3 Resepi Udang Masak Lemak (Cili Api Petai, Nenas & Tempoyak)

Siapa sahaja tidak gemar akan udang masak lemak, pelbagai versi masakan udang masak lemak yang boleh anda jumpa dan cuba. Kami ingin kongsikan beberapa resepi udang masak lemak untuk anda.

1. Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Petai

Bahan-bahan

  • 1/2 kg Udang
  • Santan
  • 15 ulas cili padi (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 batang serai (dititik)
  • Kunyit
  • Petai
  • Asam keping
  • Garam

Cara buat udang masak lemak cili api petai

  1. Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bawang merah, serai dan kunyit di dalam periuk.
  2. Kemudian baru dihidupkan api dan gaul perlahan-lahan  supaya tidak pecah minyak.
  3. Agak-agak  dalam 5 minit, masukkan petai, asam keping dan garam. Kacau perlahan sehingga sedikit mengelegak kemudian masukkan udang. Kacau perlahan sehingga udang masak.
  4. Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh digantikan dengan kunyit hidup. Petai juga boleh digantikan dgn tomato, kacang buncis, terung atau belimbing dan kacang panjang.

Sumber: Mahfuzah Aidi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Masak Lemak Udang Cili Padi Nenas

Bahan-bahan

  • *4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 biji cili besar
  • *4 biji cili padi (ikut lah tahap kepedasan yang mau..haha)
  • *1 inci setengah kunyit hidup
  • 2 batang serai ketuk
  • Udang
  • Nenas
  • Garam
  • 1 kotak kecil santan KARA

Cara buat udang masak lemak cili api petai

  1. Kisar semua bahan bertanda *
  2. Renehkan bahan kisar dengan sedikit air.
  3. Nampak dah gelegak, masuk santan dan serai. Kacau perlahan tak nak bagi pecah minyak.
  4. Tambah air ikut selera nak pekat atau cair.
  5. Dah menggelegak, masukkan nenas.
  6. Masuk garam dan gula sedikit.
  7. Nenas dah nampak empuk, masukkan udang.

Sumber: Nadia Abdul Kadir dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Masak Lemak Tempoyak Petai Udang

Bahan-bahan

Bahan A (kisar)

  • Cili padi 6
  • Bawang merah besar 1
  • Bawang putih 3
  • Kunyit hidup

Bahan B

  • Serai ketuk
  • Petai
  • Udang
  • Tempoyak 1mangkuk
  • Santan
  • Daun kunyit

Cara buat masak lemak tempoyak petai udang

  1. Panaskan kuali, masukkan bahan A dan serai. Letak air sedikit dan kacau.
  2. Masukkan bahan B dan kacau hingga naik bau.
  3. Masuk garam dan gula untuk seimbangkan rasa .
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.

Sumber: Zatul Itri dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Masak lemak bukan sesuai dengan udang sahaja malahan boleh dimasak bersama lauk lain seperti ayam. Semoga resepi kali ini memberi manfaat kepada anda.

Kalau tak suka masak lemak, boleh cuba udang goreng kunyit dan udang masak merah juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment