8 Resepi Sizzling Yee Mee Simple (Sedap & Mudah Nak Buat)

Jika singgah makan di food court shopping mall, antara menu yang popular ialah sizzling yee mee. Singgah sahaja di depan kedai boleh bau keharuman kuah sizzling tersebut. Apa yang menarik, yee mee akan dibuat di depan kita sendiri. Jom kami kongsikan resepi sizzling yee mee untuk anda, mana tahu boleh buat sumber income!

Jom kita try!

1. Resepi Sizzling Pan Yee Mee

Bahan-bahan

  • Ayam bahagian isi
  • 3 keping halia – dihiris halus
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 6-8 kuntum cendawan shitake (rendam hingga lembut dan potong dua)
  • 5 biji cili kering
  • 1 sdb serbuk lada hitam
  • 1 sdb kicap pekat
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap manis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sdt minyak bijan
  • Air utk kuah
  • 3 sdb tepung jagung + air
  • Bahan² Mee
  • 1 bungkus yee mee
  • Telur
  • Sayur pakchoy

Cara buat Sizzling Pan Yee Mee

  1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan lada hitam. Masak hingga ayam lembut dan masukkan cendawan shitake.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan kiub ayam.
  4. Masukkan air utk kuah secukupnya.Sedikit gula. Biarkan hingga mendidih. Masukkan tepung jagung masak hingga pekat. Tutup api.

Dalam PAN

  1. Ambil kuali kecil/ pan dan letakkan yee mee, ceduk kuah beberapa senduk.
  2. Gunakan api yg besar, letak sayur pakchoy dan pecahkan telur atas yee mee.
  3. Bila yee mee, sayur dan telur dah masak, titiskan minyak bijan atas pan sizzling mee. Boleh terus hidang panas.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sizzling Yee Mee Ala Ala Food Court

Bahan-bahan

  •  1 mangkuk ayam
  • 10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
  • 10 tangkai cili kering -potong
  •  5 ulas bawang putih -cincang
  • 1 inci halia -hiris nipis
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sk serbuk lada hitam (dikisar sendiri)
  • 1 senduk kicap pekat
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 sb minyak bijan
  • 3 sb tepung jagung -dilarutkan dalam sedikit air
  • Garam
  •  Gula
  • 1 liter air

Bahan-Bahan lain:

  • 1 bungkus yee mee
    (Bole jugak guna mee kuning, kueh tiaw & nasi putih pun sedap)
  • Telur
  • Pakchoy

Cara buat Sizzling Yee Mee Ala Ala Food Court

  1. Perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
  2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
  3. Masukkan cendawan shiitake.
  4. Masukkan 1liter air, perasakan dengan garam dan 1sb gula.
  5. Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat.
  6. Tutup api.
  7. Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut.
  8. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.

Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sizzling Yee Mee Meletupp

Bahan-bahan

  • 2 gulung Yee mee
  • 5 ulas bwg putih(dcncang halus)
  • ¹/²inci halia(dcncang halus)
  • Ayam dipotong kecil
  • Cendawan shiitake kering-direndam hingga lembut dan dipotong 4
  • 3 bji cili kering-dipotong2
  • 4sdb sos tiram adabi
  • 3sdb kicap cair
  • 3sdb kicap pekat
  • 1sdb serbuk lada hitam
  • 2 sdb tepung jagung dibancuh brsama secawan air
  • ¹/⁴ kiub ayam knor
  • Minyak
  • 4 cwn air
  • Telur
  • Sawi

Cara buat Sizzling Yee Mee Meletupp

  1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan goreng hingga empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, serbuk lada hitam, kiub ayam dan cendawan.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata, sehingga kuah mendidih.Siap utk kuah.
  6. Bila nak dihidangkan (boleh gunakan Sizzling pot ataupun kuali kecil) panaskan di atas dapur.
  7. Masukkan segulung Yee mee ke dalam sizzling pot, 3 senduk kuah,sawi dan sebiji telur.
  8. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Siap untuk dimakan.

Sumber: Ida Sharida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sizzling Yee Mee (Tanpa Hot Plate)

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 8 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 inci halia (dihiris memanjang)
  • 5 tangkai cili kering (dipotong dua)
  • 10-15 Cendawan Shiitake Kering (direndam & dihiris)
  • 8 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap cair/kicap manis
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sedikit lada hitam
  • 1½ liter air (ikutlah banyak mana nak tambah)
  • 6 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
  • Sayur sawi/pak choy
  • Yee Mee
  • Telur ayam

Cara buat Sizzling Yee Mee (Tanpa Hot Plate)

    1. Perap ayam terlebih dahulu bersama kicap dan lada sulah selama sejam. Ketepikan (simpan dalam chiller).

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia, dan cili kering.

Masukkan ayam yang dah diperap, biar ayam masak seketika. Masukkan cendawan dan air. Renehkan sehingga ayam dan cendawan masak.

Tambahkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap manis.

Dah mendidih, tambahkan kiub pati ayam, sedikit lada hitam, dan minyak bijan.

Perasakan garam gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Cadangan hidangan 

  1. Jika tiada hot plate, kita sendukkan sedikit kuah atas non-stick pan, letakkan yee mee, pecahkan telur sebiji, masukkan sawi/pak choy.
  2. Siram siramkan kuah sizzling lagi atas yee mee dan boleh hidangkan atas mangkuk or bowl plate. Nak pedas, boleh hidangkan bersama cili padi potong yang dicampur kicap cair.

Sumber: CikPuan SitiMasitah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Yee Mee Sizzling

Bahan-bahan

  • Ayam setengah ekor ( potong kecik, saya guna dada ayam )*
  • Sos tiram 6-7 sudu besar*
  • Kicap cair 6-7 sudu besar*
  •  Kicap pekat manis 6-7 sudu besar*
  •  Kicap mee tamin 1-2 sudu besar*
  •  Serbuk lada hitam*
  •  Minyak bijan 1-2 sudu besar
  •  Garam
  •  Air
  • Cili kering 10 tangkai ( gunting 2 dan buang biji )
  •  Halia 1 1/2 inci ( buang kulit dan potong nipis )
  •  Bawang putih 5-6 ulas ( cincang halus )
  •  Cendawan kering ( potong 2 rendam sehingga lembut )
  • Bak choi
  •  Yee mee
  • Tepung jagung 1 sudu besar, cairkan dalam sedikit air
  •  Telur

Cara buat Yee Mee Sizzling

  1. Perap ayam dengan bahan bertanda *. Biarkan dalam 30- 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  2.  Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia ran cili kering sampai naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan ayam yang diperap sekali dengan bahan perapan tadi. Kacau 2-3 minit.
  4.  Masukkan air kacau sebati dan biar sampai ayam masak.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan cendawan kering.
  6. Bila cendawan dah masak, masukkan bancuhan air tepung jagung ikut kepekatan yang hampa suka.
  7. Bila dah pekat, baru perasakan.
  8.  Bila dah siap kuah, boleh letak yee mee dalam kuali kecil atau hot plate, letak bak choi, telur, masukkan kuah, isi ayam dan cendawan. Masak sekejap je dalam 1-2 minit atas api supaya yee mee tu tak terlalu lembut.
  9. Sedia dihidang

Sumber: Naqiyah Sidek dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

6. Resepi Yee Mee Sizzling

untuk 5 orang makan

Bahan-bahan

  • 8 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 10 biji cili kering (potong 3)
  • Ayam yg dipotong
  • 4 sdb sos tiram
  • 3 sdb kicap cair
  • 3 sdb kicap masin/manis
  • 1 sdb lada hitam kisar
  • 2 kiub ayam Knorr tanpa MSG
  • Cendawan shitake (potong)
  • 2 sdb tepung jagung
  • 1 sdb minyak bijan (utk last sekali, bukan utk tumis)
  • Yee mee (celur separuh masak – bagi lalu je bawah air)
  • Sawi (celur)
  • Telur

Cara buat Yee Mee Sizzling

  1. Tumis bwg putih, halia, cili kering sampai naik bau..pastu masuk ayam..goreng2 jap,
  2. masukkan 6 cawan air atau lebih..masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap masin/manis, lada hitam, kiub ayam Knorr..
  3. masukkan cendawan shitake (kalo beli yg kering kena rendam dulu)..bancuh 2 sdb tepung jagung dgn sparuh gelas air
  4. kemudian masukkan dlm kuali.. (adjust ikut kepekatan yg nak) last sekali letak 1 sdb minyak bijan & tambah gula / garam secukup rasa..dah siap kuah..
  5. Senduk kuah yg dh siap ke dlm kuali kecik, masuk segenggam yee mee..
  6. yee mee tu bleh celur sparuh masak dulu supaya tak perlu tunggu lama sgt masa letak dlm kuali..pecah telur, masukkan sawi yg dah celur. Siapp. 😄
    PS: yg suka pedas bleh makan dgn cili potong.

Sumber: Nur Fatin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

7. Resepi Yee mee Sizzling Campak-Campak

Bahan-bahan

  • Bawang putih, halia & cili kering
  • Ayam
  • Cendawan shitake
  • Sos tiram, kicap manis, kicap masin, kicap pekat
  • Blackpeper flakes, minyak bijan
  • Garam secukupnye
  • Bancuhan tepung jagung

Cara buat Yee mee Sizzling Campak-Campak

  1. Tumis bawang putih, halia (hiris nipis) dan cili kering (dipotong/gunting)
  2. Masukkan ayam (potong kecil) kacau sekejap then masuk air ikut banyak mane nak kuah.
  3. Masukkan cendawan shitake kering. Cendawan direndam dgn air panas sejam. Sy nk cepat rebus je dlm periuk asing. Kalau pakai fresh shitake xperlu rendam dah. Cukup sekadar buang batang & cuci bersih.
  4. Masukkan sos tiram, kicap manis,kicap cair, kicap pekat (kalau ade) minyak bijan, black peper & garam. Sukatan ikut suka. Sy main campak2 je & rasa. Lau xcukup tambah.
  5. Dah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung. Tepung jagung dlm 3-4sudu besar bancuh dengan air dulu ye baru masuk dalam kuah untuk elakkan ia berketul.
  6.  Tunggu sampai mendidih. Rase ikut selera &siap.
  7. Yee mee tu sy bilas dgn air kejap then tos. Jangan rendam ye. Nanti dia akan lembut sendiri. Letak dlm pinggan, masukkan kuah & hidang dgn sayur sawi yg dicelur & cili kicap.

Sumber: Nurha Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

8. Resepi Yee Mee Sizzling

15 orang makan

Bahan-bahan

  • 2 ekor ayam potong kecil2
  • 4 senduk kicap kipas udang
  • 3 senduk sos tiram
  • 3 senduk kicap pekat
  • 4 senduk kicap cair
  • 3 sudu besar minyak bijan
  • 2 ketul kiub ayam
  • 2 jug air
  • Sayur pakchoy *saya celur
  • 6 ulas bawang putih *saya cincang
  • Seketul besar halia *saya hiris
  • 6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
  • 2 peket cendawan shitake *hiris
  • 6 sudu besar tepung jagung *bancuh dgn air
  • 1senduk minyak masak utk menumis

Cara buat Yee mee Sizzling Campak-Campak

  1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
  2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul2 bg ayam masak dalam 5 minit.
  3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
  4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
  5. Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je..
  6. Masukkan kuah yg dah siap td..masukkan mee dan telur..bila mee dah lembut, masukkan dlm mangkuk dan sedia utk dihidang

Sumber: Maya Miera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tapi jika anda rasa nak buat resepi ini agak melecehkan boleh je makan di food court. Lain sikit rasa vibes dia bila makan di sana kan?

Kalau suka makanan Cina, boleh juga cuba mee kungfu, kuey teow Kantonis dan kuey teow Hong Kong.

Selamat mencuba!

Leave a Comment