3 Resepi Nasi Goreng Cina (Kurang Pedas, Sesuai Untuk Anak Anda)

Selain nasi goreng kampung yang selalu kita order di kedai tomyam, nasi goreng Cina memang sinonim dengan makanan kegemaran kanak-kanak. Ini kerana nasi goreng Cina ini tidak pedas dan sesuai dengan selera mereka. Kami ingin kongsikan beberapa resepi versi nasi goreng cina yang telah diolah untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk – dileraikan
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 10 batang kacang buncis – hiris halus
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 biji telur
  • 1 sb minyak bijan
  • Minyak masak
  • Garam / serbuk pati ayam

Bahan gaul bersama

  • 200 gram isi ayam
  • 1/2 st lada hitam – ditumbuk
  • 1 st serbuk lada putih
  • 1 sb minyak bijan

Cara buat nasi goreng Cina

  1.  Panaskan minyak masak bersama minyak bijan, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2.  Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul bersama tadi. Kacau.
  3.  Setelah ayam masak sedikit, tolak ketepi kuali dan masukkan telur. Biarkan telur sedikit mengeras barulah kacaukan ia.
  4.  Masukkan nasi, sayur campur, kacang buncis dan perasakan ia. Gaul rata dan masak sekejap.
  5.  Sesuaikan rasa, jika semua okay bolehlah matikan api. Siap!

Nota:

  • Suka pedas boleh lebihkan lada hitam dan masukkan cili padi.
  • Jika suka boleh masukkan capsicum merah, hijau dan kuning.

Sumber: Tiesha Abdul Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan

  • Nasi putih (wajib nasi semalam punya yang dah sejuk)
  • Telur
  • Bawang putih
  • Ayam atau daging (daging rebus dahulu sampai empuk)
  • Minyak bijan (wajib letak, syarat sah nasi goreng cina)
  • Sayur campur (boleh letak sayur lain)
  • Maggi cukup rasa
  • Garam gula
  • Cili hijau potong

Cara buat nasi goreng Cina

  1. Panaskan minyak masak.
  2. Pecahkan telur, tunggu sekejap dlm 10 saat baru kacau.
  3. Masukkan bawang putih dan sedikit minyak bijan.
  4. Masukkan ayam atau daging yg dah rebus.
  5. Kacau sekejap bagi kering air dari lauk tu.
  6. Taburkan Maggi cukup rasa.
  7. Masukkan sayur campur, kacau sekejap.
  8. Pastikan air dari sayur tu kering. Jangan lama sangat nanti sayur layu.
  9. Masukkan nasi putih.
  10. Tabur garam dan gula.
  11. Masukkan cili hijau yang di potong.

Sumber: Ju Mohamad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Goreng Cina Kanak-kanak

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk
  • Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
  • Seikat daun bawang – hiris halus
  • Sebatang lobak merah – hiris dan potong halus
  • Dua ulas bawang putih – cuci bersih dan ketuk
  • Sebiji telur
  • Minyak masak, garam dan lada sula

Cara buat nasi goreng Cina

  1. Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning, biarkan selama dua minit kemudian angkat dan simpan tepi.
  2. Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit.
  3. Masulkan udang dan biarkan ianya masak.
  4. Masukkan lobak merah.
  5. Masukkan daun bawang.
  6. Masukkan telur hancur.
  7. Masukkan nasi putih dan gaul.
  8. Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.

Tips : Bagi mendapatkan nasi goreng sedikit lembut, tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Semoga resepi yang kami kongsikan pda kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Selamat menjamu selera.

Leave a Comment