4 Resepi Nasi Komok (Dengan Sos Thai dan Ayam)

Nasi Komok antara hidangan popular yang datang dari negara Thailand. Hidangan ini enak untuk dijamu semasa makan tengahari dan makan malam. Jom kita cuba resepi nasi komok ini.

1. Resepi Nasi Komok Thailand

Bahan-bahan nasi

  • 1kg beras Basmati (bersihkan dan tos)
  • Serbuk nasi komok
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan perapan ayam

  • 4 batang serai
  • Ketumbar
  • Kunyit
  • 1 labu bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah
  • Garam dan penambah perisa

Cara buat nasi komok

  1. Tumiskan bahan-bahan nasi, masukkan 2-3 ketul ayam untuk lebih rasa.
  2. Masukkan air mengikut sukatan beras dan perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan beras dan masak seperti biasa.
  3. Kisar bahan-bahan perapan ayam, gaulkan pada ayam dan tunggu selama satu jam kemudian boleh digoreng.
  4. Untuk sambal, kisar semua bahan dan panaskan di atas dapur sehingga pekat. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Tengku Zaharah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Komok Mudah

Bahan-bahan

  • Rempah Komok
  • 2-3 tangkai akar ketumbar
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Serbuk kunyit
  • 1 ekor ayam (potong 14)

Bahan-bahan sambal

  • Cili
  • Daun ketumbar
  • Bawang putih
  • Cuka
  • Gula dan garam

Cara buat nasi Komok

  1. Basuh beras seperti biasa dan toskan.
  2. Di dalam kuali, tumis bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bawang putih dan bawang merah, kemudian rempah. Kacaukan.
  3. Masukkan air dan akar ketumbar.
  4. Kacau sebentar dan masukkan ayam. Masak sehingga mendidih, masukkan sedikit garam.
  5. Air yang dimasak ini akan digunakan untuk memasak nasi. Apabila ayam sudah hampir masak, angkat ayam dan ambil air tadi untuk masak nasi.
  6. Gaul ayam tadi bersama kunyit dan garam dan goreng sehingga masak.
  7. Untuk sambal, masukkan semua bahan dan kisar. Perasakan mengikut citarasa anda.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Komok

Bahan-bahan

  • 5 cawan beras Basmathi
  • 4 sudu minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 sudu rempah komok
  • 200ml susu cair
  • 1 ekor ayam
  • 8 cawan air
  • Garam
  • Rempah

Cara buat nasi komok

  1. Cuci ayam dan potong 4. Cuci juga beras dan rendam sebentar.
  2. Hiris nipis bahan bertanda *.
  3. Tumis bahan rempah dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi sehingga naik bau.
  4. Masukkan rempah komok dan kacau selalu sehingga garing. Masukkan air dan akar ketumbar.
  5. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
  6. Angkat ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng.
  7. Keluarkan 1 cawan kuah untuk sambal.
  8. Masukkan kuah selebihnya ke dalam periuk nasi dan masukkan susu, biarkan menggelegak sambil kacau dan perasakan dengan garam.
  9. Masukkan beras dan masak seperti biasa.

Bahan-bahan sambal

  • 1 cawan air kuah nasi*
  • 6 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula, garam
  • Cuka

Cara buat sambal

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Masak sehingga agak pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Taburkan hirisan daun dan batang ketumbar pada sambal yang telah masak.

Sumber: Mad Fieza dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Nasi Komok Enak

Bahan-bahan nasi

  • 2 cawan beras Basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar minyak sapi / mentega
  • 2 batang akar ketumbar
  • 3 sudu besar rempah komok
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar susu pekat manis / cair
  • 1 labu bawang besar merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Bahan-bahan ayam goreng berempah

  • 1 ekor ayam (dipotong 12)
  • 1 labu bawang putih
  • 4 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar ketumbar biji
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili giling
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan Sos Cili Thai

  • 10-15 biji cili padi merah hijau
  • 4 biji cili besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 pokok akar ketumbar
  • 2 biji tomato
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara buat nasi komok

  1. Hiris bawang besar merah, halia dan bawang putih.
  2. Cuci beras dan rendam selama 30 minit atau 1 jam. Masak air dalam periuk nasi hingga mendidih, sambil panaskan minyak sapi / mentega dalam kuali.
  3. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris sehingga wangi.
  4. Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng beras sekejap.
  5. Tuangkan beras beras tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan susu pekat, kiub ayam dan garam. Masak nasi seperti biasa.
  6. Untuk ayam goreng berempah, kisar semua bahan dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam dan goreng.
  7. Kisar semua bahan sos Thai dan masak hingga agak pekat dan berkilat. Sedia untuk dihidang bersama daun salad, hirisan timun dan tomato.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian, resepi nasi komok yang lengkap dengan sos dan ayam goreng berempah. Anda harus cuba salah satu resepi yang kami kongsikan ini. Pasti puas hati.

Selamat mencuba!

Leave a Comment