3 Resepi Ketam Masak Lemak (Pedas Terangkat, Rugi Tak Cuba)


Ketam memang enak bila dijadikan kuah.Makan pula bersama nasi panas.  Jom baca resepi ketam masak lemak yang bakal buatkan anda terliur jika baca sampai habis. asdfasdfasdfadssdf. Resepi ini

sdfasfasfasd.

1. Resepi Ketam Masak Lemak dengan Nenas Terangkat

Bahan-bahan

  • 8 ekor ketam
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 3-4 ketul kunyit
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 biji nenas kecil
  • 1 kotak santan
  • Cili padi ikut tahap kepedasan

Cara nak buat ketam masak lemak nenas

  1. Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit.
  2. Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ketam dan nenas. Kemudian masukkan air. Agak-agak sampai ketam tenggelam. Masukkan sikit santan dulu.
  4. Biarkan mendidih. Agak-agak 10-15 minit camtu. Rasakan garam, gula dan perasa.
  5. Then matikan api. Masukkan baki santan. Siap.

Sumber: Asrinna Bakri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

  • Ketam
  • Bawang merah (di kisar)
  • Bawang Putih(di kisar)
  • Cili Api (di kisar)
  • Kunyit (di kisar)
  • Serai di ketuk
  • Santan 1 kotak(Akak guna KARA)
  • Asam gelugor
  • Daun kunyit
  • Air secukupnya
  • Bahan perasa, (garam, sedikit gula)
  • (#kuantiti bahan ikut citarasa. Sendiri)

Cara buat ketam masak lemak cili padi

  1. Masukkan ketam yang telah dibersihkan kedalam kuali bersama bahan kisar.
  2. Pastikan api sederhana,
  3. Masukkan air secukupnya sehingga naik bau, dan masukkan bahan-bahan perasa garam, sedikit gula dan asam gelugor.
  4. Masukan santan pekat, dan kacau pelahan-lahan supaya tak pecah minyak.
  5. Sebelum kuah mendidih, masukkan daun kunyit, sehingga gulai ketam betul-betul masak.

Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api dengan Nanas

Bahan-bahan

  • 3 ekor ketam bunga
  • Seulas bwg putih
  • Seulas bwg merah
  • 5 biji cili padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • sebiji tomato
  • 1 inc kunyit hidup
  • 2 keping asam keping
  • 1 btg serai
  • Sepotong nanas
  • Secawan santan

Cara buat ketam masak lemak

  1. Tumbuk cili api+bwg putih +bwg merah+kunyit hidup.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk dgn sedikit air bersama asam keping & serai, masak sekejap hingga kering air.
  3. Masukkan ketam,tambah sedikit ai, biarkan sampai mendidih, kecikkan api dan masukkan santan & nanas.
  4. Biarkan sampai mendidih, masukkan garam secukup rasa, tutup api, letak tomato & taburkan sedikit daun kunyit.

Sumber: Ibu Husna Najla dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Anda juga boleh cuba resepi sup ketam yang kami sediakan untuk anda. Kalau tak suka makan sup boleh juga cuba udang seafood

Jangan lupa cuba di rumah!

Leave a Comment