu kuat. Nanti permukaan tepung pelita tak cantik.
  5. Isi gula kedalam kelongsong tepung pelita kemudian barulah isi adunan tadi dan kukus.
  6. Kukus dalam 10 – 15minit.

Sumber: Nur Fadzillah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Tepung Pelita Mudah Tanpa Daun Pisang

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air pandan
  • 3 cawan air putih
  • Setengah  sudu kecil garam halus
  • Setengah sudu kecil pewarna hijau
  • Sedikit air kapur (pilihan)

Lapisan atas

  • 4 sudu besar tepung beras
  • 4 cawan santan
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara buat tepung pelita mudah

  1. Campurkan semua kacau sebati selepas itu buka api kacau sampai masak. Apabila sudah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dlm bekas dan biarkan.
  2. Sama seperti  tadi kacau sebati dan masak atas api sehingga pekat dah nmpk berkilat tutup api. Masukkan kedalam bekas yg dilapiskan adunan hijau.
  3. Sejukkan.

Nota : air kapur bancuh secara cair.

Sumber: Shakinah Zainal dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Tepung Pelita Tanpa Kukus

Bahan-bahan

Lapisan Hijau (Bawah)

  • 1 cawan tepung beras
  • 1cawan gula
  • 4cawan air dan pandan (kisar)

Lapisan Putih (Atas)

  • 1 kotak santan kecil
  • 3 cawan air
  • Setengah  cawan tepung beras
  • 1 cubit garam

Cara-cara buat tepung pelita

  1. Masak api sederhana, kacau sampai pekat.
  2. Taburkan sedikit gula dalam bekas, masukkan lapisan hijau.
  3. Nak tambah pewarna pun boleh bagi hijau naik.
  4. Masak api sederhana, kacau sampai pekat.
  5. Letak sedikit gula atas lapisan hijau, masukkan pula lapisan putih.
  6. Sejukkan dalam peti ais.

Sumber:  Alia Syafiqah Abdul Hamed dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Tepung pelita tidak perlu tunggu bulan puasa nak buat. Waktu bukan bulan puasa pun masih lagi boleh dibuat. Semoga dapat memberi sedikit idea memasak untuk anda.

Untuk kuih-kuih lain bulan Ramadan, boleh cuba resepi badak berendam.

Selamat mencuba!

Leave a Comment