4 Resepi Acar Timun Tumis (Cara Buat & Masak Yang Simple)

Acar timun tumis agak popular di Pantai Timur dan tidak ramai yang tahu akan kewujudannya. Acar ini berbeza dengan acar timun biasa kerana perlu dimasak terlebih dahulu. Di sini kami kongsikan resepi acar timun tumis untuk anda cuba.

Jom kita tengok.

1. Resepi Acar Timun Tumis

Bahan-bahan

  • 4 biji timun (dipotong)
  • 4 biji lobak merah (dipotong)
  • Cili hijau (hiris kasar)
  • Cili merah (hiris kasar)
  • 30 biji bawang kecil merah
  • 30 biji bawang putih
  • 3cm halia (hiris halus)
  • 2 sudu besar biji sawi
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • Gula putih
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 cawan kismis
  • 4 sudu besar cuka
  • 4 sekawan
  • Minyak masak

Cara buat acar timun tumis

  1. Panaskan minyak masak dan tumis biji sawi dan 4 sekawan. Kemudian tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga lembut pada api perlahan.
  3. Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis.
  4. Masukkan lobak merah dan timun, masak seketika dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Acar Timun Tumis Simple

Bahan-bahan

  • Cili kisar
  • Bawang besar (kisar dan hiris bulat)
  • Bawang putih
  • Cuka
  • Serbuk perasa

Cara buat acar timun tumis

  1. Kisar bawang putih dan bawang besar. Bawang besar juga dihiris bulat.
  2. Tumis cili dan bawang kisar sehingga garing. Masukkan timun.
  3. Masukkan air, cuka, garam, gula dan perasa. Rasa mengikut kesesuaian. Letak cuka sedikit demi sedikit mengikut tahap kesukaan anda.
  4. Taburkan bawang besar dan masak sehingga timun lembut.

Sumber: Noorhafizah Ismail dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Acar Timun Tumis Lengkap

Bahan-bahan A

  • 2 biji timun (dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
  • 1 biji lobak (potong seperti timun)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris halus)
  • 7 biji bawang putih (dihiris)

Bahan-bahan B

  • 3 biji bawang besar
  • 2cm halia
  • 2 sudu besar udang kering

Bahan-bahan C

  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar biji sawi (disagai dalam kuali tanpa minyak)
  • Minyak untuk menumis

Cara buat acar timun tumis

  1. Rendam timun dan lobak di dalam air kapur selama 15 minit.
  2. Kisar semua bahan B.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan B bersama cili kisar dan rempah kari sehingga garing.
  4. Masukkan gula, garam dan cuka. Masukkan bawang merah, bawang putih, timun, lobak, cili merah dan biji sawi. Kacau sebati.

Sumber: Fauziah Yahya dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Acar Timun Tumis Berempah

Bahan-bahan

  • 2 biji timun (kerat 3 atau 4, buang empulur dan hiris jejari)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (digaul rata dan perap sekejap)
  • 1 batang lobak merah (kerat 3 dan hiris jejari)
  • 1 batang cili merah (kerat 3 dan hiris jejari)
  • 1 batang cili hijau ((kerat 3 dan hiris jejari)
  • 10 biji bawang merah (belah 2)
  • 5 ulas bawang putih (belah 2)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3-4 sudu besar gula
  • 2-3 sudu besar cuka makan
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras (kisar halus)
  • Garam

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu teh penuh biji sawi

Cara buat acar timun tumis

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis sehingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis sebentar.
  2. Tambah bahan kisar halus dan rempah kari, masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah.
  4. Tambah gula dan cuka makan. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lobak merah, gaul rata dan masak sehingga lobak lembut. Tambahkan cili merah dan cili hijau.
  6. Toskan timun, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah garam. Masak sehingga pekat dan boleh tutup api.

Sumber: Farizah Malik dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Acar ini enak dimakan bersama nasi tomato atau nasi minyak, nak makan bersama nasi putih pun sedap.

Semoga resepi acar timun tumis ini bermanfaat untuk anda.

Selamat mencuba!

Leave a Comment