4 Resepi Mac And Cheese (Mudah Sangat Nak Buat)

Selain corndog, antara makanan simple dari Barat yang disukai ialah mac and cheese. Nak buat mac & cheese sangat mudah sebenarnya, kalau ada hari yang malas boleh cuba buat. Kami kongsikan beberapa resepi mac and cheese untuk anda.

Jom kita tengok.

1. Resepi Mac And Cheese

Bahan-bahan

  • 1 pek 400g makaroni (direbus)
  • 2 ketul dada ayam (potong kecil)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 tin susu cair
  • 4 cawan air rebusan makaroni
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 pek cheese

Cara buat mac and cheese

  1. Rebus makaroni dalam air. Masukkan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat. Setelah lembut, asingkan 4 cawan air rebusan. Tos dan ketepikan.
  2. Cairkan marjerin, masukkan isi ayam. Kacau sesekali higga masak. Keluarkan.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum dan gunakan whisk untuk kacau. Kacau seketika.
  4. Masukkan susu cair, air rebusan dan serbuk pati ayam. Kacau sentiasa sehingga tiada ketulan tepung dan sebati.
  5. Masukkan cheese dan kacau sehingga cair sepenuhnya.
  6. Hidangkan bersama makaroni dan isi ayam. Tambahkan chilli flakes untuk lebih pedas.

Sumber: Nanie Sulong dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Mac And Cheese Bakar

Bahan-bahan

  • 1 bungkus makaroni
  • 250g cream cheese
  • Cheese keping
  • Susu full cream / susu segar / susu sejat
  • Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air
  • Perasa ayam

Cara buat mac and cheese

  1. Rebus makaroni dan toskan.
  2. Masukkan susu dan cream cheese, kacau sehingga sebati baru buka api dan campurkan semua bahan.
  3. Masukkan makaroni, kacau hingga sekata.
  4. Angkat dan masukkan dalam bekas untuk bakar, susun cheese di atas. Tabur oregano dan bakar pada suhu 180c selama 6-10 minit.

Sumber: Rasyidah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Mac And Cheese 3 Bahan

Bahan-bahan

  • 5 cawan susu segar
  • 300g makaroni
  • 2 cawan cheddar cheese parut

Cara buat mac and cheese

  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masak sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan makaroni dan kacau sehingga kembang.
  3. Masukkan semua cheese dan gaul lagi. Siap.

Sumber: Mya Ja’amat dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Mac And Cheese Daging Bakar

Untuk 10 orang makan. Sila sesuaikan bahan mengikut bilangan yang anda inginkan.

Bahan-bahan

  • 3 pek makaroni (direbus)
  • 3 pek daging kisar
  • 2 tin sos tradisional Prego
  • 1 tin susu cair @ whipping cream
  • 2 tin cendawan butang (dihiris)
  • 10 biji cendawan shiitake (rendam dan hiris)
  • 10 biji bawang putih (tumbuk atau kisar)
  • 5 sudu besar cili boh
  • 1 buku butter
  • Herba mix herb @ oregano @ rosemary
  • Cheddar cheese
  • Garam & gula

Cara buat mac and cheese

  1. Tumis bawang dengan butter sehingga naik bau. Masukkan cili boh, masak sehingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau hingga air dari daging kering. Masukkan sos prego, cendawan dan susu cair. Kacau sebati dan masukkan herb. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan makaroni yang sudah direbus tadi ke dalam kuah sos dan kacau sebati. Jangan biar sehingga kering.
  4. Masukkan ke dalam loyang. Tabur @ carikkan cheese di atas. Bakar pada suhu 170°c dalam 15 minit.

Sumber: Farizah FieMarissa dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja kan sebenarnya selepas kami kongsikan resepi mac and cheese ini. Selepas ini sambil pejam mata pun boleh buat.

Selamat mencuba!

Leave a Comment