3 Resepi Ayam Penyet (Rangup & Menyelerakan)


Anda tercari-cari resepi ayam penyet yang cukup popular sekarang ini? Nasi ayam penyet ini berasal dari Indonesia, dan telah mendapat perhatian di Negara kita. Menu yang cukup ringkas ini memang menjadi pilihan hidangan di rumah.

Jom kami kongsikan resepi ini.

 

1.Resepi Ayam Penyet by Anak Dara

Bahan-bahan

  • Ayam ( telah direbus – airnya dijadikan sup)
  • 3 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam

*Bancuhan tepung kriuk*

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung beras

Cara buat ayam penyet

  1. Kisar kesemua bahan bersama sedikit air.
  2.  Lumurkan pada ayam dan perap selama 2 jam
  3. Goreng menggunakan api sederhana.
Bancuhan tepung kriuk
  1. Campurkan telur dan tepung beras bersama baki perapan.
  2. Kemudian percik bancuhan ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.

Sumber: Cikgu Nida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi  Ayam Penyet  Medan Indonesia

Bahan-bahan

  • Ayam seekor @ 2 boleh potong 4 atau kecik
  • Kunyit hidup – 2cm*
  • Halia – 2cm*
  • Serai – 3 batang potong halus*
  • Bawang besar – 2 biji*
  • Bawang putih – 1 labu*
  • Lengkuas – 1 ketul besar tapak tangan – sagat halus
  • Ketumbar – 2 sudu besar disangai
  • Lada hitam – 1 sudu kecil
  • garam

 

Cara buat ayam penyet

  1. Semua bahan bertanda* kisar. Letak air dan kisar jangan terlalu lumat.
  2. Ketumbar disangai sekejap dan ditumbuk bersama lada hitam.
  3. Bahan yang dikisar digaul bersama ayam. Masukan ketumbar dan lada hitam.
  4. Hidupkan api dan tutup ayam.
  5. Rebus sehingga air sedikit kering atau sehingga ayam masak.
  6. Masukkan garam.
  7. Siap

Sumber: Leeniy Imeena Hawea II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

3. Resepi Ayam Penyet

Bahan-bahan

Rebusan ayam penyet

  • Ayam potong 10
  • 1 ketul pati kiub ayam
  • 1 inci Halia
  • 1inci lengkuas
  • 2 ulas bawang putih tumbuk
  • Air secukupnya
  • 1btg serai ketuk
  • Sehelai daun salam
  • (Rebus selama 15 minit ) kemudian toskan
Perapan ayam
  • ½ sdb cintan manis*
  • ½ sdb cintan putih *
  • 3 sdb ketumbar *
  • 1 biji buah keras *
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • ½ sdb serbuk lada putih
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • Garam
  • Secukup rasa megi

Cara buat ayam penyet

  1. Sangai bahan bertanda **
  2. Kemudian kisar semua bahan shingga halus kemudian gaulkan bersama ayam & bahan lain, garam secukup rasa dan perap selama 2 jam.
  3. Kemudian goreng sehingga keperangan.
Keriuk keriuk
  1. Gaulkan bahan rempah bersama tepung jagung dan telur, percikkan ke dalam kuali.
  2. Goreng sehingga ranggup siap.

Sumber: Cik Puan Julieta dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga perkongsian resepi kali ini memberi sedikit idea untuk anda.

Untuk pelbagai resepi yang mudah, kami ada kongsikan anda disini.

 

 

 

Leave a Comment