3 Resepi Ayam Buttermilk (Ada Susu Cair, Tapi Tak Muak Pun)

Selain udang buttermilk, ayam buttermilk pun sedap juga. Resepi yang akan kami kongsikan pada kali ini, cukup mudah tapi sangat menyelerakan. Menu yang cukup digemari oleh kanak-kanak dan boleh dijamu dengan pelbagai hidangan sampingan. Jom lihat resepi ayam buttermilk untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Buttermilk Mudah Cepat dan Sedap

Bahan-bahan

  • 2 ketul besar ayam bahagian dada,
  • 4 sudu besar mentega
  • 1/2 tin susu cair
  • Sekeping cheesedale.
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar potong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan salutan ayam

  • Tepung bistari
  • Sedikit garam

Cara buat ayam buttermilk

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan sikit garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Gaul ayam dengan tepung. Basahkan ayam sikit, gaul lagi dengan tepung.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara masak ayam buttermilk

  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang besar, bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan cheesedale.
  3. Masak sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  4. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Siap.

Sumber: Nurul Glassware Ipoh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ayam Buttermilk Simple

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian dada
  • Susu cair
  • bawang putih, hiris halus
  • Butter
  • Daun kari
  • Cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam

  • 2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara masak ayam buttermilk

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
  2. Masukkan telur dan garam kedalam mangkuk dan masukkan ayam gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. (Kalau tak makan pedas jangan letak cili padi).
  6. Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Siap.

Sumber: Nurul Q Aini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Buttermilk 15 Minit

Bahan-bahan

  • Isi Ayam (dipotong dadu)
  • Mentega / Marjerin (1 sudu besar)
  • Tepung Gandum (ikut kuantiti ayam)
  • Serbuk Kari (ikut kuantiti ayam)
  • Susu Cair (satu tin)
  • Daun Kari
  • Cili Api (optional)
  • Telur (1 biji)
  • Cheese Slice (optional)
  • Garam & perasa

Cara masak ayam buttermilk

  1. Perapkan isi ayam dengan tepung gandum, serbuk kari, telur dan garam.
  2. Goreng ayam separuh masak.
  3. Cairkan mentega dan tumis daun kari dan cili api sehingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan cheese slice dan masak sehingga cheese cair.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak sehingga pekat.
  7. Jika mahukan kuah, boleh tambah sedikit susu cair atau air.
  8. Perasakan dengan garam, perasa dan siap.

Sumber: Fellina Fattah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi yang cukup mudah ini. Jom cuba resepi udang buttermilk ini rasa yang lebih kurang sama sahaja.

Selamat mencuba!

Leave a Comment