4 Resepi Laksa Kedah Asli (Simple, Sedap dan Mudah Dibuat)

Malaysia memang ada banyak laksa. Laksa Johor, laksa Sarawak, laksa Penang dan juga laksa Kedah. Kesemua laksa ini memberikan rasa yang berbeza dan masing-masing memang sedap serta memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang berbeza rasa. Di sini kami kongsikan resepi laksa Kedah untuk anda cuba.

Jom kita tengok.

1. Resepi Laksa Kedah

Resepi ini untuk 1 bungkus laksa dan 1kg ikan.

Bahan-bahan kisar

  • Cili kering
  • 5 ulas bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari halia
  • 1 ibu jari belacan

Bahan-bahan lain

  • Ikan kembung / termenung
  • 1 tin ikan sardin
  • 20 biji lada hitam (tumbuk)
  • 5 keping asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Daun samak (kalau ada)
  • Garam

Cara buat laksa Kedah

  1. Basuh ikan dan rebus. Asing isi ikan dengan tulang. Kisar isi ikan dan asingkan.
  2. Kisar tulang, tapis dan asingkan.
  3. Kisar ikan sardin dan asingkan.
  4. Panaskan periuk dan letak bahan kisar. Tambah air 1 jag dan masukkan isi ikan, air tulang ikan yang sudah ditapis dan ikan sardin.
  5. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan daun samak. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan lada hitam ke dalam kuah dan biar hingga mendidih.
  7. Hiaskan dengan timun dan telur.

Sumber: NorHafiza Md Razhi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Laksa Kedah Tanpa Santan

Bahan-bahan

  • 8 ekor ikan kembung
  • 4 keping asam keping
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • Daun kesum
  • Garam
  • Gula
  • Belacan
  • Hiasan (telur rebus, cili padi, salad)
  • Laksa

Cara buat laksa Kedah

  1. Rebus ikan sehingga masak dan asingkan isi ikan dan tulang.
  2. Kisar isi ikan, tambahkan air pada tulang ikan dan kisar juga. Tapiskan untuk ambil air.
  3. Kisar bawang.
  4. Masukkan semua bahan cili, ikan, air tapisan tulang, daun kesum, asam keping dan bawang ke dalam periuk. Masak sehingga cili masak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Rebuskan laksa dan telur. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Naimah Mukhtar dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Laksa Kedah Kuah Pekat

Bahan-bahan

  • Laksa
  • 1 1/2 kilo ikan kembung
  • 1 ekor ikan kayu (sederhana besar)
  • 6-7 biji bawang merah*
  • 2 senduk cili kisar*
  • 1 sudu besar belacan*
  • 25 keping asam keping
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Garam

Cara buat laksa Kedah

  1. Rebus ikan sehingga tenggelam ikan dan letakkan 10 keping asam keping. Masak sehingga menggelegak dan terus tutup api.
  2. Asingkan air dengan ikan dan asingkan isi ikan dari tulang.
  3. Kisar isi ikan bersama air rebusan.
  4. Kisar tulang juga dengan air rebusan sehingga hancur. Tapis ambil airnya sahaja. Ketepikan.
  5. Kisar semua bahan bertanda *.
  6. Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  7. Masukkan isi ikan dan air yang sudah ditapis. Masukkan sekali baki air rebusan ikan bersama asam keping.
  8. Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan biarkan mendidih.

Tips: Untuk dapatkan kuah yang pekat dan berlemak, kuah perlu dimasak dengan api perlahan selama 2 jam, biarkan rasanya sebati. Selepas 1 jam, boleh letakkan garam. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1 jam lagi.

Sumber: Nur Fatihah dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Laksa Kedah Simple

Bahan-bahan

  • 2 bungkus laksa
  • 1 1/2 kg ikan selayang
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 keping asam keping
  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam
  • Sedikit belacan
  • Perasa
  • 2 bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum

Bahan-bahan hiasan

  • Telur rebus
  • Timun
  • Salad
  • Bawang besar
  • Limau kasturi
  • Cili padi

Cara buat laksa Kedah

  1. Rebus ikan dan simpan air rebusan. Kisar isi ikan, bahagian kepala ikan dan tulang dikisar dan ditapis airnya.
  2. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam periuk.
  3. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  4. Taburkan perasa dan sesuaikan. Tambah air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

Sumber: Iera Amira dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekarang anda dah tahu resepi laksa Kedah kan? Anda boleh pilih yang mana satu resepi yang anda berkenan dan cuba sendiri di rumah.

Leave a Comment