3 Resepi Keropok Lekor Terengganu (Cara Buat Kopok Crispy)

Siapa sahaja yang tidak suka dengan keropok lekor. Makan pula bersama secawan kopi panas cukup bangkitkan selera. Keropok lekor boleh dimakan begitu sahaja atau disira dengan sambal. Apakata anda cuba resepi keropok lekor yang kami nak kongsikan ini.

Jom kita try!

1. Resepi Keropok Lekor Homemade (Ikan Kembung)

Bahan-bahan

  • **ikan kembung 1kg (ambil isi ikan,tidak perlu rebus)
  • **2sudu teh garam(ikut kemasinan masing-masing)
  • **2sudu teh maggi scukup rsa
  • **sedikit lada sulah
  • 2cwn tpg ubi
  • 1cwn tpg gandum
  • Sedikit minyk msk

 

Cara buat keropok lekor (ikan kembung)

  1. Kisarkan semua bahan yang bertanda **
  2. Satukn bahan-bahan kisar bersama tepung ubi dan tepung gandum.
  3. Uli sebati sampai tidak melekat pada tangan.
  4. Apabila dah sebati boleh lha dbentuk ikut saiz msing-masing.
  5. Panaskn air dalam periuk dan rebus, pastikan keropok yang direbus dah timbul baru diangkat dan gaul dengan minyak masak.
  6. Sejukkan dan boleh terus goreng.

Sumber: Zalina Mustafa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Keropok Lekor 3 Bahan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • 10 ekor ikan selayang

 

Cara buat keropok lekor 3 bahan

  1. Kisar isi ikan selayang yang dah di ambil isi nya (tak perlu rebus isi ikan tu) dengan 1 cawan air masak sejuk (chill water) dan sedikit garam dan serbuk perasa (ikut nak rasa masin bubuh garam lebih sikit).
  2. Gaulkan isi ikan yang dah siap dikisar tadi dengan tepung ubi dan gandum tadi. Gaul sebati.
  3. Uli adunan sampai jadi memanjang macam kita nampak kopok lekor yang dijual kat kedai tu. Masa uli tu tabur sikit tepung gandum agar tak melekat kat tangan masa nak uli.
  4. Rebus keropok lekor yang dah siap diuli di dalam air yang mendidih. Nak tahu dia da elok direbus dia akan terapung di permukaan air.
  5. Toskan sebentar dan biar dia berehat seketika. Boleh terus dipotong untuk digoreng atau nak jadikan frozen pun takpe.
  6. Goreng dalam minyak yang panas dan terpulang nak goreng lembut atau rangup.

Sumber: Sue Mamaminyak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sos Keropok Lekor

Bahan-bahan

  • 3 keping nise kerek/gula melaka
  • 2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 cawan cuka
  • Serbuk cili + serbuk cili kasar
  • 3 sudu mkn sos cili life/sos thai
  • 4 ulas bwg putih tumbuk
  • Sedikit garam

 

Cara buat sos keropok lekor

  1. Masuk semua bahan kecuali cili sos masak hingga mendidih biar lama sikit dengan api kecil jangan guna api besar nanti sos melimpah kluar dr periuk.
  2. Last sekali baru letak cili sos tujuan supaya sos tu lagi pekat tak perlu guna tepung jagung.
  3. Kalau nak sos tahan lama masak sos lama sikit atas api kecil.

Sumber: Iza Fariza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi keropok lekor ini mendapat sedikit idea untuk anda mencuba resepi baru.

Nak lagi resepi yang lain dari yan glain? Boleh cuba keropok lekor cheese kalau mahu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment