3 Resepi Sup Ketam (Sedap & Power, Sesuai Untuk Demam Denggi)

Resepi sup ketam dikhabarkan boleh merawat pelbagai penyakit antaranya ialah demam denggi, selain itu juga sup ketam nipah juga dikatakan dapat menguatkan imuniti dan mengelakan dari simptom Covid-19. Tidak salah jika ikthtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit yang ada.

Izin kan kami berkongsi dengan anda pelbagai resepi sup ketam tersebut.

1. Resepi Sup Ketam Ala Chinese Style

Bahan-bahan

  • 1kg Ketam suri

Bahan Tumis

  • 5 ulas Bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 inci halia (dimayang)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 helai asam keping
  • Minyak utk menumis

Bahan Masak

  • 1 biji bawang Holland dibelah 4
  • 2 biji Tomato dibelah 4
  • Daun sup dan Daun bawang
  • Minyak bijan
  • Serbuk Lada putih/sulah
  • Air 1.5 liter

Cara buat sup ketam chinese style

  1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air, ketam dan bahan campak kecuali daun sup dan daun bawang.
  3. Masak hingga mendidih dan perasa kan.
  4. Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang.

Sumber: CP Rniez dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Ketam Nipah

Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam (ketam nipah)
  • 1 labu bawang putih
  • Halia (Ketuk)
  • Secubit lada hitam (Tumbuk kasar)
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • 1 biji bawang besar (Potong 4)
  • 2 biji putih telur
  • Garam
  • 2 liter air
  • Daun sup

Cara buat sup ketam nipah

  1. Siang ketam dan potong 2 supaya bagi isi-isi keluar semua dan mesra dengan kuah sup. Sepit-sepit ketuk-ketuk bagi pecah. Bagi keluar isi-isi kat dalam. Masukkan ke dalam periuk bersama air.
  2. Kupas kulit luar bawang putih tanpa pelerai satu-satu sebab nak letak selabu. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan halia dan bawang besar. Halia letak lebih.
  4. Kemudian masukkan lada hitam dan bunga cengkih.
  5. Reneh api perlahan selama lebih kurang 1 jam.
  6. Bila dah agak-agak cukup 1 jam, perasakan dengan garam.
  7. Kemudian masukkan putih telur dan biar mendidih selama lebih kurang 5 minit.
  8. Tutup api dapur dan tabur daun sup.

Sumber: Siti Noor Hidayah Samah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sup Ketam

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan utama

  • Ketam 2ekor (bersihkan)
  • Bawang Holland (potong 4)
  • Serbuk rempah sup babas(3sudu)
  • Ubi kentang (potong)
  • Carrot (potong)
  • Air
  • Minyak masak
  • Daun sup
  • 1batang Celeri
  • Limau nipis sebiji

 

Cara buat sup ketam

  1. Tumis hirisan bawang merah, putih, halia dan 4sekawan hingga sedikit garing.
  2. Masukkan air.
  3. Tambah serbuk sup.
  4. Masukkan carrot dan ubi kentang.
  5. Masuk pulak ketam.
  6. Biar sehingga mendidih.
  7. Perah limau nipis dan perasakan dengan garam.
  8. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng dan cili.

Sumber: Mas Aura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Tidak salah jika mencari cara lain untuk menyembuhkan penyakit salah satunya ialah memasak resepi sup ketam. Mudah-mudahan, menjadi.

Jom baca pula beberapa resepi sup yang mudah untuk dibuat.

Leave a Comment