3 Resepi Tteokbokki (Halal dan Confirm Sedap)

Makanan Korea cukup mendapat perhatian dihati peminat di Malaysia. Pelbagai resepi dari korea yang telah dicuba dan diolah sesuai dengan lidah Malaysia. Jom kami ingin kongsikan resepi tteokbokki untuk anda peminat makanan Korea.

Jom kita try!

1. Resepi Tteokbokki Bersama Sos Gochujang

Bahan-bahan

  • 1 sudu mkn sos gochujang
  • 1 sudu mkn gula
  • 1 sudu mkn serbuk cili korea
  • 1 sudu mkn myk bijan
  • 1½ sudu mkn madu
  • 1 sudu kecil bwng putih yang di cincang lumat
  • 1 sudu mkn soy sos(kicap cair)
  •  Kacau semua bahan diats bagi sebati dan sekata

Bahan lain

  • Air stock ayam
  • 1 kiub ikn bilis
  • Tteokbokki yang direbus separuh
  • Fish cake .
  • Bijan
  • Daun bawang

Cara buat tteokbokki

  1. Letak air stock ayam dalam pan, tambah air sedikit, letak sos yang dibancuh tadi, biar mendidih, baru letak tteokbokki dan kiub ikan bilis.
  2. Kacau sampai tteokbokki lembut dan campur bahan sampingan lain.
  3. Kacau sampai kuah dia agk kering, kalau nak berkuah jangan bagi kering sangat dan tabur bijan.

Sumber: Hizar Harmiza Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Tteokbokki Homemade

Bahan-bahan

  • Tepung pulut 500gram+air 3 cawan metrik+12 sudu tepung gandum
  • Sosej rebus

Sos spicy Korean

  • Bawang putih satu labu
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sebuk cili Baba’s
  • Bijan
  • Madu

Cara buat tteokbokki homemade

  1. Gentel memanjang dan rebus seperti  masak onde onde.
  2. Sosej rebus potong  3.

Sos spicy Korean 

  1. Panaskan minyak masuk bawang putih bagi garing keluar aroma.
  2. Masuk semua bahan sos, etak air sikit, masuk semua bahan gaul dan siap.

Sumber: Noor Nira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tteokbokki

Bahan-bahan

Bahan kek beras

  • 400g tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • air

Resepi Kuah 

  • 4 ulas bawang putih tumbuk halus
  • 1 sudu Cili adabi **bancuh dengan air dulu.
  • 1 sudu Sos Cili Thai
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1 sudu cuka
  • 1/2 sudu gula a
  •  1 sudu minyak masak

Cara nak buat tteokbokki

Kek beras

  1. Sementara nak uli doh bolh panaskan air utk rebus – gaul smua bhan smpai jd doh..buat panjang2 dan rebus
  2. Bila dah terapung sy biar dlm 1minit baru angkat dan rendam dlm air sejuk sblm ptong pendek2.
  3. Air rebusan jangan buang. Utk kuah sos nanti.

Kuah 

  1. Tumis semua bahan diatas ni. Lepas tu boleh masukkan lauk dan tambah air rebusan kek tadi. Ikut lah nak banyak mana. Nanti bagi dia mendidih dn kuah akan pekat.
  2. Lauk boleh tambah ikot citarasa-Fishcake, Fishball, Sosej, Isi ketam,  Daging, Ayam
  3. Agak kuah dah nak pekat taruk daun bawang . Tabur la bijan di atas dan boleh makan.

Sumber: Ayu Hanna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini mendapat sedikit idea untuk anda.

Anda mencari resepi kimchi? Jom baca resepi kimchi yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment