3 Resepi Pasembor (Ada Cucur, Kuah dan Mee Rojak)

Di  negeri-negeri sebelah utara (secara spesifiknya, Pulau Pinang), mee rojak, rojak atau cucur rojak dikenali sebagai pasembur. Hidangan utama bagi pasembur ialah kuah pekat yang dilimpahi dengan mee atau cucur udang. Boleh meriah pinggan jika makan pasembur. Kami ingin kongsikan beberapa resepi pasembor untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Pasembur Ala Mamak (Mee Rojak)

Hidangan 5-6 orang makan

Bahan-bahan

A) Bahan kuah

  • 500g ubi keledek oren rebus hingga lembut, simpan air rebusan
  • 1/2 cwn kacang tanah, sangai buang kulit
  • 15 biji cili kering goreng hingga rangup
  • 1 biji bwg besar goreng hingga layu
  • 2 ulas bwg putih goreng hingga layu
  • 3 sdm udg kering digoreng
  • 2 sdm asam jawa campur 1 cawan air
  • 5 sdm gula/gula melaka atau ikut selera
  • 2 sdk garam
  • 5 keping biskut marie utk pekatakn kuah (jika perlu)

B) Bahan cucur kelapa

  • 1/2 cawan tpg beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1-2 ulas bawang kecil dihiris
  • 1/2 sdk yis segera
  • 1 sdk garam
  • 3/4 cwn air suhu bilik

C) Bahan Cucur kembung

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air suhu bilik
  • 3 sdm kucai dihiris
  • 1/2 biji bwg besar dihiris
  • 2 sdm taugeh
  • 1/2 sdk yis segera
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1/2 kiub bilis
  • Udang secukupnya untuk topping

Bahan pelengkap

  • 450g mee kuning dicelur
  • 2 keping tauhu goreng
  • 2 biji kentang direbus
  • 4 biji telur rebus belah 2-4
  • 2 batang fish cake
  • Sedikit sengkuang, timun, taugeh, daun salad
  • Cucur kembung
  • Cucur kelapa

Cara masak pasembur ala mamak

A) Cara masak kuah

  1. Kisar kering kacang dan udang kering.
  2. Kisar keledek bersama cili kering, bawang besar, bawang putih dan biskut marie. Guna air rebusan keledek.
  3. Dalam periuk satukan kacang, udang kering, bahan kisar keledek bersama baki air rebusan keledek.
  4. Tambah air ikut kepekatan yang dikehendaki. Didihkan kuah dan kacau selalu.
  5. Perasakan kuah dgn air asam jawa, garam dan gula didihkan lagi hingga nampak pekat.
  6. Hidangkan bersama cucur kelapa, cucur kembung dan bahan pelengkap.

B) Cara masak cucur kelapa

  1. Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan nmpk kental.
  2. Perapkan adunan selama 1/2 jam baru goreng macam cucur biasa hingga perang keemasan.

C) Cara masak cucur kembung

  1. Satukan semua bahan kering.
  2. Masukan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan bahan basah kecuali udang dan kacau semuanya hingga adunan elok sebati.
  4. Perapkan selama 1/2 jam.
  5. Panaskan minyak. Guna senduk besi dan rendamkan senduk kedalam kuali berisi minyak panas.
  6. Masukkan adunan kedalam senduk. Letak udang diatasnya dan goreng seketika.
  7. Gunakan sudu untuk menanggalkan tepung dari senduk.
  8. Goreng hingga keemasan menggunakan minyak yang sederhana panas agar masak sempurna.

Sumber: Kerororyz Royz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2 .Resepi Cucur Udang Pasembor

Bahan-bahan

  • Udang
  • 2cawan tepung gandum
  • 1cawan tepung beras
  • 2sudu besar tepung jagung
  • Setengah paket mauripan
  • 1sudu besar baking powder
  • Taugeh
  • Kucai
  • 1 labu bawang besar hiris nipis
  • Garam

 

Cara buat cucur udang pasembor

  1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Selepas itu letak air suam sedikit sehingga adunan sebati. Peram sekejap dan dah nampk naik buih dah boleh menggor
  2. Panaskan minyak, minyak kena banyak. Sediakan senduk bulat dan celupkan dalam minyak panas. Apabila minyak dah panas ambik senduk dan tuangkan adunan tepung tadi.
  3. Selepas itu boleh letak udang atas adunan tepung dan tekan-tekan sikit udang .
  4. Dan masukkan dalam minyak panas.
  5. Goreng smpai cucur tu garing.

Tips: Kalau taknak  guna senduk, adunan tempek tepi kuali, bila adunan tu dah mula merekah tepi dia tu dan terus cungkil masuk dalam minyak.

Sumber: Pn Lia Harif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuah Pasembor

Bahan-bahan

  • 2 biji ubi keledek direbus
  • 1 genggam cili kering direndam dengan air panas
  • 1 ¹/² bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 cawan sos tiram
  • Setengah cawan kacang tanah goreng ditumbuk hancur
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Satu sudu makan tepung jagung
  • Gula
  • Garam

 

Cara buat kuah pasembor

  1. Kisar ubi keledek, cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, serai dan belacan.
  2. Panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Tambah air secukupnya (tidak terlalu pekat/cair).
  4. Masukkan sos tiram.
  5. Masukkan kacang tanah.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
  8. Biarkan hingga kuah mendidih dan mencapai tahap kepekatan yang sepatutnya.

Sumber: Somad Musa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi pasembor ini boleh memberi sedikit idea untuk anda. Senang cerita tak perlu lagi nak ke Utara kalau nak cuba pasembor.

Tengah mencari resepi kuah kacang? Jom baca resepi kuah kacang yang kami sediakan untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment