3 Resepi Ayam Percik (Sedap Macam Pasar Malam)

Peminat pasar malam akan selalu nampak ayam percik yang menggiurkan. Cuma masalahnya, pasar malam bulan ada hari-hari. Jadi, kalau teringin, boleh cuba resepi ayam percik ini.

1. Resipi Ayam Percik Arang

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • Serbuk aji
  • Bawang merah
  • Serai
  • Halia
  • Asam jawa
  • Cili Boh/ kering dikisar
  • Santan
  • Arang

Cara penyediaan ayam

  1. Hidupkan api di dapur arang
  2. Bersihkan ayam lalu lumurkan garam, kunyit dan serbuk aji serata.
  3. Apabila arang sudah menjadi bara, boleh mula panggang ayam yang disediakan tadi sehingga masak.

Cara penyediaan kuah

  1. Hiriskan bawang merah, serai dan halia secara nipis agar senang ditumbuk atau dikisar.
  2. Tumbuk halia dahulu sehingga lumat, lalu masukkan serai dan bawang merah dan tumbuk kesemuanya sehingga lumat.
  3. Campurkan bahan yang ditumbuk tadi bersama cili boh, asam jawa, gula, garam dan serbuk aji secukup rasa.
  4. Setelah itu, masukkan santan segar pekat dan gaulkan kesemuanya sehingga rata.
  5. Setelah siap, boleh letakkan kuah tersebut ke atas ayam yang sedang dipanggang.
  6. Kuah lebihan boleh dimasak sehingga pecah minyak lalu dituang ke atas ayam yang telah siap dipanggang.
  7. Siap

Sumber: Puan Cik Nadzri dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ayam Percik Kelantan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – potong 4

Bahan perap

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

 

Bahan kuah percik

  • 1 Kotak santan
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa atau asam keping

Cara buat Ayam Percik Kelantan

  1. Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
  2. Bakar ayam sehingga masak.
  3. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
  4. Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  6. Seterusnya boleh diletakkan di atas ayam yang dibakar tadi untuk dihidang.

Sumber: Azlina Mohamed Ina dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Percik Orang Bujang

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Daun limau purut
  • Daun Kunyit

 

Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering,
  • 5 tangkal cili besar
  • 10 ulas bawang merah dan bawang putih
  • 2 inci halia dan lengkuas
  • 6 batang serai
  • 1 sudu teh jintan manis

Cara buat Ayam Percik Orang Bujang

  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam.
  3. Kemudian, masukkan santan,hirisan daun limau purut dan daun kunyit.
  4. Perasakan dengan gula,garam dan serbuk perasa.
  5. Renehkan ayam sehingga separuh masak..
  6. Selepas itu, ayam boleh dipanggang.
  7. Semasa ayam dipanggang, percikkan ayam dengan kuah yang telah disediakan tadi agar ayam berperisa dan tidak kering.
  8. Seterusnya, boleh dihidangkan untuk menjamu selera.

Sumber: Muhammad Azhari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga resepi ayam percik ini menepati citarasa anda.

Jika anda mahu guna resipi ini untuk mula berniaga, semoga perniagaan anda maju dan ramai customer.

Selamat mencuba!

Leave a Comment