4 Resepi Kuey Teow Kantonis (Kuah Pekat Dan Sedap)

Terdapat banyak jenis menu kuey teow sebenarnya. Ada kuey teow ladna, kuey teow kungfu, kuey teow hong kong dan bermacam-macam lagi. Kuey teow Kantonis ini antara kegemaran ramai juga. Jom tengok beberapa resepi kuey teow kantonis yang kami kongsikan ini. Mudah dan senang sahaja.

1. Resepi Kuey Teow Kantonis Simple

Resepi ini sedap dimakan bersama cili potong ditambah cuka dan kicap.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Isi ayam
  • Kicap pekat
  • Kicap biasa
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu tepung jagung (dicampur air)
  • Sawi
  • Cili
  • Cuka

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Lumur kuey teow dengan kicap pekat dan kicap biasa.
  2. Panaskan minyak, masukkan 2 ulas bawang putih yang sudah ditumbuk dan masukkan kuey teow.
  3. Gaul rata dan asingkan.
  4. Untuk kuah, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam dan masak sehingga keluar air ayam. Tambahkan air.
  6. Taburkan serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
  7. Biarkan kuah mendidih dan masukkan telur yang telah dipukul.
  8. Tuangkan air tepung jagung dan masukkan sayur. Gaul dan tutup api.

Sumber: Nur Hidayah Mohd Ghazali dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuey Teow Kantonis

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kuey teow
  • 1 keping dada ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • 10 ekor udang
  • 2 keping fishcake (dihiris nipis)
  • Lobak merah
  • Bunga kobis
  • Daun bawang
  • Sos tiram
  • Lada sulah
  • Minyak bijan
  • Garam

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Panaskan minyak sedikit dan masukkan kuey teow. Tuangkan kicap masin dan kicap manis sedikit.
  2. Gaul sekejap di atas kuali dan asingkan.
  3. Panaskan minyak lain dan masak udang sebentar. Angkat dan asingkan.
  4. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram dan air sebanyak 1 liter.
  6. Apabila air sudah mendidih, masukkan sayuran, fishcake, lada sulah dan minyak bijan.
  7. Boleh masukkan garam kalau tawar.
  8. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh air untuk pekatkan kuah.
  9. Akhir sekali, masukkan telur yang sudah dipukul dan kacau perlahan.

Sumber: Yatt Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kuey Teow Kantonis Pekat

Bahan-bahan

  • 2 paket kuey teow
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sedikit isi ayam (dihiris)
  • Sedikit udang
  • Sedikit sotong
  • 4 tangkai sawi atau pak choy
  • 4 keping fishcake
  • Minyak masak
  • Serbuk perasa @ garam
  • Sedikit sos tiram
  • Kicap cair
  • 2-3 titik kicap pekat
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Cuci kuey teow dengan air suam dan toskan.
  2. Gaul dengan 2 sudu besar kicap pekat dan 2 sudu besar kicap masin.
  3. Panaskan sedikit minyak dan goreng kuey teow sebentar. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan hirisan ayam dan masak seketika.
  6. Tambahkan fishcake, udang dan sawi. Gaul rata.
  7. Tambahkan air, tuang sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk perasa.
  8. Masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul lagi.
  9. Tutup api dan masukkan telur, kacau sedikit. Sedia untuk dihidang bersama cili potong dan kicap.

Sumber: Danita Daniels dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Kuey Teow Kantonis Watanhor

Bahan-bahan

  • Kuey teow
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • Carrot (potong nipis memanjang)
  • Sawi
  • Tepung jagung
  • Air
  • Garam
  • Kiub pati ayam
  • Fishcake
  • Telur
  • Kicap
  • Cili padi

Cara buat kuey teow kantonis

  1. Goreng kuey teow dengan kicap. Angkat dan ketepikan.
  2. Tuang air di dalam kuali.
  3. Masukkan isi ayam, carrot, sawi dan kiub pati ayam.
  4. Apabila sudah mendidih, boleh letakkan garam.
  5. Bancuh tepung jagung dan tuang ke dalam kuali. Tutupkan api.
  6. Pukul telur dan tuang dalam kuali dan kacau. Tak perlu buka api.
  7. Kemudian, tuangkan kuah ke dalam kuey teow dan taburkan hirisan cili padi.

Sumber: Zati Salim dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Resepi kuey teow kantonis ini senang sahaja kan? Anda boleh buat dalam setengah jam sahaja. Menu ini juga enak dimakan untuk waktu malam atau sarapan pagi.

Kami juga ada kongsikan resepi kuey teow hong kong dan resepi char kuey teow yang mudah dan sedap. Kalau ada lagi lebihan kuey teow, boleh cuba resepi lain pula!

Leave a Comment