3 Resepi Laksam Pantai Timur (Kelantan & Terengganu, Sukatan Cawan)

Bagi yang tak biasa, mungkin anda akan ingat, laksa itu sama dengan laksam. Sebenarnya, dua-dua makanan ini adalah berbeza sama sekali. Laksam adalah makanan yang sangat unik dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Hari ini, kami akan berkongsi resepi laksam yang sedap.

Jom kita try!

1. Resepi Laksam Kak Wan

Bahan untuk isi laksam

  • 3 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar minyak masak
  • 6 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

 

Cara buat laksam

  1. Bancuh semua bahan sehingga sebati dan tidak ada tepung yang berketul.
  2. Panaskan pengukus dengan api dapur yang kuat sampai mendidih air
  3. Seterusnya, letakkan loyang pengukus atau tudung periuk dan masukkan bancuhan tepung dengan sekata dan menutupi loyang. Pastikan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis.
  4. Tutup penutup pengukus.
  5. Apabila timbul gelembong-gelombong isi laksam, terus keluarkan
  6. Biarkan seketika sehingga sejuk dan gulungkan.

 

Bahan-bahan kuah laksam

  • 1kg ikan sardin/selayan/ ikan termenung/kembong. (pastikan ikan segar)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar lada hitam serbuk
  • 7-10 asam keping
  • 2 inci halia
  • Santan pekat 3 cawan
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

 

Cara-cara penyediaan kuah laksam

  1. Kisarkan bawang besar bersama kerisik dan lada hitam.
  2. Masukkan bahan kisar kedalam isi ikan yang telah direbus ke dalam satu periuk.
  3. Masukkan halia dan asam keping dan masak sehingga mendidih.
  4. Lalu, masukkan garam,gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
  5. Selepas itu, masukkan santan.
  6. Kemudian, masak lagi sehingga mendidih. Jika santan sudah mula mendidih, boleh matikan api.

 

Bahan-bahan sambal

  • 10-15 tangkai cili kering
  • 2-3 inci belacan.

 

Cara-cara penyediaan sambal

  1. Cuci dan potong cili kering dan rebuskan sehingga kembang.
  2. Selepas itu, kisarkan cili yang direbus bersama belacan sehingga menjadi pes.
  3. Masukkan air jika terlalu pekat.

 

Bahan ulam laksam

  • Bawang Besar
  • Timun
  • Selom/Pucuk Janggus/Salad
  • Kacang Panjang
  • Taugeh

Sumber: Wan Mahani dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Laksam Kelantan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 1/2 cawan air suam
  • Secubit garam

 

Cara buat laksam

  1. Bancuh bahan-bahan dengan menggunakan “whisk” dan kacau sehingga rata dan tidak berketul.
  2. Sapukan minyak pada tudung periuk dan panaskan.
  3. Masukkan 3 senduk adunan laksam (bergantung kepada loyang atau tudung periuk yang digunakan)
  4. Kukus selama 3-4 minit atau hingga timbul gelembung pada laksam.
  5. Angkat dan terus gulung.

 

Bahan kuah laksam

  • 1/2 kilo ikan selayang
  • 6-7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 250 ml/ 1 kotak kecil santan.
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 2 keping asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Ikan yang telah direbus tadi diasing isi dan tulangnya (pastikan tulang tidak dibuang untuk airnya)

 

Cara-cara penyediaan kuah laksam

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  2. Asingkan isi dan tulang,lalu kisar secara berasingan.
  3. Tapiskan tulang yang dikisar dan ambil airnya.
  4. Campurkan bahan kisar demgan santan kedalam periuk.
  5. Masukkan asam keping, lada hitam, gula dan garam.
  6. Kuah mesti dikacau sehingga mendidih dan pastikan tidak pecah minyak.
  7. Masak hingga mendidih. Boleh tambahkan air jika terlalu pekat.

 

Ulam-ulaman

  • Taugeh
  • Timun batang
  • Bunga kantan
  • Kacang panjang
  • Daun kesum

*Hiris halus kesemua ulam ulaman. Hidang bersama sambal lada dan laksam

 

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Laksam

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepunggandum
  • 3 cawan air panas
  • 2 cawan air biasa
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Tudung periuk atau pizza non stick pan

 

Cara buat laksam

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan atau besen.
  2. Bancuh semua bahan sehingga sebati.
  3. Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih.
  4. Sapu loyang/pan pizza dengan minyak masak.
  5. Masukkan sesenduk  atau 2  senduk adunan kedalam tudung periuk atau loyang bulat atau pizza non stick pan  (bergantung kepada saiz senduk dan saiz loyang).
  6. Kukus hingga masak.
  7. Apabila permukaan mula menggelembung, itu tandanya laksam sudah masak
  8. Boleh diangkat dan sejukkan sebelum digulung.

 

Bahan kuah lemak laksam

  • 1kg ikan kembung/selayang (rebus sekejap, dah rebus jgn lupa buang tulangnya. Pastu kisar isi ikan hingga halus)
  • 1/2kg santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1sb lada hitam ditumbuk halus
  • 2 keping asam keping
  • Garam
  • 1 sudu teh gula

 

Cara buat kuah lemak laksam

  1. Buang tulang ikan dan rebuskan, lalu kisar isi ikan sehingga halus.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  3. Campurkan dengan ikan yang telah dikisar, masukkan dalam periuk bersama asam keping.
  4. Seterusnya, kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan santan, garam, lada hitam dan gula.
  6. Di peringkat ini, kecilkan sedikit api.
  7. Apabila santan dimasukkan, pastikan untuk selalu kacau bagi mengelakkan santan berketul. Jangan lupa masukkan air secukupnya.
  8. Selepas ia mula mendidih, biarkan 2-3 minit dan boleh tutupkan api.

Sumber: Melati Desa dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Bagi yang meminati masakan Pantai Timur, semoga resepi laksam ini akan mengubati kerinduan.

Bagi yang mahukan lebih lagi, boleh cuba resepi dari Kelantan dan Terengganu.

Antaranya ialah kuih puteri mandi, pulut dakap, ayam percik merah, ayam percik putih dan tidak dilupakan nasi kerabu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment