4 Resepi Cinnamon Roll Simple (Roti Lembut & Sedap)

Cinnamon roll juga boleh dikatakan makanan roti yang viral sekarang. Mana-mana kedai pastriy pasti ada yang menjual cinnamon roll. Kali ini kami kongsikan dengan anda resepi cinnamon roll yang lazat.

1. Resepi Cinnamon Roll Mudah dan Sedap

Bahan-bahan

  • Roti prata/canai instant Kawanku
  • Cinnamon powder /serbuk kayu manis
  • Butter
  • Gula perang

 

Cara buat Cinnamon Roll Mudah

  1. Cantumkan penghujung dua keping prata di atas pan yang dah dilumur butter.
  2. Sapukan butter pada keseluruhan permukaan roti prata.
  3. Tabur cinnamon powder di atasnya. Lagi banyak lagi sedap.
  4. Tabur pula gula perang. Ratakan.
  5. Gulung roti prata sebelum dipotong potong.
  6. Tegakkan susunan potongan tadi. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20minit.
  7. Siap untuk dihidang. Boleh sapukan dengan coklat syrup pun lebih bertambah sedap.

Sumber: Shida Ambok dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cinnamon Roll (Resipi Asal Azie Kitchen)

Tanpa mixer dan topping

Bahan-bahan

  • 3/4 cup susu segar/full cream
  • 1/4 cup marjerin
  • 3 1/4 cup tepung gandum
  • 1 peket yeast
  • 1/4 cup gula castor
  • 1/2 tsp garam
  • 1 telur
  • 1/4 cup air

Untuk adunan cream

  • 1 cup brown sugar
  • 1/2 cup marjerin
  • 1 tbsp cinnamon (boleh lebihkan)
  • Gaul semua sampai rata

 

Cara buat Cinnamon Roll (Resipi Asal Azie Kitchen)

  1. Panaskan susu sampai berbuih.
  2. Masukkan marjerin. Kacau sampai cair.
  3. Ketepikan sampai suam.
  4. Dah suam, masukkan 2 1/4 cup tepung, yeast, gula, garam, telur, air. Gaulkan.
  5. Masukkan baki tepung sikit demi sedikit.
  6. Uli dalam 10min. Pakai tangan pun boleh.
  7. Tutup doh pakai kain lembap. Biarkan dalam 10min.
  8. Selepas 10 min, ambil doh, canaikan jadi bentuk 4 segi.
  9. Sapu adunan cream rata sampai habis.
  10. Nak letak raisin pun boleh. Lagi sedap.
  11. Rollkan. Potong sama besar.
  12. Susun dlm loyang yang dah sapu marjerin.
  13. Biarkan kembang dalam 30 min.
  14. Bakar pada suhu 190c dalam 20min.
  15. Siap

Sumber: Ros Aida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cinnamon Roll Guna Air Fryer

Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 cup tepung gandum /tepung high protein
  • 2 sb susu tepung
  • 1/2 st garam
  • 2-3 sb butter

Bahan B

  • 1 1/2 cup air suam
  • 1 sb yeast
  • 1 sb gula perang/gula putih

Cinnamon Spread

  • 2 sb butter
  • 2 sb gula perang
  • 2 sb serbuk coklat

Cream Milk

  • 1/2 cup fresh milk
  • 1-2 sb gula
  • 1-2 sb butter
  • -Masak atas api kecil sampai sebati, tutup api biar sejuk. nanti cicah roti dengan Cream Milk ni, sedap

Cara buat Cinnamon Roll Guna Air Fryer

  1. Masukkan semua bahan, gaul sebati dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan A, gaul rata. sampai rasa tepung sedikit ringan bila gaul bersama butter.
  3. Bancuh bahan B, biar 10 minit sehingga kelihatan buih ( takda buih bermakna adunan yeast anda tak jadi,yeast mati)
  4. Satukan Bahan B dengan bahan A, masukkan air bahan B tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli sehingga doh sebati, uli dalam 10-20 minit, lagi uli doh lagi lembut dan roti gebu enak. Uli sampai tak melekat di tangan.
  6. Biar doh 20-30minit sehingga naik 2 kali ganda.
  7. Ambil doh canaikan macam pizza, tak terlalu nipis tak terlalu tebal sebab kita nak gulung doh nanti nipis sangat nanti terkoyak doh.
  8. Dah canai tu, sapukan Cinnamon Spread tadi, lepas tu, gulung doh.
  9. Potongkan doh dalam 1 inchi saiz.
  10. Susun doh dalam loyang yang di lengser butter supaya doh tak melekat, Nak cantik lengserkan putih telur atas doh tadi bagi berkilat, taknak pun tidak mengapa.
  11. Bakar adunan 150, 20-30 minit, ikut oven masing masing. tengok doh naik tak,nak tau dah masak cucuk je garfu takde doh melekat lagi tu, dah masak elok. Boleh juga pakai air fryer.
  12. Nak simpan frozen, boleh terus frozen doh tadi dalam freezer. Nanti bila nak makan, baru masak dalam oven.

Sumber: Sarah Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cinnamon Roll

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan majerin
  • 4 cawan tepung
  • 1 paket yis
  • 1/4 cawan gula halus
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur

Bahan filling 

  • 1 cawan gula perang
  • 1 sb serbuk cinnamon
  • 1/2 cawan majerin

Cara buat Cinnamon Roll

  1. Susu dipanaskan sehingga timbul bubbles kemudian masukkan majerin dan ketepikan.
  2. Satukan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata dan letakkan telur serta bancuhan susu (sekiranya adunan masih lembik tambahkan tepung sehingga aduanan menjadi doh)
  3. Tutup doh tadi dengan kain lembab selama 10 minit.
  4. Sementara itu, satukan gula perang , serbuk cinnamon dan majerin.
  5. Uli doh tadi menjadi bentuk 4 segi . Kemudian sapukan filling ke atasnya.
  6. Gulung dan potong mgikut ukuran yang sama.
  7. Susun didalam loyang yang telah disapu majerin. Tunggu sehingga doh kembang lebih kurang 1 jam.
  8. Bakar didalam oven pada suhu 180c selama 20 minit.
  9. Masa dihidang bolehlah letak susu pekat yang ditambah air sedikit  sebagai penambah perasa.

Sumber: Fieza Fbs dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Sekarang anda dah ada idea kan nak buat cinnamon roll ini?

Apa kata untuk resepi selepas ini, anda cuba resepi Rotiboy yang mudah ini pula.

Selamat mencuba!

Leave a Comment