3 Resepi Mee Kungfu (Simple Nak Buat & Rasa Pun Sedap)

Asyik makan mee goreng biasa, mee goreng mamak dan mee goreng basah sahaja. Apa kata buat kelainan dengan mencuba resepi resepi mee kungfu ini pula. Dimasak dengan Chinese style, rasanya persis masakan Cina.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Kungfu Makcik Style

Bahan-bahan

Bahan untuk kuah

  • 7 ulas bawang putih diketuk
  • 1sb sos tiram
  • 1sb sos ikan/kicap sotong
  • Lada sulah
  • Kiub ayam/cukup rasa maggi
  • 2sb gula
  • 6-8sb tepung jagung
  • 4biji telur
  • Udang/isi ayam/fishball/fishcake secukupnya
  • Carrot, baby corn, kobis bunga, sawi

Bahan untuk mee

  • 2 paket mee
  • Telur

Cara buat mee kungfu macik style

Cara buat kuah

  1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Selepas itu letak air.
  3. Letak lada sulah, sos tiram, sos ikan dan kiub ayam/cukup rasa, gula, ikut citarasa.
  4. Masukkan udang/ayam/carrot/baby corn dan bunga kobis  agak dah lembut dan masak ayam tu, boleh masukkan sayur yangg lembut macam sawi dan fishball/fishcake.
  5. Ambil tepung jagung, larutkan dgn air biasa dulu dan tuang kedalam kuah tadi. Kacau sampai mendidih dan sedikit pekat.
  6. Pecahkan telur dan kacau dulu macam nk buat telur dadar.
  7. Lepas itu tengok kuah cukup tak untuk mee. Siap

Cara buat mee

  1. Kacau telur dan letak mee, gaul rata (anggaran 3 biji telur = 1 paket mee).
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng mee dalam minyak bila dah garing boleh angkat.
  4. Last boleh lah nak tabur daun sup/bawang dan bawang goreng.

Sumber: Norfalisa Norman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Mee Kungfu Seafood

Untuk satu hidangan

Bahan-bahan

  • 250g Mee Kuning
  • 2biji telur
  • Seafood pilihan
  • 3 ulas Bawang putih ( cincang halus )
  • 3 biji Cili padi ( ketuk sedikit)
  • Sedikit Lada sulah
  • 1 sudu besar Tepung jagung ( bancuh dgn air)
  • Sayur pilihan
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • Garam dan perasa
  • Minyak utk menumis.

Cara buat mee kungfu seafood

  1. Ambik mee kuning, basuh dan toskan.
  2. Pecahkan sebiji telur dan letak sedikit garam kacau telur  masukkan mee gaul sebati dan goreng sehingga garing angkat dan ketepikan.

Cara buat kuah

  1. Panaskan minyak tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan cili padi dan masukkan isi ayam dan udang goreng sampai masak.
  2. Masukkan lada sulah dan sos tiram serta masukkan air. Air tu agak- agak lah ye, kalau nak kuah banyak mana, terpulang.
  3. Bila mendidih masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dgn air, nak kepekatan kuah macam mana terpulang selera masing – masing.
  4. Ambk sebiji lagi telur tuang dalam kuali dan kacau cepat – cepat dan masa ini baru masukkan sotong.
  5. Masukkan garam dan perasa dan sayur pilihan.
  6. Ok bila kuah dah masak boleh lah tuang atas mee kuning yang digoreng tadi.
  7. Boleh lah tabur sedikit bawang goreng kat atas hidangan dan boleh perah limau kasturi jika suka.

Cara buat kicap cili potong

  1. Potong cili padi dan masukkan dalam kicap cair. Siap.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3.  Resepi Mee Kungfu (Cantonese Ying Yong)

Bahan-bahan

  • 2-3 ulas bawang putih cincang
  • Isi ayam
  • Udang
  • Fishcake
  • Hati ayam dihiris jika suka
  • Sawi
  • Kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • Tepung jagung dibancuh dgn air
  • 1 telur dipukul

Cara buat mee kungfu

  1. Mihun digoreng dalam minyak panas.
  2. Kwetiau gaul kicap sikit, digoreng dgn api kuat. Dah jernih angkat. Sedap kalau ada hangus sikit sikit.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih.
  4. Masukkan isi ayam, hati, udang kacau hingga separuh masak.
  5. Masukkan stok ayam atau air.
  6. Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah.
  7. Masukkan sawi dan fishcake.
  8. Masuk air tepung jagung biar kuah likat sikit.
  9. Tuang telur, kacau perlahan. Tak perlu banyak telur nanti kuah terlalu keladak.
  10. Letak mihun, tuang kuah. Siap!

Sumber: Joanna Johan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Senang kan nak buat resepi mee kungfu ini, lebih kurang kuey teow kugfu juga caranya.

Anda nak resepi kuey teow Hong Kong? Jom baca disini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment