4 Resepi Keropok Lekor Cheese (Resipi Viral Yang Mudah)

Semua makanan yang kita lihat sekarang, memang tak lari dengan cheese sebagai penambah perasa. Seperti yang resepi kami akan kongsikan ini resepi keropok lekor cheeese, dengar pun menarik kan? Orang sekarang memang sangat kreatif dalam mengolah makanan.

Jom kita try!

1. Resepi Lekor Cheese Mudah

Bahan-bahan

  • Keropok lekor
  • Cheese
  • Minyak masak

Cara buat Lekor Cheese Mudah

  1. Potong keropok ikut suka nak panjang ke pendek.
  2. Panaskan api. Dah cukup panas masukkan keropok.
  3. Goreng sampai masak atau kalau rasa nak gigit bunyi krukk krakk krukk krakk guna la api yang besar tahap maksimum.
  4. Then angkat dan toskan minyak. Langkah seterusnya bolehlah letakkan cheese di atas keropok yang baru diangkat tadi yang masih panas.

Sumber: Tengku Nur Hidayah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Keropok Lekor Cheese

Bahan-bahan

  • Keropok lekor dipotong 1″ kemudian goreng dan toskan minyak.
  • Sos cili/tomato.
  • Mayonis (azad mayo king)
  • Sos cheese (swiss bear nacho cheese)
  • Sos blackpepper (azad)

Cara buat Keropok Lekor Cheese

  1. Cara dia senang, dah siap goreng keropok lekor tu, boleh la curahkan 4 jenis sos ke atas keropok lekor.
  2. Tips dia kalau tiada botol sos yang muncung halus tu, korang potong hujung plastik sos tu kecik.

Sumber: Anniey Hussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Keropok Lekor Cheese Homemade

Bahan-bahan

  • Ikan kembung/selayang/sardin
  • Tapung ubi
  • 1 sd teh garam,
  • 1 sd teh gula

Cara buat Keropok Lekor Cheese Homemade

  1. Ikan dibersihkan dan di ambik isi sahaja.
  2. Blender kering isi ikan (isi ikan ni mentah)
  3. Kalau dapat semangkuk isi ikan, tepung ubi pun semangkuk (sama banyak) garam,gula, dan gaul sebati, menjadi doh tidak lekat pada tangan.
  4. Kaalu nak letak chesee, leperkan dan potong chesee letak di tengah,dan bulat2kan…
  5. Buat sampai habis…
  6. Last skali jerang air dlm periuk, dah mendidih baru masukkan keropok yang buat tadi,tunggu sampai keropok timbul baru angkat.
  7. Dah masak boleh potong dan goreng mcm biasa.

Sumber: Mawar Berduri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Lekor Cheese

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo ikan (sy guna sardin)
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • Cheese keping
  • Secubit garam/perasa

Cara buat Lekor Cheese

  1. Ikan dibersihkan, buang kepala & ekor & basuh bersih.
  2. Asingkan isi & tulang (amik isi sahaja)
  3. Blend/ tumbuk isi ikan.
  4. Sebatikan isi ikan, tepung ubi & garam.
  5. Bentukkan sesuka hati & letak cheese keping sebagai inti.
  6. Rebus keropok lekor hingga timbul (anggaran 15 minit) sedia untuk dimakan seperti itu atau goreng.

Sumber: Anna Suhana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Macam mana, mudah sahaja kan resepi ini. Jangan lupa cuba di rumah.

Jom baca pula resepi asli  keropok lekor Terengganu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment