4 Resepi Tauhu Jepun (Sedap & Mudah Nak Masak)

Tauhu jepun atau tauhu telur ini memang sedap kalau kena cara masaknya. Ada tauhu jepun di rumah tetapi tidak tahu nak masak apa? Jom cuba beberapa resepi tauhu jepun yang kami kongsikan ini. Yang pasti, mudah dan sedap!

Jom kita try!

1. Resepi Tauhu Jepun Masak Sos Tiram

Bahan-bahan

  • Tauhu jepun (dipotong 2)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Cili (tumbuk atau hiris)
  • 1 cawan air
  • Halia (dihiris halus)
  • 1 biji telur
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • 1 biji telur
  • Cili
  • Sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 cawan air suam
  • Daun sup

Cara buat tauhu jepun masak sos tiram

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
  2. Tambahkan air, sos tiram, lobak dan cili. Masak sehingga mendidih.
  3. Apabila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Tunggu sehingga kuah pekat. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau.
  5. Masukkan telur sedikit demi sedikit (tinggikan dari kuali) dan pada masa yang sama kacau kuah.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  7. Taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Farhana Ghaza dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sup Tauhu Jepun

Bahan-bahan

  • 2 tiub tauhu (potong 8)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 liter air
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • Sayuran (lobak, baby corn, bunga kobis)
  • 2 biji telur ayam
  • Sedikit tepung jagung dicampur air
  • Garam

Cara buat sup tauhu jepun

  1. Gpreng tauhu jepun dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih. Masukkan air, sos tiram, kiub ayam dan sayuran.
  3. Kemudian, masukkan telur dan kacau.
  4. Masukkan tauhu jepun yang sudah digoreng.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam.
  6. Taburkan bawang goreng dan daun sup, sedia untuk dihidang.

Sumber: Puan Ida dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Tauhu Jepun Bersos Tiram

Bahan-bahan

  • Tauhu Jepun
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Sos tiram
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Air

Cara buat tauhu jepun bersos tiram

  1. Potong tauhu jepun dan goreng sehingga rangup.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang merah. Ankat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bawang putih. Masukkan sos tiram, air dan sayuran, masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tauhu jepun dan gaul.
  5. Tuangkan bawang merah yang sudah digoreng.

Sumber: Nasrina Amarudin dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Tauhu Jepun Berlado

Bahan-bahan

  • Tauhu Jepun
  • 5 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili api merah
  • 1/2 tomato
  • 1 inci belacan
  • Cili besar hijau
  • Garam
  • Gula dan serbuk perasa

Cara buat tauhu jepun berlado

  1. Goreng tauhu jepun dan asingkan.
  2. Kisar bawang kecil, bawang putih, cili merah, tomato dan belacan. Tumbuk cili besar hijau.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili besar hijau sehingga sedikit layu.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
  5. Apabila sudah pecah minyak, tutupkan api. Masukkan tauhu jepun tadi dan gaul.

Sumber: NurulZaadah Juhari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekarang dah tengok resepi tauhu Jepun, boleh anda cuba buat pula selepas ini.

Jemput juga tengok resepi ayam palembang dan ketam masak lemak yang sedap dan mudah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment