3 Resepi Kuah Lodeh Lontong (Masak Sayur Simple Tapi Sedap)

Kuah lodeh atau kuah lontong antara juadah hari raya yang wajib dihidangkan diatas meja. Dimakan bersama dengan nasi impit atau ketupat disulami dengan sambal tumis sudah cukup membangkitkan selera anda. Kali ini, kami akan kongsikan beberapa resepi kuah lodeh yang cukup enak ini.

1. Resepi Kuah Lodeh

Bahan-bahan

  • Kisarkan siap-siap.
    **Bawang besar 2 labu.
    **Segenggam udang kering.
  • Tempe/Tauhu-potong ikut suka, gorengkan sekejap. Jadi dia tahan lama dalam kuah, dan tak hancur.
  • Kacang Panjang racik halus
  • Lobak Merah di potong halus panjang
  • Sengkuang (optional)
  • Serbuk kunyit
  • Santan kotak sederhana(seeloknya kotak sebab lambat basi berbanding santan ori)
  • Soon dan Tauhu kering (rendam dalam air sejuk)
  • Garam dan perasa
  • Minyak masak

Cara buat kuah lodeh

  1. Tumiskan bawang dengan udang kering yang sudah dikisar.
  2. Bila dah naik minyak, masukkan air secukupnya. Masukkan serbuk kunyit dan sayur tadi.
  3. Tunggu sayur agak lembut, masukkan santan dan perisakan dengan garam dan perisa
  4. Masukkan soon dan tauhu kering yang sudah direndam lembut.
  5. Kacaukan jangan sampai pecah santan. Dah masak boleh hidangkan. Siap.

Tips:

  • Halia dan serai tidak diperlukan sama sekali.
  • Sayur kobis buat lodeh mati rasanya. Antara sebab itu hanya masukkan lobak dan kacang panjang atau sengkuang.

Sumber: Pantang Heritage dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi  Masak Lemak Sayur Lodeh

Bahan-bahan

Bahan untuk kuah lemak 

  • 2 kotak santan kara
  • 2 biji santan kelapa segar
  • 3 batang serai
  • 3 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam/kiub ikan bilis
  • Udang

Bahan sayuran 

  • Kubis
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Cili merah
  • Tauhu digoreng
  • Tempe digoreng
  • Suhun/fucuk

Cara buat kuah lodeh

  1. Kisar bawang merah, putih, halia, kunyit hidup dan tumis bersama serai.
  2. Masukkan air, tambah santan masak dengan api perlahan. Jangan api kuat nanti santan boleh pecah.
  3. Selepas itu masukkan semua jenis sayuran termasuk tempe dan tauhu goreng, masak sehingga semuanya sebati dan mesra.
  4. Masukkan fucuk, suhun dan garam secukupnya , masih masak dengan api yang sederhana dan perlahan sahaja. Biar dia masak dengan sempurna.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuah Lodeh Lontong

Bahan-bahan

Bahan kisar

    • 2biji bawang besar
    • 2ulas bawang putih
    • Kunyit hidup
    • 2 sudu besar udang kering
    • Sedikit belacan
    • Halia 1hiris
    • Lengkuas 1hiris
      **kisar hingga halus bahan di atas
    • Serai 2batang diketuk
    • Santan secukupnya
    • Asam keping 1keping
    • Gula@garam secukup rasa
    • Udang segar
    • Tauhu
  • Tempe
  • Suhun@fucuk
  • Sengkuang
  • Carrot
  • Kacang peas@buncis

Cara buat kuah lodeh

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis sekejap bahan-bahan kisar tersebut.
  2. Masukkan santan, serai, asam keping dan sentiasa kacau untuk elak santan pecah.
  3. Apabila kuah hampir mendidih masukkan udang basah, carrot, sengkuang, suhun, kacang peas, tauhu, tempe dan perasakan dengan gula dan garam.
  4. Masak hingga mendidih.

Sumber: Raja Amanina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kuah lodeh ini boleh juga dicuba jika bukan di musim hari raya. Jika dah teringin boleh lah mencuba resepi ini dirumah. Boleh letak tauhu bergedil dan juga kuah kacang sebagai perisa tambahan.

Semoga bermanfaat!

Leave a Comment