3 Resepi Spaghetti Bolognese Simple (Guna Sos Prego)

Resepi spaghetti ini mempunyai dua jenis  iaitu bolognese dan carbonara. Jika sebelum ini kami pernah berkongsi resepi spaghetti carbonara, kali ini kami ingin kongsikan dengan anda resepi spaghetti bolognese yang cukup mudah ini.

Jom kita try!

1. Resepi Spaghetti Bolognese Meatball (Prego)

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 1paket daging cincang
  • 1 botol sos pasta mushroom (prego)
  • 1 botol sos pasta traditional (prego)
  • 1 tin cendawan (potong nipis)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 500g Bebola daging
  • 2 helai daun bay
  • Sedikit blackpapper
  • Sedikit Italian herbs
  • Sedikit oregano
  • 1 kiub pati daging
  • Garam

Cara buat spaghetti bolognese meatball

  1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam, rebus spaghetti hingga lembut. Toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar & bebola daging kacau hingga masak dan air kering.
  4. Kemudiaan masukkan sos pasta, sos cili, Kiub pati daging dan sedikit air, masukkan tomato yang di potong dadu, cendawan dan daun bay, tunggu sehingga sos menggelegak, letak sedikit Italian herbs dan oregano black pepper dan garam.
  5. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api dan hidangkan bersama spaghetti, taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.

Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2.  Resepi Spaghetti Bolognese (Taburan Cheese Parmesan)

Bahan-bahan

**(untuk 15 org makan/ 2 pack spaghetti 500gram)

  • Bawang Holland 2 biji – potong dadu
  • Bawang putih 4-5 ulas – potong dadu
  • Button mushrooms (fresh/dlm tin) – potong
  • Tomato ranum 4-5 biji – grill dalam pan atau dlm AF (180 suhu, 13 min) sampai hampir lembik.
  • Minced beef 400 – 500 gram
  • Carrot – potong dadu kecik2
  • Mix herbs – 1.5 sb
  • Bay leaves – 3-4 pcs
  • Susu fresh – 1 cawan
  • Spaghetti 2 packs X 500gram
  • Tomato paste – 1 tin kecik (optional) kalau ada brand Hunts lag isedap
  • Pasta Sauce (kimball/prego)
  • *3 botol – kalau nak spaghetti sauce berkuah pekat2
  • *1 botol – kalau nak buat fried spaghetti bolognese
  • Olive oil – suku cawan menumis,
  • Meatballs
  • Parmesan cheese  daun parsley –  garnish
  • Air rebusan pasta – simpan dlm secawan
  • Garam
  • Gula sikit
  • Lada hitam –  ditumbuk/blend kasar 2-3 sb
  • Chicken cube/ beef cube -2 pcs

Cara buat spaghetti bolognese

  1. Tumis bwg holland dan bawang putih. Masuk mix herbs dan bay leaves,  masak sampai layu.
  2. Masuk minced beef, terpulang nak basuh dulu atau tidak daging tu.
  3. Masak minced beef sampai kering air, masuk tomato grilled yang diblend, pasta sauce, tomato paste, kacau rata masak smpai didih.
  4. Masuk susu fresh, pasta water, garam, gula skit, chicken cube, lada hitam, carrot. Tambah air secawan atau lebih untuk reneh kuah, perlahankn api kuah bolognese lagi lama masak lagi sedap, reneh dlm 30-40 minit.
  5. Adjust rasa ada masam dan masin sikit, jangan smpai rasa manis.
  6. Kalau nak buat spaghetti bolognese version fried atau goreng, masuk meatball dan masak kuah smpai hampir kering, masak meatballs dalam 5-7 minit, masuk spaghetti kacau rata, sebelum tutup api, tabur parmesan cheese dan chopped parsley.

Sumber: Masmira Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sos bolognese Homemade

Bahan-bahan

  • Olive oil
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Buah tomato
  • Cendawan butang
  • Daging kisar (Jenama Ramly)
  • Air rebusan pasta
  • Tomato puree
  • Oregano
  • Bay Leaf
  • Serbuk lada hitam
  • Garam/gula

Cara buat sos bolognese

  1. Olive oil, bawang putih dicincang, bawang Holland di dadu, buah tomato 2-4 biji di dadu, cendawan butang segar di hiris, daging kisar Ramly 800g (untuk 6-7 orang makan), air rebusan pasta secukupnya, satu tin besar tomato puree, oregano, bay leaf 2 helai, serbuk lada hitam, garam dan sedikit gula.
  2. Tumis dulu bawang dan bahan-bahan hirisan sampai layu, masukkan daging dan masak, masukkan tomato puree dan air rebusan pasta. Masukkan herbs. Renihkan sejam atau sehingga kuah dah sedap dan pekat.
  3. Tujuan guna air rebusan pasta (spaghetti) ialah untuk bantu pekatkan sos.

Sumber: Nur Alia Azri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah bukan nak buat spaghetti bolognese ini.

Kami juga menyediakan resepi spaghetti carbonara yang mudah untuk anda cuba di rumah.

Leave a Comment