3 Resepi Cekodok Pisang (Rangup, Gebu dan Sedap)

Bayangkan duduk beranda depan rumah semasa hujan, sambil makan jemput pisang atau cekodok pisang yang terhidang sekali teh panas. Fuh! Memang lain macam rasanya. Jadi, kalau anda mahu tahu resepi cekodok pisang, izinkan kami berkongsi.

1. Resepi Cekodok Pisang Rangup

Bahan-bahan

  • Pisang (masak ranum)
  • Tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • Air kosong
  • Setengaj sudu kecil soda bikarbonat
  • Gula

 

Cara buat Cekodok Pisang Rangup

  1. Lenyekkan pisang menggunakan senduk atau tangan.
  2. Masukkan tepung, garam, gula dan soda bikarbonat dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuhkan. Pastikan tidak terlalu cair dan boleh dibentukkan menggunkan hujung jari.
  4. Guna sudu atau hujung jari untuk menjadikan ia jemput-jemput  dan goreng dalam minyak yang sudah panas.
  5. Jika ingin cekodok yang garing, biarkan sebentar sehingga berwarna gelap dan angkat.

Sumber: Syu Islamiah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Cekodok Pisang Gebu

Bahan-bahan

  • 10 biji pisang emas
  • 5 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/3 sudu besar garam halus
  • 1 1/2 – 2 cawan tepung gandum
  • Minyak masak

 

Cara buat Cekodok Pisang Gebu

  1. Lenyekkan pisang menggunakan garfu
  2. Masukkan gula dan kacau rata.
  3. Kemudian, masukkan yis dan kacau rata.
  4. Selepas itu, masukkan pula garam dan kacau rata.
  5. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Tambahkan tepung lagi jika perlu. Bergantung kepada saiz pisang yang digunakan. Sehingga adunan boleh di jemput-jemputkan dan tidak terlalu lembik.
  6. Biarkan selama 10 – 15 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api yang sederhana.

Sumber: Nanie Sulong dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Cekodok Pisang Sedap

Bahan-bahan

  • 1 cawan pisang
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Tepung beras
  • Gula
  • Garam
  • Butter atau marjerin

 

Cara buat Cekodok Pisang Sedap

  1. Lenyekkan pisang dan gaulkan bersama tepung gandum, tepung beras, gula dan garam sehingga sebati.
  2. Masukkan dalam peti ais untuk 30 minit sebelum digoreng.
  3. Gorengkan dalam minyak yang panas untuk hasil yang garing.

Tips: boleh tambah kelapa parut mengikut citarasa.

Sumber: Yazlina Yahya dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kalam

Semoga resepi cekodok pisang ini akan mengenyangkan anda sekeluarga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment