3 Resepi Popia Sayur (Simple Nak Buat, Ada Frozen dan Sira Sambal)

Anda tercari-cari resepi popia sayur? Memang enak bila minum petang dihidangkan dengan popia sayur ini ditambahkan lagi secawan teh panas. Anda terliur kan?

Jom kami kongsikan resepi ini.

1. Resepi Popia Sayur Ranggup @ Frozen

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili api
  • Isi ayam cincang/dadu
  • Sos tiram
  • Garam
  • Carrot
  • Sengkuang atau lain-lain sayur
  • Kulit popia

Cara buat popia sayur frozen

  1. Bawang putih,merah dan cili api potong dadu.
  2. Carrot dan sengkuang sagat/parut.
  3. Tumis semua dah perang letak sos tiram, garam dan letak sayur. Gaul  siap sejukan dulu bru boleh gulung.
  4. Untuk lekatkan di hujung, guna air sejuk.

Sumber: Hendun Muda dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Popia Sayur Bersira Sambal Cili

Bahan-bahan

Sayur 
  • Carrot
  • Kubis manis
  • Sengkuan (Sagat atau potong kecil2 )
  • Kulit popia
Resepi cili
  • Satu cawan cili blend
  • Satu cawan gula
  • Perencah (optional)

Cara buat popia sayur bersira sambal

  1. Lipat popia dengan padatkan inti (letak satu sudu besar penuh lebih kurang) gamkan dengan air yang bercampur tepung sikit.
  2. Goreng popia dalam minyak yang banyak & api sederhana.
  3. Penyediaan cili: Masukkan minyak dalam setengah cawan, letak cili blend /cili boh, masak smpai matang dan masukkan gula, kacau sampai berbuih mengelegak dan pekat.
  4. Masukkan popia ke dalam cili, ratakan popia dengan sira, boleh hias dengan bijan jika suka.
Tips rangup
  • Sayur kena kering
  • Lipat dengan padat
  • Api kena panas tapi sederhana,sentiasa gaul kan popia untuk sekata
  • Peranan sira juga jadikan popia lagi tahan lama rangup, pastikan sira tu meletup dan pekat elok baru tutup.

Sumber: Azmah Najjah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

3. Resepi Popia Sayur Cara Cik Nor

Bahan-bahan

  • Kulit popia 2kepig
  • Lobak 5batang
  • Sengkuang besar 4biji
  • Timun jepun 2biji
  • Barang besar 1biji
  • Bawang putih 4ulas
  • 2bawang ni hampa tumbuk hancur,
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk pati ayam 2sudu

 Sos

  • 4 biji tomato
  • 1 cawan sos cili
  • 2 gelung gula nisan
  • 4 sudu gula putih

Cara buat popia sayur

  1. Tumis bwang masukkan pati ayam dan masuk sayur.
  2. Air tak perlu masukan nanti sayur berair, jangan sampai sayur layu nanti kuih tak rapuh.
  3. Masukkan gula, garam, tutup api sejak dalam penapis supaya air keluar senang nak gulung.

 Sos

  1. 4 biii tomato dimesin hancur.
  2. 1 cawan sos cili/
  3. Gula Nisa.
  4. 4 sudu gula putih masak.sampai kering.

Sumber: Norisah Noralina dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Akhir kata

Jika anda tidak gemar dengan sayur, boleh cuba resepi popia carbonara cheese yang mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment