3 Resepi Congo Bar Mudah (Sukatan Cawan, Tanpa Guna Mixer)

Kek congo bar memang sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut atau minum petang. Senang kata boleh kenyang makan kek sahaja dek kerana bahan yang ada cukup buat anda kenyang. Jom baca kami kongsikan beberapa resepi congo bar untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Congo Bar

Bahan-bahan

Bahan A

  • 150g mentega
  • 220g gula perang  (brown sugar)
    (Pukul semua bahan A selama 2- 3minit)

Bahan B

  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdt esen vanilla
    (Masukkan bahan B kedalam bahan A dan pukul 1-2minit)

Bahan C

  • 315g tepung naik sendiri (ayak)
  • 1/4 cawan coklat chips
  • 1/4 cawan almond flakes (sangai tanpa minyak seketika dan sejukkan)
    (Masukkan tepung kedalam adunan tadi kacau guna senduk hingga sebati, masukkan juga coklat chips dan almond flakes gaul sebati)

Hiasan

  • Coklat chip
  • Almond flakes

Cara buat congo bar

  1. Sapu mentega pada loyang saiz 10×10′ inci, lapik kertas minyak melebihi loyang supaya mudah untuk keluarkan congo bar.
  2. Tuang adunan dan ratakan, taburkan coklat chip dan almond flakes bakar selama 30-35minit dengan suhu 160- 170′(ikut suhu oven masing-masing) api atas dan bawah.
  3. Biarkan sejuk seketika dan potong bentuk bar (macam potong kuih talam) simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Pae AF dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Congo Bar Cup

Bahan-bahan

  • 150gm butter (anchor/scs)
  • 150gm gula perang
  • 100g gula castor
  • 320g tepung hongkong/ tepung kek (ayak)
  • 2tsp baking powder
  • 3 biji telur
  • 200g choc chips (callebaut)

Cara buat congo bar cup

  1. Campur semua bahan. Sebatikan guna handwhisk . Tak perlu pukul kembang.
  2. Letak dalam cup muffin . Bakar suhu 170’c selama 25minit atau hingga permukaan kekuningan.

Sumber: Norashikin Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Congo Bar Mudah

Tanpa guna mixer

Bahan-bahan

  • 150 gm butter
  • 250 gm gula perang (kurangkan jika taknak manis sangat)
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 310 gm tepung gandum
  • 2 setengah sudu teh baking powder
  • 300 gm cip coklat
  • coklat beryls untuk hiasan

Cara buat congo bar mudah

  1. Kacau butter dan gula perang. Bolehsenduk saja tanpa mixer.
  2. Setelah sebati, masukkan telur beserta esen vanila dan terus kacau.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah digaul dengan baking powder. Setelah sebati masukkan coklat chip dan teruskan kacau adunan.
  4. Coklat beryls bolehlah disusun selepas masukkan adunan ke dalam loyang@tray pembakar.
  5. Panaskan oven terlebih dulu 170/180 darjah celsius. Hidupkan api atas bawah.
  6. Satu adunan = 1 loyang size 12″ atau 2 loyang saiz 7″.
  7. Bakar selama 25 -35 minit ikut oven masing2 pada suhu170/180 °

Sumber: Siti Maryam Mat Yunoh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Dah ada idea kan nak buat minum petang hari ini? Jangan lupa cuba dirumah.

Peminat kek jangan lupa resepi kek coklat moist yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment