3 Resepi Kimchi (Confirm Sedap & Halal, Nak Buat Pun Mudah)

Makanan korea telah mendapat hati dikalangan rakyat malaysia sekarang ini. Antara yang cukup popular ialah kimchi. Kimchi boleh dimakan dengan pelbagai juadah sampingan yang lain. Kami ingin kongsikan beberapa resepi kimchi untuk anda.

1. Resepi Kimchi Soondubu Jjigae @ Soft Tofu Stew

Bahan-bahan

  • Soft tofu – 1 pack
  • Kimchi – 2 senduk
  • Cendawan shitake – 3/4 mangkuk
  • Timun jepun
  • Ayam bahagian dada – 3/4 mangkuk  (boleh juga guna daging )
  • Telur – 2biji
  • Brown sugar – 1 sudu
  • Kiub ikan bilis –
  • Serbuk GOCHUGARU – 2 sudu (WARNING-PEDAS)
  • Light soy sauce (kicap soya) – 4 sudu
  • Garam – 1 sudu
  • Aji (OPTIONAL)
  • Minyak bijan utk menumis
  • Bawang merah – 3 biji / bawang holland – 1/2 biji
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Daun bawang

Cara buat kimchi soondubu jjigae

  1. Tumis ayam dengan minyak bijan. Apabila dah separuh masak, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun bawang. Tumis sampai keperangan
  3. Kimchi pastikan beli yg (HALAL), masuk dengan kuah sekali.
  4. Dah sebati masukkan ayam separuh masak. Masuk cendawan dan timun.
  5. Air 2 mangkuk setengah.
  6. Serbuk ajaib. GOCHUGARU. Kalau tak tahan pedas letak satu sudu cukup.
  7. Selepas itu masukkan kiub ikan bilis. Brown sugar 1 sudu.
  8. Sos soya 4-5 sudu.  Jangan lupa tambah garam ajinomoto (optional).
  9. Bila dah menggelegak, tutup api.
  10. Bila dah gelegak letak telur, dan siap.

Sumber: Zaitul Ummi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kimchi Original Korea

Bahan-bahan

  • Kobis panjang-1 biji
  • Buah pear korea atau apple besar manis – 1 biji
  • Bawang holland – 1 biji
  • Bawang putih – 3 biji
  • Serbuk cili
  • Sos ikan – 4/5 sudu
  • Bijan
  • Daun bawang
  • Timun
  • Sayur
  • Tepung pulut – 3 sudu besar
  • Air – 1 cawan
  • Garam – 1/5 cawan (untuk jerukkan sayur)
  • Halia – 2 inchi

Cara buat kimchi original korea

Langkah pertama

  1. Kobis panjang leraikan satu-satu. Basuh sampai bersih dan sapu garam rata sehelai -helai.
  2. Jemur kobis selama 4/5 jam sampai layu dan keluar air.
  3. Potong daun bawang dan timun. Timun potong panjang. Selepas itu sapu garam biar berjeruk dan keluar air. Perah dan cuci bersih dan rendam bagi timun segar dan tak terlalu masin.
  4. Paste kimchi kisar semuah bahan-bahan bawang dan buah tadi dan ketepikan.

Langkah kedua

  1. Masuk tepung pulut 3 sudu besar.
  2. Air 1 cawan.
  3. Garam 2 sudu.
  4. Gula 3 sudu.
  5. Masak sampai likat. Proses ini penat sedikit sebab tak boleh tinggal nanti boleh jadi berketul.
  6. Dah siap asingkan.

Langkah ketiga

  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Bahan-bahan ayng dah dimasak, campur serbuk cili ikut selera.
  2. Kobis jangan lupa angkat.
  3. Bilaskan. Proses ini perlu manual tidak boleh rendam, perlu bilas sampai bersih sisa-sisa garam. Dah basuh selepas itu perah sampai kering.

Langkah keempat

  1. Ambil sehelai-helai daun kobis dan sapu rata, dan ambil lagi dan kobis sapu paste.
  2. Terakhir tabur bijan yang telah disangai untuk nak naikkan bau kimchi
  3. Ada lebihan paste tadi, gaul bersama timun dan biar 1/2 jam.
  4. Dah siap masuk dalam peti selama 3 hari. Lagi lama simpan lagi sedap.

Sumber:  Raja Norain Raja Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kimchi (Kimchi Lobak Putih)

Bahan-bahan

  • Kobis Cina – 3 biji (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
  • Lobak Putih – 3 batang
  • Lobak Merah – 3 batang

Bahan untuk dikisar 

  • Bawang putih – 3 labu
  • Halia – Anggaran 1 sudu makan
  • Lada Merah Besar – 3 biji (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
  • Gula – 1/4 cawan
  • Blend semua bersama air
  • Daun Bawang – 1 ikat
    Daun Kucai (optional) – 1 ikat

Cara buat kimchi lobak putih

  1. Potong kobis kepada 4 bahagian.
  2. Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.
  3. Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.
  4. Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.
  5. Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar. Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.
  6. Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang.
  7. Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.  Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci. Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang dikisar tadi
  8. Masukkan 3 cawan serbuk cili. Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili. Kemudian gaul semua sekali bagi sekata
  9. Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.

Sumber: Abby Red Luna dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mungkin ada yang beranggapan agak complicated untuk membuat kimchi, tapi bila anda dah dapat cara yang betul pasti menjadi resepi kimchi ini.

Kalau tak minat kimci, boleh baca resepi kuah yong tau fu yang kami sediakan untuk anda juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment