3 Resepi Popia Simpul Kasih (Serunding Ikan, Bilis & Sambal)

Waktu Hari Raya popia simpul kasih ini cukup popular dan wajib dihidangkan untuk tetamu. Saiz yang kecik ini cukup mudah untuk tetamu makan sambil berbual. Sebenarnya mudah sahaja untuk buat resepi popia simpul kasih ini jika anda tahu teknik simpul yang betul.

Jom baca  beberapa resepi popia simpul kasih yang kami kongsikan untuk anda.

1. Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 1/2 kg ikan bilis *
  • 7 ulas bwg merah kecil *
  • 3 ulas bwg putih *3 btg serai *
  • 3 sudu cili kering kisar*
  • 1/2 sudu mkn jintan putih *
  • 1/2 sudu jintan manis *
  • 1 sudu mkn ketumbar *
  • 1 mangkuk santan pekat
  • gula dn garam secukup rasa
  • serbuk perasa

 

Cara buat popia simpul kasih

  1. Kisar kesemua bahan yang bertanda *
  2. Campurkan semua bahan dan masak hingga kering.

Sumber: Yong Anisah Yaacob dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Popia Simpul kasih Serunding Ikan

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus kulit popia
  • Serunding ikan
  • Minyak, untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk serunding ikan

  • 1 kg ikan kembung
  • 3 keping asam gelugor
  • 15-20 biji cili kering*
  • 3 inci halia*
  • 3 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 batang serai, hiris nipis*
  • 15 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 mangkuk minyak untuk menumis
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara buat popia simpul kasih

  1. Potong 8 kulit popia dan tutup dengan kain lembab supaya kulitnya tidak kering.
  2. Sudukan 1/2 sudu kecil serunding ikan dan letak di tengah kulit popia yang dipotong kecil tadi.
  3. Gulung memanjang, pastikan inti berkumpul di tengah dan kemudian simpulkan dengan rapi. Ulangi langkah sehingga kulit popia dan serunding habis.
  4. Goreng popia di dalam minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Pastikan popia betul-betul sejuk sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara buat serunding ikan

  1. Rebus ikan bersama asam gelugor dan kemudian ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan atau boleh juga di kisar di dalam blender.Ketepikan.
  2. Kisar halus bahan bertanda (*).
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan isi ikan dan kacau dengan perlahan sehingga kering. Pastikan api tidak terlalu kuat supaya serunding tidak cepat hangus. Apabila sudah kering sekata, angkat dan sejukkan sebelun di simpan di dalam bekas kedap udara.

Tips:
Goreng popia dalam minyak panas di atas api yang sederhana perlahan dan kemudian kacau dengan kerap supaya popia masak sekata, warna cantik kekuningan dan kekal rangup jika disimpan lama.a

Sumber: Abam Jul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Popia Simpul Kasih Bersira Sambal

Bahan-bahan

  • Kulit popiah yang petak besar (potong 4 memanjang)
  • *Cabai kering
  • *Bawang besar
  • (Dikisarkan bertanda*)
  • Gula
  • Garam
  • Madu
  • Minyak

 

Cara buat popia simpul bersira sambal

  1. Ambil kulit popiah yang dah dipotong 4, simpul la sebelah kanan dan sebelah kiri buat sampai habis.
  2. Selepas itu, potong tengah yang disimpul 2 sebelah kanan dan kiri tadi, jadi 1 simpul bila dah potong tengah.
  3. Jemur sekejap simpul tadi bagi kering dan agak-agak dah kering boleh la digorengkan, bila dah goreng ketepikan.
  4. Masukkn cili kisar tadi masak macam nak buat sambal tumis. Bila dah masak cili masukkan madu, garam, dan gula.
  5. Gaul sebati dan masukkan simpul tadi gaul bagi rata. Api kecik sewaktu masukkan simpul.
  6. Bila dah sebati cepat-cepat tutup api dan letak dalam talam dan jemur sekejap kulit popiah yang dah bersira sambal.
  7. Tujuan jemur simpul kasih lepas disira sambal untuk keringkan simpul tak nak lembap dan mengekalkan kerangupan simpul kasih.

Sumber: Ct Mikhail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Anda dah tahu macam mana nak buat popia simpul kasih ini, jangan lupa cuba dirumah.

Nak lagi resepi yang berasaskan kulit popia? Jom baca resepi popia nestum yang cukup mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment