4 Resepi Apple Crumble (Ada Kek dan Aiskrim Juga)

Sedap juga jika lepas makan tengah hari, dapat apple crumble sebagai pencuci mulut. Dengan rasa manis berlemak, mesti tak cukup pula. Di sini kami kongsikan beberapa resepi apple crumble untuk anda cuba.

Kalau nak feeling seperti Mat Salleh, boleh dihidang bersama mac and cheese juga.

1. Resepi Apple Crumble Aiskrim Vanila

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 100g butter
  • 3 biji epal (dipotong dadu)
  • Gula

Cara buat apple crumble

  1. Gaulkan tepung dengan butter  sehingga menjadi seperti serbuk roti (crumble).
  2. Masak buah epal dengan api perlahan lebih kurang 5 minit sehingga lembut.
  3. Sapukan butter pada loyang dan masukkan separuh crumble, ratakan kemudian masukkan epal dan lebihan crumble.
  4. Bakar pada suhu 190c selama 20 minit.
  5. Tunggu sehingga sejuk, potong dan boleh makan dengan aiskrim vanila.

Sumber: Princess Taurusz dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Apple Crumble Cake

Bahan-bahan filling

  • 5 biji epal hijau/merah (kupas kulit, buang biji dan hiris dadu / nipis)
  • 5 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan-bahan lapisan kek

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/3 cawan susu
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan minyak masak

Bahan-bahan crumble

  • 1/3 cawan gula perang
  • 3/4 tepung gandum
  • 1/3 cawan rolled oat
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/3 butter cair

Cara buat apple crumble cake

  1. Satukan bahan-bahan filling di atas kuali dan masak selama 10-15 minit sehingga epal lembut dan kering. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, gula halus dan baking powder. Gaul sebati.
  3. Masukkan susu dan telur. Kacau sebentar menggunakan whisk. Masukkan minyak dan kacau rata. Ketepikan.
  4. Satukan gula perang, tepung gandum, rolled oat dan serbuk kayu manis. Kacau sebati.
  5. Masukkan butter cair sedikit demi sedikit.
  6. Gaul sebentar menggunakan tangan untuk jadikan seperti serbuk (crumble).
  7. Panaskan oven pada suhu 180°c selama 10 minit.
  8. Di dalam loyang, letakkan lapisan kek dan ratakan.
  9. Taburkan lapisan filling, diikuti dengan lapisan crumble.
  10. Bakar selama 25-30 minit. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Norhidayatun Mohd Nor dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Apple Crumble Cheesecake

Kek ini terbahagi kepada 4 bahagian: base, apple filling, cream cheese dan topping (crumble).

Bahan-bahan base

  • 1 mangkuk biskut Marie
  • 3 sudu besar mentega dicairkan

Cara buat base

  1. Hancurkan biskut menggunakan blender kering, tuangkan mentega dan gaulkan.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang boleh dibuka di bawahnya. Mampatkan hingga rata.
  3. Simpan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan apple filling

  • 4-5 biji epal hijau (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar gula perang
  • Sedikit serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara buat apple filling

  1. Masukkan epal, gula perang dan serbuk kayu manis ke dalam periuk dan masak hingga layu.
  2. Masukkan tepung gandum untuk tambah kepekatan.

Bahan-bahan cream cheese

  • 250g cream cheese
  • 1 1/2 cawan non-dairy whipping cream
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara buat cream cheese

  1. Pukul cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula, tepung jagung dan whipping cream. Pukul lagi hingga berkim sebati,
  2. Masukkan telur satu demi satu dan akhir sekali esen vanila. Pukul sebati.

Bahan-bahan crumble

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 1/2 sudu besar gula kastor

Cara buat crumble

  1. Campurkan tepung, gula dan mentega ke dalam bekas.
  2. Gaulkan semua bahan menggunakan tangan sehingga menjadi crumble.

Cara buat apple crumble cheesecake

  1. Panaskan oven pada suhu 160°c. Ambil loyang yang mempunyai base cake tadi dan masukkan 1/3 adunan cream cheese dan ratakan.
  2. Masukkan apple filling dan ratakan.
  3. Tuang lebihan cream cheese dan hentakkan supaya adunan menjadi rata.
  4. Taburkan crumble di atasnya.
  5. Bakar kek menggunakan teknik steambath.
  6. Biarkan kek di dalam oven sehingga betul-betul sejuk dan simpan di dalam peti sejuk semalaman untuk mudah dipotong.

Sumber: Ruhaiza Bunyamin dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Apple Crumble Badam

Bahan-bahan inti

  • 6 biji epal
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1  sudu besar madu
  • 1 sudu besar butter

Cara buat inti

  1. Buang kulit dan biji epal. Hiris nipis.
  2. Gaulkan dengan gula dan madu. Masukkan di dalam bekas yang sudah dilenser mentega.
  3. Letak ketulan butter sedikit di dalam adunan.
  4. Tekan lapisan supaya mampat.

Bahan-bahan topping

  • 350g tepung
  • 220g gula
  • 220g salted butter sejuk
  • Gula perang
  • 1 genggam oat
  • Badam hiris

Cara buat apple crumble

  1. Panaskan oven pada suhu 170°c.
  2. Campurkan tepung dengan gula. Masukkan butter sejuk yang telah dipotong dadu.
  3. Dengan hujung jari, hancurkan butter dan gaulkan dengan tepung dan gula hingga menjadi crumble seperti serbuk roti.
  4. Tuang adunan crumble ke atas lapisan inti epal. Ratakan.
  5. Tabur sedikit gula perang, oat dan badam.
  6. Bakar dalam oven sehingga 40 minit dan boleh dihidang bersama ais krim atau sos kastard.

Sumber: Ida Adlina Salleh dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian pelbagai jenis resepi apple crumble dari kami. Semoga bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba!

Leave a Comment