3 Resepi Labu Masak Lemak Simple (Sedap & Mudah Nak Buat)

Buah labu bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ,malah cukup enak jika dibuat kuah masakan. Kali ini kami akan kongsikan dengan resepi labu masak lemak. Paling menarik jika dihidangkan bersama sambal belacan pasti membuatkan anda tak keruan.

Jom kita try!

1. Resepi Lemak Putih Labu Manis

Bahan-bahan

  • ½ biji labu manis kupas kulit, buang biji dan potong besar²
  • 1 biji cili padi atau ikut suka nak pedas
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 kotak kecil santan kara
  • 1 helai daun kunyit disiat kasar
  • Garam dan perasa secukupnya.

Cara nak buat lemak putih labu manis

  1. Cili, bawang dan ikan bilis dikisar halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 atau 3 cawan air. Setelah mendidih baru masukkan labu.
  3. Biarkan sehingga labu empuk baru masukkan santan, daun kunyit, garam dan perasa.
  4. Kacau manja sehingga kuah mendidih sekali lagi. Tutup api. Siap dan boleh hidang.

Sumber: Bonda Zalina Amat Rosman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Masak Lemak Udang Labu Daun Selasih

Bahan-bahan

  • Udang setengah kilo
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Udang kering
    (Dikisar)
  • Labu
  • Santan dari 2 biji kelapa
  • Lada hitam bijik (dikisar dengan blender kering )
  • Daun selasih

Cara buat masak lemak udang labu

  1. Mula-mula masukkan bawang merah kunyit hidpo dan udang kering yang telah di kisar didihkan atas dapur,  agak agak dah kering, masukkan labu. Masukkan santan sedikit dan air dan sentiasa kacau.
  2. Masukkan lada hitam. Agak agak empuk labu masukkan udang dan daun selasih dan santan.
  3. Kacau sentiasa.
  4. Masukkan garam.
  5. Mendidih dan udang masak, siap sedia untuk di makan .

Sumber: Amelia Tamby Hussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Masak Lemak Labu dengan Sawi

Bahan-bahan

  • Labu setengah biji.dibuang kulit dan potong kecil
  •  Sawi 2pokok, asingkan batang dgn daun
  • Udang putih sedikit
  • Bawang besar hiris kasar
  • Santan kara
  •  Garam perasa secukup rasa

Cara buat masak lemak labu dengan sawi

  1. Ambil 2 sudu santan dibancuh dengan 2 cawan air suam, biar cair kemudian masuk kedalam periuk.
  2. Masukkan sekali labu, udang, bawang besar, batang sawi, garam dan perasa, tuggu sehingga mendidih dan labu empuk.
  3. Ambil 2 sudu makan dibancuh dengan 1 cawan air suam, kemudian masuk kedalam periuk bersama sawi, api kecil dan tuggu dalam 3minit. Kacau supaya santan tak pecah.
  4. Rasa semua dah ok boleh tutup api dan dihidang bersama nasi panas.

Sumber: Arieza Rieza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah bukan nak buat masak lemak labu. Semoga perkongsian resepi kali ini mendapat sedikit idea untuk anda.

Kalau suka masak lemak, boleh juga cuba ketam masak lemak dan juga udang masak lemak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment