4 Resepi Chicken Popcorn (Sedap, Goreng Rangup ala KFC)

Kebiasaannya, ayam dada atau ayam isi kurang orang suka. Tetapi, kalau masak ayam butter atau chicken popcorn confirm laku keras. Bukan susah pun nak buat, ikut sahaja resepi chicken popcorn yang kami kongsikan di bawah ini.

1. Resepi Chicken Popcorn 2 Bahan

Bahan-bahan

  • Dada ayam
  • Tepung Bestari Spicy

Cara buat chicken popcorn

  1. Basuh ayam sehingga bersih dan potong menjadi dadu.
  2. Bancuh tepung bestari dengan air sedikit, lumurkan pada ayam dan perap dalam 10 minit.
  3. Salut ayam sekali lagi dengan tepung bestari sahaja, dan goreng sehingga rangup.

Sumber: Eyza Azliza dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Popcorn Chicken Penuh Rasa

Bahan-bahan

  • Dada ayama (dipotong dadu)
  • Garam
  • Bawang putih (ditumbuk halus)
  • Oregano
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Tepung jagung
  • Blackpepper

Cara buat popcorn chicken

  1. Perap ayam dengan garam, serbuk perasa, bawang putih, oregano dan blackpepper. Perap selama 10 minit atau lebih lagi sedap.
  2. Gaulkan ayam perapan dengan tepung jagung hingga sekata.
  3. Celup ke dalam air, kemudian gaul kembali ayam tadi dengan tepung jagung yang lain.
  4. Goreng dalam minyak penuh.

Sumber: Zaini Hilmy dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Spicy Chicken Popcorn

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada ayam
  • Tepung goreng serbaguna
  • Lada hitam
  • Lada putih
  • Serbuk cili
  • Sos seafood/sos tiram
  • 1 biji telur ayam

Cara buat chicken popcorn

  1. Bersihkan ayam dan potong dadu.
  2. Campurkan semua bahan kecuali tepung goreng  dan salut pada ayam. Perap selama 20 minit.
  3. Gulingkan ayam ke dalam tepung dan goreng sehingga rangup.

Sumber: Muhammad Ismail Mohd Ali dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Chicken Pop Corn Rangup

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian isi
  • Serbuk cili
  • Perasa dan garam
  • Telur
  • Tepung gandum

Cara buat chicken popcorn

  1. Bersihkan ayam dan potong dadu.
  2. Perapkan dengan serbuk cili, perasa, garam dan telur.
  3. Salutkan dengan tepung gandum dan goreng pada minyak betul-betul panas.
  4. Kacau ayam semasa goreng untuk elakkan ayam melekat. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Yaty Zulkifly dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Mudah sangat sebenarnya kan nak buat ni? Ikut sahaja resepi chicken popcorn di atas ini, kemudian dah boleh layan sambil tengok TV bersama anak-anak.

Selamat mencuba!

Leave a Comment