3 Resepi Buttercake Marble (Kek Butter Susu Sukatan Cawan)

Sekarang ini, buttercake dan kek marble telah menjadi satu resepi viral yang selalu kita lihat di media sosial. Pelbagai jenis resepi buttercake yang telah diolah mengikut citarasa masing-masing. Sedap kalau dimakan bersama secawan kopi panas.

Jom kami kongsikan resepi buttercake.

1. Resepi Orange Moist Buttercake

Bahan-bahan

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur
  • 6 sudu besar pati oren sunquick
  • 1/3 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara buat orange moist buttercake

  1. Sapukan loyang 8″ dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dgn gula kastor sampai kembang dan putih.
  3. Masuk telur sebiji-biji sambil diputar.
  4. Masukkan pati oren sunquick dgn susu dan putar rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dgn baking powder. Kaup balik sehingga rata dengan guna senduk kayu.
  6. Bakar pada suhu 170c selama 45 minit.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Moist Soft Marble Cheese Buttercake

Bahan-bahan

  • 250gm mentega
  • 3/4 cwn gula kastor
  • 1 sdb ovelette
  • 70gm cream cheese
  • 5 biji telur
  • 1 sdt asin vanila
  • 4 sdb susu pekat manis
  • 4 sdb buttermilk
  • 2cwn tpg gandum
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 1 sdt baking powder
  • loyang 8

Cara buat Moist Soft Marble Cheese Buttercake

  1. Ayakkan.
  2. Loyang 8″
  3. Pewarna ikut suka guna kaler merah. coklat emulco dan coffee emulco.
  4. Campurkan mentega, gula, ovelette hingga berkrim- putih, speed 4(-+12 mnt).
  5. Masukkan cream cheese mix lagi 3 minit.
  6. Masukkan telur sebiji- sebiji masukkan tepung 3 sdb masukkan telur hingga habis ( nota masuk telur cepat sebiji demi sebiji) perlahankan mixer speed 2.
  7. Masukkan susu pekat manis.
  8. Masukkan tepung sikit-sikit  hingga habis masukkan buttermilk, dah rata stop mixer dan warnakan ikut suka.
  9. Panaskan oven 160 selama 10 minit.
  10. Turunkan suhu atas bawah jadi 130 dan masukkan kek, rak paling bawah bakar selama 45 mnt-+

Sumber Norsiah Ahmad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Buttercake

Bahan-bahan buttercake

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence
  • 2-3 sudu minyak masak

Cara buat buttercake

  1.  Mix butter + gula biar sebati, dan putar.
  2.  Letak telur satu persatu, putar dan putar.
  3.  Letak tepung 1 cawan, putar. Letak lagi 1 cawan putar.
  4.  Letak baking powder, vanilla essence, putar.
  5.  Letak minyak masak, mix dgn sudu tak perlu  putar dgn mixer.
  6.  Asingkan dalam bekas.
  7.  Untuk chocolate ambil serbuk coco dalam 3-4 sudu (atas citarasa masing-masing). Selepas itu ambil adunan yang dah siap mix dengan chocolate.
  8.  Letak tompok-tompok dan lorek dengan lidi.
  9.  Bakar suhu 160c 45min.

Sumber Nuralia Idayu dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini memberi manfaat kepada anda. Kalau suka yang manis-manis, boleh cuba kek coklat moist juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment