4 Resepi Ayam Ungkep Jawa Asli (Cara Masak & Buat Simple)

Anda mencari resepi ayam ungkep jawa asli yang mudah dan senang dibuat? Di sini kami ada kongsikan. Resepi ini sangat sedap, kalau makan dengan nasi panas sahaja pun boleh bertambah pinggan!

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Ungkep Jawa Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Bawang merah*
  • Serai
  • Minyak
  • Halia*
  • Kunyit*
  • Cili padi*
  • Bawang putih*
  • Serbuk jintan putih*
  • Serbuk jintan manis*
  • Serbuk ketumbar*
  • Asam keping
  • Garam dan perasa
  • Gula
  • Daun limau purut

Cara buat ayam ungkep jawa

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan serai yang sudah dititik.
  3. Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan ayam. Kacau sebati. Boleh tambahkan air kalau nak kuah cair.
  4. Perasakan dengan garam, perasa dan gula.

Sumber: Yan Azie dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Ayam Ungkep Jawa Pedas

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 asam keping
  • Gula & garam

Bahan-bahan kisar

  • 15 batang cili api hijau
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • Sedikit air

Bahan-bahan tumbuk

  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan biji ketumbar

Cara buat ayam ungkep Jawa

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula, masukkan ayam.
  4. Masukkan sedikit air dan gaul sedikit dan tutup periuk. Biarkan ayam masak sehingga empuk.

Sumber: Ummie Smff dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ayam Ungkep Jawa Asli

Bahan-bahan

  • 2 batang serai (diketuk/titik)
  • 1 biji bawang merah (potong 4)
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Ketumbar (rendam dahulu)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • 1 1/2 sudu garam

Cara buat ayam ungkep jawa

  1. Tumbuk ketumbar sehingga lumat. Masukkan bawang putih, kunyit, lada dan bawang. Tumbuk hingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumis sehingga garing. Masukkan serai yang sudah diketuk.
  3. Masukkan ayam dan tuang air sehingga sama paras dengan ayam.
  4. Tutupkan kuali atau periuk dan biar sehingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan asam jawa, gula, serbuk kunyit dan garam. Tutup kembali.
  6. Kacau ayam supaya tidak hangit dan sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.

Sumber: Siti Nur Sahida Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Ayam Ungkep Jawa Johor

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 genggam cili padi
  • 7 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah saiz sederhana
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • Kunyit
  • 1 senduk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dahulu)
  • Ubi kentang

Cara buat ayam ungkep jawa

  1. Kisar semua bahan di atas kecuali serai dan ayam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai yang sudah diketuk. Tambahkan gula dan perasa. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kentang, gaulkan dan tambah air sedikit. Biar hingga mendidih dan air kering.

Sumber: Hana Chenta dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sahaja sebenarnya untuk buat resepi ayam ungkep jawa ini. Hasilnya pun memang mantap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment