3 Resepi Bakso Indonesia Simple (Dengan Kuah Yang Sedap)

Sesekali, sedap juga layan makanan Jawa Indonesia. Tak perlu terbang naik Garuda, Malaysia Airlines atau AirAsia untuk ke sana. Boleh buat secara homemade sahaja di rumah. Jadi, bagi yang meminati masakan Indonesia, boleh cuba resepi bakso ini.

Izikan kami berkongsi.

1. Resepi Bakso Indonesia

Bahan-bahan bakso

  • 5 ulas bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada putih
  • Buah keras
  • 4 sekawan
  • 2 batang serai
  • Daging
  • Bebola
  • Akar daun sup
  • 2 kiub daging
  • Perasa

Bahan-bahan sambal

  • Cili api segenggam
  • Cuka
  • 3 ulas bawang putih

Cara buat bakso Indonesia

  1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih dan buah keras.
  2. Kemudian, tumiskan dan masukkan herba 4 sekawan, 2 batang serai lalu tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan bebola. Jika ada akar daun sup, boleh masukkan supaya sup harum.
  4. Selepas itu, masukkan 2 kiub daging dan perasa.
  5. Setelah itu, untuk sambalnya pula, kisarkan cili api segenggam cuka dan 3 ulas bawang putih dan sedikit perasa.
  6. Akhir sekali, boleh gunakan apa sahaja jenis mee kesukaan anda.

Sumber: Nurul Atikah Nik Othman dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuah Bakso

Bahan-bahan

  • 2 liter air
  • 1/2 kg tulang lembu/ ayam rebus
  • 1 labu bawang putih
  • 1 paket lada sulah biji
  • 5 biji bawang merah kecil
  • Kubis putih
  • Daun sup
  • Kicap ABC
  • Sos ABC
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Serbuk aji
  • Mee (pilihan)

Bahan-bahan sambal

  • Cili kampung (kukus/rebus)
  • Garam
  • Cuka

Cara buat kuah bakso

  1. Tumis bawang putih, biji lada sulah dan bawang merah kecil sehingga garing. Pastikan api perlahan agar tidak garing.
  2. Perasakan kuah dengan garam dan aji. Boleh gunakan stok ayam juga.
  3. Untuk bebola, pastikan jenama tidak akan menyebabkan bebola itu kembang.
  4. Hiris kubis putih dan masukkan di dalam kuah bersama bawang goreng, sedikit sos ABC dan kicap ABC.
  5. Untuk sambal, kisarkan cili kampung yang direbus atau dikukus bersama sedikit garam dan cuka.
  6. Kemudian boleh rebus mee pilihan anda untuk dijamu bersama kuah bakso yang telah siap.

Sumber: Nur   Mhhr dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bakso Sedap

Bahan-bahan bakso

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Lada Hitam
  • Lada Putih
  • Sup Bunjut
  • 4 Sekawan
  • Kiub Pati Lembu
  • Meatball
  • Tulang Lembu / Daging Lembu
  • Ayam ( optional )
  • Garam
  • Gula
  • Asam Keping
  • Ajinomoto / perasa
  • Bihun/ Mee / Kuey teow
  • Tauge
  • Kubis
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng

 

Cara buat kuah bakso

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan lada putih.
  2. Masukkan minyak dan tumis 4 sekawan bersama sup bunjut yang diketuk.
  3. Masuk bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan tulang lembu/ daging & ayam. Biarkan sebentar sehingga kecut.
  5. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang diperlukan.
  6. Apabila daging/ayam hampir empuk, masukkan bebola daging.
  7. Masukkan garam, gula, asam keping, dan kiub pati lembu.
  8. Kacau sehingga masak.
  9. Carik isi ayam/daging.
  10. Kemudian, celur bihun/mee/kuey teow.
  11. Hias dengan daun sup, bawang goreng, dan sayuran.

 

Cara buat sambal cabai bakso

Bahan-bahan:

  • 5 biji Lada Merah Besar
  • 10 biji  Lada Burung
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Cara buat:

  1. Kisar bahan-bahan di atas
  2. Masak sehingga mendidih.
  3. Siap

Sumber: Raa Syahirah dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian resepi bakso ini memenuhi citarasa anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment