Resepi Bihun Sup Chinese Style (Mee Hoon Soup Cina Simple)

Selalunya, kalau makan mihun sup, kita akan makan jenis yang biasa. Senang cerita, yang kita biasa jumpa di Hentian Rehat dan Rawat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan lain-lain lagi. Untuk kelainan, apa kata cuba resepi bihun sup Chinese style pula. Yang ini memang tak ada jual di R&R.

Kami faham, ada yang kata makanan Cina tak boleh masuk tekak. Rasanya tak sama dengan masakan Melayu. Apa-apa pun, jangan risau kalau takut-takut rasa tak pedas. Tambahkan sahaja cili api, biar pedas berdentum.

Jom kita try!

Resepi Bihun Sup Chinese Style

Bahan-bahan

  • 1 labu bawang putih ( cincang @ potong dadu)
  • Bebola
  • Udang
  • Sayur sawi
  • Carrot
  • Bihun

Cara-cara buat bihun sup Chinese style

  1. Goreng bawang putih sehingga kekuningan..
  2. Didihkn air dan masukkan bawang putih yang digorengkan tadi
  3. Simpan sedikit
  4. Tunggu sehingga air mendididih
  5. Apabila air dah mendidih, masukkan perasa secukup rasa
  6. Masukkan juga sawi, bebola, carrot dan udang
  7. Biarkan sekejap
  8. Siap dan boleh dihidang

Resepi  lada kicap

Campur dan gaulkan semua bahan di bawah:

  • Lada
  • Kicap
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Lebihkan lada untuk lebih pedas. Ikut pilihan masing-masing.

Sumber: Fieza Sofea dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Jangan lupa untuk mencuba resepi mihun sup Chinese style pelbagai versi ini. Semoga resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Kalau suka makanan Cina yang lain, boleh cuba dimsum dengan sos, mi wantan dan juga dumpling.

Kalau tak minat makan makanan berkuah, boleh cuba bihun goreng pula.

Selamat menjamu selera!

Leave a Comment