3 Resepi Shell Out Buttermilk (Seafood Shellout Sedap & Simple)

Satu ketika dahulu memang popular makanan shell out ini. Iya lah nama pun unik ditambah pula makan tidak beralas kan pinggan dan dihidangkan bersama lauk seafood yang dilambakkan sahaja. Kali ini kami ingin kongsikan resepi shell out untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Shell Out Mudah

Bahan-bahan

Siang/potong — Celur

  • Udang
  • Sotong
  • Lala
  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Carrot
  • Jagung

Bahan A (Blend sehingga hancur)

  • 2 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sb cili boh
  • 2 sb serbuk kari
  • 3 sb sos tiram
  • 5 sb sos cili
  • 3 sb sos BBQ
  • 2 sb sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan (koyak dan simpulkan)
  • Gula & garam secukup rasa
  • Air

Cara nak buat shell out mudah

  1. Celur segala haiwan dan tumbuhan yang dah dibersihkan dlaam air mendidih secara berasingan.
  2. Tumis Bahan A hingga wangi, kemudian masukkan cili boh + serbuk kari + daun kari + daun pandan, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan kacau lagi hingga mendidih (boleh masukkan air sikit kalau kuah terlalu pekat ).
  4. Perasakan dengan gula dan garam, kacau sekejap kemudian masukkan bahan yang dah dicelur dan kacau lagi, boleh tutup api, kuah shell out is done.

Sumber: Aemie Mohd Idrus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Shell Out Simple

Bahan-bahan

Bahan A

(Seafood Pilihan Hati Anggaran 2 Kilogram direbus seketika . Jika anggaran seafood kurang dari berat ini, boleh bahagikan sukatan bahan yang dikisar nanti)

  • Ketam
  • Udang
  • Sotong
  • Kupang
  • Kerang

Bahan B (Dikisar)

  • Cili Kering 20 batang – direbus terlebih dahulu
  • 4 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 inci belacan
  • 1 genggam udang kering

Bahan C (Ditumis bersama bahan B yang dikisar)

  • 5 tangkai daun kari – Ambil daunnya sahaja
  • 5 biji cili padi – Dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 sudu teh lada hitam kisar

Bahan untuk menumis

  • 50gram butter
  • Sedikit minyak masak

Cara buat shell out simple

  1. Panaskan butter dan sedikit minyak.
  2. Masukkan semua bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan Bahan C satu persatu. Kacau hingga sebati .
  4. Boleh tambahkan baki air rebusan seafood tadi kalau taknak kuah terlalu pekat.
  5. Tutup api dan masukkan seafood yang direbus tadi. Gaul rata dan sedia dihidang.
  6. Tambahan – Sayur segar yang dikukus seperti brokoli, lobak merah, bunga kobis, jagung dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

Sumber: Nur Faseha Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kuah Shell Out Sedap

Bahan-bahan

Bahan A (kisar)

  • Segenggam cili kering
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 labu bawang besar
  • 5ulas bawang putih

Bahan B (hiris nipis)

  • 1labu bawang besar
  • 5 ulaa bawnag putih
  • 5 helai daun kari
  • 5-10 biji cili padi (ketuk)
  • 2 batang serai .

Bahan lain

  • Sos tiram 3 sudu
  • Sos ikan 3 sudu
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh air limau
  • Gula
  • Garam

Cara buat kuah shell out sedap

  1. Tumis bahan B dngan minyak dan planta. Selepas itu masuukkan bahan A, masak smpai garing .
  2. Dah garing masukkn bahan lain, perasakan bagi sedap, tak payah letak air sebab nanti seafood akan keluarkan air .
  3. Dah siap masukkan seafood, dan asingkan seafood. Tinggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit.
  4. Selepas tabur shell out atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tu.
  5. Seafood nak sedap please kukus.
  6. Brokoli, jagung, carrot rebus dulu ya dengan minyak bagi warna cantik.

Sumber: Myra Suhaimi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Kalau anda rasa macam leceh untuk buat shell out ini, dah banyak kedai yang membuat resepi ini. Order je terus, senang kan?

Mencari pelbagai resepi yang mudah? Jangan lupa singgah di sini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment