3 Resepi Laksa Johor (Dengan Rasa Asli, Nak Buat Pun Mudah)

Sebut laksa sahaja pasti terbayang kuah yang pekat dan enak. Tapi tahukah anda laksa sebenarnya ada pelbagai versi mengikut negeri. Apa yang menarik laksa johor ini dimakan bersama dengan spaghetti  dan kuah laksa johor juga agak berlemak. Kali ini kami ingin kongsikan resepi laksa johor untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan

  • 1kg ikan selayang
  • 3 sdb kerisik
  • 2 senduk bsr cili kisar
  • 1 ½ peket kecil rempah kari ikan cap o
  • 2 sdb besar rempah daging cap o
  • 2 batang serai titik
  • 2 bungkus kecil udang kering*
  • kunyit hidup sebesar ibu jari*
  • lengkuas sedikit ”’ *
  • 3 @ 4 labu bawang besar *
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1 ketul pati kiub ikan bilis
  • Asam keping secukupnya
  • Air rebusan ikan secukupnya

Bahan hiasan

  • Bunga kantan
  • Daun kesom
  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Timun

Cara buat laksa johor

  1. Spaghetti rebus dengan sedikit minyak dan tos kan, boleh juga letak secubit garam semasa merebus spaghetti.
  2. Kisarkan semua bahan bertanda * , kemudian tumis bahan kisar, rempah kari, cili kisar dan serai sehingga terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan isi ikan, santan, kerisik dan air rebusan ikan secukupnya, kacau biar kuah berpalut.
  4. Selepas itu masukkan asam keping, pati kiub ikan bilis, garam dan sedikit gula. Kemudian letak bunga kantan sekuntum dan daun kesom, reneh sehingga kuah masak.
  5. Untuk sos cilinya , segengam cili kering rebus dan toskan. Kisarkan bersama sedikit belacan, gula dan sedikit air dan siap.

Sumber: Bonda Aisya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan

  • 2 bungkus spaghetti
  • Rebus dengan sedikit garam dan minyak.
  • Ambil berapa urat spaghetti pegang bahagian dan pusing menjadi no 8 diatas pinggan.

Kuah laksa:

  • 2 biji bwg besar
  • 6 biji bwg merah
  • 6 biji bwg putih
  • 2 batang serai
  • Sedikit halia
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit kunyit
    (Kisar semua bahan diatas)
    ——-
  • 4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering)
  • 4 sudu besar rempah Kari ikan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 cawan santan
  • 4 Asam keping
  • 5 -6 ketul ikan tenggiri
  • 5-6 ekor Udang basah
  •  1 cawan Udang kering (kisar)
  •  2 keping Ikan masin kurau (kisar)
  •  Bunga Kantan (pilihan)
  •  Daun kesum

Bahan hiasan

  • Timun
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Bunga kantan
  • Bawang besar
  • Limau kasturi
  • Sambal belacan
  •  Lobak masin

Cara buat laksa johor

  1. Rebus buang tulang dan kisarkan isi ikan menggunakan air rebusan. Tulang ikan kisar asing dan tapis ambil airnya buat kuah.
  2.  Tumis bahan kisar hingga keluar minyak.
  3.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
  4.  Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
  5.  Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  6. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
  7.  Masukkan garam dan gula perang/melaka.

Sumber: Nur Masri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan

1 paket Spaghetti (direbus)

Bahan A

  • 5 ekor ikan kembong (digoreng)
  • Tulang ikan (ditumbuk atau dikisar)
  • 1 paket kecil udang kering (dikisar)
  • Sedikit isi ikan kurau masin (dikisar)
  • Sedikit udang basah (dikisar)

Bahan B (Dikisar)

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit basah
  • 2 batang serai
  • 1 paket santan pekat
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa (boleh gantikan dengan asam keping)
  • 1 paket kerisik
  • 2 paket kecil rempah kari ikan
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Ajinomoto (pilihan)

Bahan Ulaman/hiasan

  • Limau kasturi di belah dan dibuang biji
  • Timun hiris
  • Tauge
  • Bawang besar hiris
  • Daun kesum hiri
  • Bunga Kantan hiris
  • Lobak asin halus
  • Sambal belacan.

Cara buat laksa johor

  1.  Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
  2. Bila rempah dah garing, masukkan cili kisar, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
  3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah dikisar.
  4. Masukkan santan pekat diikuti dengan dua mangkuk air.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
  7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
  8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulaman dan hiasannya.

Sumber: Sarah Az-zahra’ dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Jika anda belum pernah merasa laksa johor ini apakata anda cuba resepi yang kami kongsikan ini.

Pasti menjadi dan rasaya sedap.

Cuma kalau nak betul-betul jadi macam orang Johor, kena makan laksa ini dengan tangan.

Baru real!

Apa-apa pun, kalau tak minat laksa Johor, boleh cuba laksa Utara ataupun laksa Penang juga.

Selamat mencuba!

Leave a Comment